"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Friday, October 30, 2009

Pembedahan pintasan jantung koronari

Bismillah..

"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?"(94:1)

"Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)"(94:2)

"Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?"(94:3)

"Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?"(94:4)

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"(94:5)

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."(94:6)

Ayat al-Quran dari 1-6 dalam Surah Al-Insyirah ini saya nyatakan sebagai bukti bahawa Al-Quran telah menyatakan tentang hal yang berkaitan dengan perubatan dan pembedahan.Hal ini kerana tajuk yang nyatakan pada kali ini ialah tentang pembedahan pintasan jantung koronari. Apabila kita membicarakan tentang keadaan fisiologi organisma hidup seperti manusia, untuk membolehkan setiap organ seperti jantung berfungsi dalam keadaan biasa, sumber yang menjadi keperluan penting kepada organ-organ adalah melalui perantaraan darah. Darah mengalir ke jantung melalui arteri koronari. Dalam kes seperti pengerasan dinding arteri atau dikenali sebagai penyakit atherosklerosis, penyempitan dan penghadangan boleh menyebabkan berlakunya pengerasan pada dinding arteri. Apabila keadaan ini berterusan, aliran darah akan tersekat dan jantung akan menerima bekalan darah yang tidak mencukupi. Ini akan membawa kepada penyakit sakit jantung atau sakit dada, yang menunjukkan bahawa jantung tidak boleh berfungsi dengan baik dan juga boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius seperti serangan sakit jantung.



Ungkapan "alam nashrah laka sadrak" dalam ayat pertama, Surah Al-Insyirah mungkin menjadi suatu pentanda kepada gangguan fungsi jantung yang memerlukan kepada rawatan pembedahan jantung seperti pembedahan pintasan jantung koronari seperti yang dijalankan oleh pakar bedah jantung terhadap pesakit pada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui tentang makna ayat-ayat Al-Quran ini.Anggapan ini dibuat kerana makna pada perkataan "lam nashrah" mengungkapkan kata kerja yang membawa maksud "membedah atau membuka". Akibat daripada operasi pembedahan yang dijalankan, darah boleh mengalir semula dan sakit dada dapat dikurangkan dan diminimakan. Istilah "melapangkan" pada ayat pertama dalam Surah Al-Insyirah ini juga mungkin menjadi pentanda kepada proses mengalihkan dan memindahkan keluar bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesesakan pada diding arteri.

Tambahan pula, jika kita meneliti makna pada ayat yang pertama dalam surah yang berikutnya iaitu Surah At-Tiin, Allah S.W.T telah berfirman yang mafhumnya:

"Demi buah Tiin dan Zaitun"(At-Tiin:1)



Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh saintis, buah zaitun mempunyai potensi yang baik dalam menjadi terapi pemulihan penyakit jantung dan berupaya untuk menjadikan organ jantung lebih sihat dari segi menyingkirkan enapan lemak dan LDL-kolesterol pada saluran darah ke jantung dan saluran arteri koronari. LDL-kolesterol bertindak dengan membawa molekul lemak dan lipid daripada aliran darah ke organ-organ yang penting seperti jantung. Hal ini akan meningkatkan risiko berlakunya penyakit arterosklerosis. Sesungguhnya firman Allah dalam kedua-dua surah ini adalah benar dari segi rawatan pembedahan jantung dan juga terapi diet yang sesuai untuk menjaga kesihatan jantung dengan mengamalkan pemakanan produk buah zaitun seperti minyak zaitun sebagai bahan utama memasak makanan seperti menggoreng dan kaedah memasak yang lain.

Wallahu a'lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

Wednesday, October 28, 2009

Syeikh Tantawi Jauhari Kuasai bidang sains

Bismillah..

Pada kali ini,tiada apa yang saya ingin tuliskan.mungkin idea tidak dapat dicetuskan.
Lagipun, saya sedang menghadapi masa-masa peperiksaan yang perlu dilalui sehingga ke penghujungnya. Oleh yang demikian, untuk tidak membiarkan laman blog saya ini tidak dikemas kini, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya yang dihormati dengan suatu kisah seorang ulama' yang bernama Syeikh Tantawi Jauhari. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah diharapkan agar saya dan anda semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran kepada kita dalam berjuang untuk menimba ilmu. Walaupun, kita belajar di universiti bukan pengkhususan dalam bidang agama, tetapi tidak sepatutnya kita terus meninggalkan pembelajaran agama. Kita perlulah membawa penghayatan agama dalam bidang ilmu yang kita pelajari di universiti agar ilmu yang kita pelajari dapat memberikan sumbangan kepada perjuangan dalam menegakkan agama islam yang tercinta. Segala disiplin ilmu termasuklah ilmu sains perlu digunakan sebaik mungkin untuk tujuan yang memberi kebaikan kepada da'wah islam. Berikut adalah artikel tentang profil ulama' itu yang saya ambil daripada portal PMRAM(Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir).

Syeikh Tantawi Jauhari adalah satu nama besar di kalangan para mufassirun (ahli-ahli tafsir al-Quran) khususnya pada abad moden. Ini kerana pendekatan beliau dalam mentafsirkan ayat lebih menjurus kepada ilmu sains moden. Ia menunjukkan bahawa ilmu sains tidak dapat diasingkan daripada al-Quran, atau lebih tepat lagi bahawa sains adalah merujuk kepada al-Quran. Ia bukan sekadar kitab suci yang dibaca dan menceritakan tentang perihal urusan agama, urusan amal ibadat atau akidah semata-mata, tetapi juga rujukan kepada ilmu-ilmu moden. Apatah lagi Mesir yang pernah dijajah oleh Perancis, Inggeris yang berusaha untuk menjauhkan rakyat Negara itu yang berada dalam dilemma khususnya untuk mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Penjajahan sudah masuk episodnya yang mencemaskan, apabila rakyat diperbodohkan dengan pelbagai tingkah laku yang jauh daripda pegangan Islam sebenar.

Anak-anak yang berkelayakan ketika itu untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi disekat oleh pihak penceroboh bagi memastikan agar ilmu-ilmu agama tidak dipelajari secara bersungguh dan formal. Namun, kegigihan seorang tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Tantawi Jauhari yang tampil untuk menyelamatkan Islam menerusi hasil karyanya dalam bidang tafsir sains, telah membuka mata banyak pihak bahawa dalam suasana tertekan, boleh lahir ilmuan yang mengejutkan dengan penampilan sains yang amat dikagumi.

Justeru, tidak hairanlah mengapa Syeikh Tantawi Jauhari dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel pertama di kalangan bangsa Arab walaupun beliau tidak sempat melihatnya kerana menemui Allah SWT. Namun, beliau tetap mendapat jolokan di kalangan rakan-rakan seperjuangan sebagai pahlawan Islam dalam bidang ilmu sains.

Baca seterusnya>>>

Monday, October 26, 2009

Keseimbangan alam semesta yang sempurna

Bismillah..

Pada kali ini,saya ingin mengutarakan tentang lanjutan daripada tajuk posting saya sebelum ini iaitu Keteraturan alam semesta:Tanda Keagungan Allah S.W.T.. Sesungguhnya, alam semesta yang terbentang luas ini amatlah mustahil jika dikatakan tiada siapa yang menciptakannya. Jika betullah andaian yang dibuat oleh segelintir ahli saintis dan astronomi yang terlalu mengagungkan penggunaan akal, kenapa mereka tidak menggunakan akal mereka itu untuk memikirkan bahawa alam semesta ini adalah dicipta dan bukannya berlaku secara tiba-tiba dan spontan? Hal ini kerana mereka telah dikuasai oleh pemikiran melampau yang mengatakan bahawa sains adalah segala-galanya. Selain itu, mereka adalah pendokong kepada falsafah barat yang meminggirkan agama daripada kehidupan mereka dan matlamat penyelidikan mereka adalah untuk mencapai tahap ketamadunan tertinggi yang hanya boleh dicapai melalui pencapaian agung dalam bidang disiplin limu sains. Keadaan yang lebih teruk lagi lagi adalah wujudnya masyarakat yang mendewakan ahli saintis dan menjadikan sains sebagai pegangan utama dalam kehidupan mereka. Agama ditolak jauh-jauh daripada kehidupan mereka kerana mereka merasakan bahawa kemajuan material tidak dapat dicapai apabila agama dibawa bersama. Maka, kita dapat lihat sebilangan daripada saintis-saintis ini akan mengatakan bahawa Tuhan tidak perlu dalam kehidupan mereka kerana mereka meletakkan pergantungan semata-mata kepada penyelidikan sains yang dimajukan oleh mereka. Harapan saya agar tiadalah saintis islam yang terjebak dengan pengaruh sekularisme yang melingkari semua aspek dalam kehidupan. Janganlah mengikuti jejak-jejak mereka yang meminggirkan dan mengasingkan agama dalam kehidupan. Ambillah contoh dan pengajaran daripada saintis islam dan ilmuan islam pada masa kegemilangan islam dahulu dalam aspek perkembangan ilmu pengetahuan yang mengambil kira keseimbangan dari aspek rohaniah dan material. Hal inilah yang sepatutnya dicapai oleh umat islam kini agar kita tidak menjadi mangsa kepada jerat permainan golongan kafir yang sentiasa ingin melihat umat islam dalam keadaan lemah dan tidak bersatu padu ke arah mendapatkan mardhotillah untuk kejayaan hidup di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

Setiap daripada kita yang mengaku bahawa agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam, perlulah melakukan pengislahan diri tentang sejauh manakah agama yang kita imani pada hari ini dapat kita bangunkan berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah dan para solafussolehin. Setiap muslim perlulah menjadikan da'wah sebagai matlamat hidup mereka kerana dengannya kita akan sentiasa berada dalam jalan yang diredhai oleh Allah. Da'wahkan kepada umat islam dan seluruh manusia bahawa agama islamlah yang akan membawa keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Kita perlulah sentiasa memperbaiki iman kita dari semasa ke semasa agar dengan kekuatan iman yang ampuh dapat mengukuhkan persaudaraan ummah agar meletakkan islam sebagai wadah perjuangan hidup di atas bumi ini. Salah satu daripada caranya ialah kita perlu kenal dan percaya akan kekuasaan Allah melalui tanda-tanda keagungan Allah berkaitan dengan penciptaan alam semesta ini. Apabila kita melihat setiap kejadian yang berlaku di alam dunia ini, kita akan dapat menyaksikan bahawa hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu yang dijadikan-Nya.

Oleh yang demikian, sukalah saya untuk menyatakan tentang kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T di sebalik setiap kejadian di alam ini termasuklah penciptaan alam semesta yang mempunyai keseimbangan yang sempurna. Sebelum saya meneruskan bicara saya ini, saya ingin memetik bukti kebenaran daripada ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah al-Mulk pada ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?"(Al-Mulk:3)

"Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah."(Al-Mulk:4)

Berbilion-bilion bintang dan galaksi dalam alam semesta bergerak dalam keseimbangan yang sempurna dalam laluan atau orbit yang telah ditetapkan padanya. Bintang, planet dan satelit berpusing tidak hanya pada paksinya tetapi juga berpusing bersama dengan sistem yang merupakan bahagian yang berintegrasi antara satu sama lain. Kadang-kadang, galaksi yang mengandungi 200-300 bilion bintang bergerak merentasi laluan antara satu sama lain. yang paling menakjubkan adalah tiada berlaku sebarang perlanggaran yang mungkin boleh memusnahkan susunan yang amat besar dalam alam semesta. Cubalah kita bayangkan bahawa objek yang besar seperti bintang pun tidak berlanggar antara satu sama lain, sedangkan jika kita menyelesuri detik-detik kehidupan kita di dunia ini, saban hari kita akan mendengar tentang kejadian perlanggaran kenderaan di jalan raya. Kejadian yang berlaku di alam semesta ini telah menjadi saksi kepada kita bahawa alam semesta ini telah diatur dengan begitu sempurna dan tidak berlaku sebarang kesilapan dan kecacatan. Itulah tanda-tanda keagungan dan kekuasaan Allah yang perlu kita hayati bersama agar kita sentiasa merasakan betapa kerdil dan lemahnya kita di atas dunia ini sebelum kita dipertemukan dengan-Nya pada hari kebangkitan di padang mahsyar yang sudah menjadi suatu kepastian dan janji Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah amat menepati janji dan tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya.

Di alam semesta, konsep kelajuan menganggap bahawa alam semesta adalah suatu dimensi yang amat besar jika dibandingkan dengan ukuran mengikut skala bumi. Bintang, planet, galaksi dan konglomerat galaksi yang bergerak melalui suatu ruang pada kelajuan yang luar biasa. Sebagai contoh, bumi berputar pada kelajuan 1670 km/j. jika kita menganggap bahawa peluru yang bergerak paling pantas pada hari ini ialah pada kelajuan purata 1800 km/j, kita boleh lihat betapa lajunya bumi bergerak, selain daripada saiz dan jisimnya yang besar. Kelajuan bumi apabila ia mengorbit matahari adalah kira-kira 60 kali lebih laju berbanding sebutir peluru yang dilepaskan daripada sepucuk pistol, iaitu pada 108000 km/j. Jika kita boleh membina satu kenderaan yang berkebolehan untuk bergerak pada kelajuan tersebut, kita boleh mengelilingi bumi dalam 22 minit sahaja. Apabila kita melihat kepada sistem solar, keadaannya adalah lebih menakjubkan. Semakin besar sistem dalam alam semesta, semakin laju kelajuannya. Kelajuan sistem solar yang mengorbit pada pusat galaksi adalah 720000 km/j. Galaksi bima sakti pula bergerak melalui satu ruang pada kelajuan 950000 km/j.



Tidak terdapat sebarang gangguan bahawa akan berlaku risiko perlanggaran yang berskala besar dan tinggi dalam alam semesta yang boleh disifatkan sebagai sistem yang bergerak amat pantas dan terlalu rumit untuk difikirkan oleh akal manusia yang amat terbatas. Sehingga saat ini, rasa syukur pada Allah yang mampu saya ucapkan kerana tidak berlaku sebarang kesan bencana yang amat dahsyat dan kita masih boleh meneruskan kehidupan kita di dunia dengan selamat. Hal ini kerana setiap sesuatu dalam alam semesta ini berfungsi berdasarkan kepada aturan keseimbangan sempurna yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Atas sebab yang telah saya kemukakan daripada petikan ayat 3 dan 4 dalam surah Al-mulk, tidak berlaku sebarang kecacatan dan ralat dalam penciptaan alam semesta oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Oleh yang demikian, benarlah ayat-ayat Allah ini yang sudah sewajibnya kita imani secara keseluruhannya dan bukan separuh-separuh. Maka, marilah kita bersama-sama menegakkan kebenaran Al-Quran sebagai kalamullah dan wajiblah kita untuk menafikan segala tohmahan dan tuduhan jahat yang menyatakan Al-Quran adalah ciptaan manusia.

Wallahu a'lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

Saturday, October 24, 2009

Kerelatifan masa

Bismillah..

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menghadapi peperiksaan akhir semester, maknanya masa peperiksaan itu akan tiba tidak lama lagi.Sudah pasti bahawa masa ini akan terus bergerak mengikut perkiraan masa dunia yang tidak pernah berhenti atas ketentuan-Nya. Oleh yang demikian, masa yang diperuntukkan kepada semua makhluk di bumi ini sebanyak 24 jam dalam sehari adalah setara dan sama.tidak lebih dan tidak kurang. Itulah tanda-tanda kekuasaan dan kehebatan Allah bagi golongan yang mahu berfikir. Moga2 saya dan anda semua menjadi golongan yang berfikir dan merasakan bahawa masa yang kita ada ini adalah aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.

Perkara yang saya ingin bicarakan pada kali ini adalah juga berkaitan dengan masa. Masa itu bersifat relatif dan ia telah pun dibuktikan dalam fakta sains berkaitan dengan kerelatifan masa. Hal ini telah didedahkan oleh Albert Einstein berkenaan dengan teori relativiti pada awal abad ke-20. Beliau telah membutikan fakta ini dengan penemuan teori relativiti. Beliau menunjukkan bahawa masa adalah bergantung kepada jisim dan halaju atau kelajuan.Apa yang menarik di sini adalah Al-Quran telah pun menyatakan bahawa masa itu adalah relatif.

Albert Einstein(1879-1955)


Berikut adalah firman Allah dalam Al-Quran berkenaan dengan masa yang disifatkan sebagai relatif:

1)"Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."(Al-Hajj:47)

2)"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."(As-Sajdah:5)

3)"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun."(Al-Ma'arij:4)

Wallahu'alam.

Wednesday, October 21, 2009

Pengoksidaan dalam darah

Bismillah..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk menanda setitik ilmu daripada lautan ilmu-Nya yang amat luas. Sesungguhnya, ilmu yang ada pada diri ini hanyalah terlalu sedikit sehinggakan jika ingin dikirakan mengikut peratus, tidak mungkin dapat menghampiri walaupun 1%. Bahkan tiada langsung. Begitulah keterbatasan ilmu yang dimiliki olehku, makhluk yang diciptakan oleh-Nya. Oleh yang demikian, amatlah tidak wajar jika diri ku yang mempunyai ilmu yang amat sedikit ini perlu untuk berbangga2 dengan ilmu yang tidak seberapa. Ilmu yang bermanfaat perlulah dikongsi kepada semua orang, lebih2 lagi jika ianya membawa kebaikan kepada kemaslahatan ummah. Pada kali ini, saya ingin mencoretkan sesuatu yang boleh dikongsikan kepada semua pembaca blog saya yang dihormati. Harapan saya agar kita sama2 memperoleh pengajaran yang berguna kepada diri saya dan diri anda selaku insan yang mempunyai kalimah syahadah yang membenarkan bahawa Al-Quran adalah kalamullah dan bukannya daripada ciptaan manusia.

Pada kali ini saya ingin membicarakan tentang pengoksidaan dalam darah. Sebelum itu, saya ingin memulakan kalam saya dengan firman Allah dalam surah Al-Muthaffifin pada ayat 14 yang bermaksud:
"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka"(83:14)

Saya ingin mengajak pembaca semua agar meneliti maksud ayat pada perkataan "menutup".
Jika perkataan "menutup" ini diterjemahkan dalam istilah bahasa inggeris, ia bermaksud "rusted". Istilah "rusted" yang digunakan untuk menghuraikan hati dalam ayat 14, Surah al-Mutthaffifin ini mungkin menjadi rujukan kepada tindak balas biokimia yang berlaku di hati. Hati yang dimaksudkan di sini ialah organ jantung dalam organisma hidup seperti manusia. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui kebenaran di sebalik ayat ini. Rust atau karat ialah hasil daripada atom besi yang bertindak balas dengan oksigen. Oksigen yang kita serap daripada ruang udara dibawa masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan. Oksigen ini akhirnya akan pergi kepada atom besi yang hadir dalam hemoglobin dalam darah. Oksigen akan terikat kepada atom besi yang terdapat dalam hemoglobin. Semasa proses ini, oksigen akan bergerak balas dengan atom besi dalam darah. Ini bermaksud terdapat satu proses yang tetap yang menyerupai proses pengaratan dalam darah, dan oleh itu, jantung adalah pusat kepada sistem peredaran darah dalam manusia.

Atom besi yang berlebihan dalam darah boleh membawa kepada penuaan pra-matang dalam semua sel soma(badan) dengan mengakibatkan pengoksidaan seakan karat. Penyakit yang dikenali sebagai hemokromatosis, ia disebabkan oleh atom besi yang berlebihan berkumpul dalam badan, atom besi akan menghasilkan kesan toksik dan menyebabkan organ seperti hati menjadi rosak. Hal ini adalah disebabkan oleh pengoksidaan besi, fenomena ini juga kerap dihuraikan sebagai organ berkarat atau pengumpulan karat dalam organ.

Jika anda lihat kepada Jurnal Science News, seorang ilmuan bernama Dr. Sharon McDonnell menghuraikan pengoksidaan besi dalam darah menyebabkan organ sepeti berkarat. Ia hanyalah barangkali untuk mengenal pasti tindak balas atom besi dengan oksigen dalam badan iaitu proses pengoksidaan dalam darah dengan menggunakan peralatan makmal yang canggih. Fakta tentang pengoksidaan dalam darah yang diperoleh melalui kajian saintifik dan dapatan saintifik telah terlebih dahulu muncul dalam kitab suci Al-Quran sebagai sebuah bukti keajaiban. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan manusia dan sesungguhnya Al-Quran adalah datang daripada Allah S.W.T, Yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta kepada segala ciptaan-Nya. Maka, benarlah Al-Quran dan yakinilah bahawa hanya Al-Quran dan Al-Sunnah yang dapat menjadi panduan hidup kita untuk kebahagiaan di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

Wallahu'alam.

Monday, October 19, 2009

Pengklonan dalam benda hidup

Bismillah..

Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang pengklonan dalam benda hidup. Sebelum itu, saya ingin mulakan bicara saya dengan sepotong ayat al-quran dalam surah an-nisa' pada ayat yang ke-119 yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (An-nisa':119)

Ayat di atas mengandungi ungkapan “yubattikunna”, sila rujuk ayat ini dalam bahasa arab. Ungkapan ini berasal daripada kata kerja "battaka” yang bermaksud memutuskan, membelah atau memotong. Perkataan “yughayyirunna” dalam ayat ini berasal daripada kata kerja “ghayyara”, yang membawa maksud mengubah, mengubahsuai sesuatu yang berada dalam keadaan asal atau original. Pada akhir kedua-dua kata kerja ini mempamerkan huruf nun. Dengan ungkapan-ungkapan ini, ayat 119 dalam surah an-nisa' ini mungkin dari segi satu aspek adalah menunjukkan kepada aktiviti saintifik tentang menyalin dan mengklon genom dalam organisma hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mengetahui maksud sebenar dan kebenaran di sebalik ayat al-Quran ini.
Anggapan ini dibuat kerana eksperimen pengklonan adalah secara asasnya dijalankan dengan sel diambil daripada telinga haiwan pada peringkat awal penyelidikan sains yang berkaitan dengan tujuan pengklonan. Untuk meletakkannya dalam cara yang berbza, benda hidup yang bersifat replika dihasilkan dengan mengambil sel daripada sampel tisu seperti serpihan telinga haiwan yang dipotong seperti yang dihuraikan oleh ayat 119 dalam surah an-nisa'.

Berikut adalah laporan daripada Pusat Penyelidikan Persekutuan Jerman berkaitan dengan maklumat pengklonan:

Fasa pengumpulan tisu adalah pendek dan mudah. Apabila seekor haiwan sudah siap untuk tujuan eksperimen, sampel tisu seperti "ear clipping" dikumpulkan dalam masa beberapa saat. Tambahan pula, sel somatik boleh dikumpulkan daripada semua spesis. Prosedur yang bersifat kembar dan satu boleh digunakan dengan mengambil sampel tisu daripada telinga dengan menggunakan "notchers" yang juga digunakan untuk membuat "earmarks" bagi anak lembu, kambing, ilama dan biri-biri. Secara jelas, untuk semua spesis, limfosit boleh digunakan tetapi sel-sel somatik daripada telinga menjadi lebih mudah untuk mendapat dan oleh itu ia lebih menjadi keutamaan.

Mengubah benda hidup seperti yang dirujuk dalam Al-Quran dan ungkapan memotong telinga anak lembu adalah pada masa tidak berlakunya bidang sains seperti genetik dan embriologi telah menunjukkan bahawa Al-Quran adalah datang dari tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T. Dalam akhir ayat tersebut juga menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan pengubahan pada ciptaan Allah akan kecewa dan rugi atas perbuatan yang mereka telah lakukan. Oleh itu, ayat ini mungkin menunjukkan bahawa pengklonan akan membawa pelbagai masalah kepada kehidupan manusia. Dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya, kenyataan yang berkaitan dengan masalah-masalah daripada pengklonan telah dinyatakan oleh Pusat Pembelajaran Sains Genetik di Universiti Utah dan Projek Genom Manusia.

Berikut adalah risiko yang wujud daripada eksperimen pengklonan seperti berikut:
1)Kadar kegagalan yang tinggi.
2)Masalah pada fasa perkembangan organisma yang diklon
3)Corak pengekspresan gen yang luar biasa dan mengalami kecacatan yang besar
4)Perbezaan dalam telomere

Dalam proses pengklonan, DNA daripada sel benda hidup dirancang untuk disalin dan diletakkan di bawah mikroskop. Kemudiannya, diletakkan ke dalam sel telur daripada organisma lain dalam kumpulan spesis yang sama. Kejutan elektrik akan digunakan yang merangsang sel telur untuk memulakan pembahagian. Embrio meneruskan untuk membahagi dan diletakkan ke dalam rahim organisma bagi spesis yang sama dan kemudiannya akan mengalami fasa perkembangan dan kelahiran.



Bahan genetik yang diambil daripada sel hidup digunakan dalam eksperimen pengklonan, tetapi persenyawaan berlaku secara palsu. Mekanisma pembiakan hanyalah dicipta oleh Allah S.W.T dan oleh itu kaedah saintifik dalam pengklonan akan menemui kegagalan yang nyata.Al-Quran telah menyatakan bahawa orang-orang yang mengubah ciptaan Allah iaitu ahli saintis yang terlibat dalam bidang pengklonan akan mengalami masalah yang nyata. Sesungguhnya, benarlah ayat 119 dalam surah an-nisa' ini.

Wallahu'alam.

Saturday, October 3, 2009

Syeikh Zahid al-Kauthari : Guru Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

Sumber: Taman Ulama'Sememangnya kita disuruh untuk membesarkan syiar islam. Syiar islam bolehlah kita lihat dengan pelbagai aspek termasuklah juga para ulama yang terdahulu. Mereka sentiasa menjaga agama daripada diselewengkan oleh musuh–musuh Islam. Sesuailah dengan sabda Nabi: (Ulama adalah warisan para nabi). Kali ini cuba dipaparkan seorang ulama yang terkenal sebagai tokoh warisan umat Islam pada hari ini. Iaitu Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, seorang ulama Mesir terkenal seuatu ketika dahulu.

Beliau dilahirkan di desa Douzjah sekitar tiga mil dari arah timur daerah Astanah, Turki, pada tanggal 27 Syawal 1296 Hijriah/1878 Masihi. Gelar al-Kauthari dinisbatkan kepada sebuah desa bernama Kauthari di daerah Dhuffah yang merupakan wilayah Al-Qauqaz,. Tetapi dalam riwayat lain, gelar tersebut merupakan nisbat kepada salah satu leluhurnya.

Baca seterusnya>>>

Friday, October 2, 2009

Keteraturan alam semesta: Tanda Keagungan Allah S.W.T

Bismillah..

Cubalah kita lihat di sekeliling kita?terdapat banyak keunikan dan keindahan yang tidak dapat diucapkan dengan kata2 melainkan hanya mampu melafazkan rasa syukur dan membenarkan hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas segala2nya sama ada di langit dan di bumi dan seluruh alam semesta ini yang berada di bawah pemerintahan-Nya...Diri ini hanya lah makhluk yang kerdil jika dibandingkan dengan seluruh alam semesta..nescaya diriku ini seperti sebutir pasir yang berada dalam satu padang pasir yang amat luas..Subhanallah...Sehingga ke hari ini,diriku dan segala makhluk lain yang ada masih diizinkan oleh-Nya untuk terus hidup..ternyata diriku sentiasa berada dalam hidup yang penuh dengan kenikmatan yang diberikan oleh Allah Yang Maha Pemurah..tetapi kadang2 diri ini lupa akan kemurahan-Nya..insafilah wahai diri ini..sentiasalah menjadi hamba-Nya yang bersyukur..janganlah mengkufuri nikmat-Nya...betapa indahnya ciptaanMu ya Allah..Kau jadikan segala2nya dengan teratur dan indah sekali..bumi yang aku diami ini sentiasa berputar di atas paksinya mengikut ketentuanMu..segala planet,bintang,galaksi dan segala partikel yang ada di ruang dimensi alam semesta ini adalah dalam keadaan yang teratur dan tersusun..betapa hebat dan agungnya kekuasaanMu,ya Allah...jadilah aku daripada golongan hamba2Mu yang tetap berada dalam jalan-Mu.Aku bersaksi bahawa hanya Engkaulah Tuhan yang selayaknya aku abdikan diriku kepada-Mu..dan aku bersaksi bahawa Rasulullah adalah nabi terakhir yang diutuskan untuk seluruh umat manusia sehingga ke hari kiamat yang membawa kebenaran agama-Mu..Sesungguhnya al-Quran adalah panduan kehidupanku yang wajib aku imani dan pertahankannya.

wallahu'alam..

Wednesday, September 30, 2009

21 Disember 2012 = 8 Safar 1434 H?

Bismillah.

Anda tentu tertanya2 tentang tajuk posting saya pada kali ini. Saya hanya meletakkan tarikh dalam tahun masihi dan tahun hijrah. Sehinggalah pada saat ini, terdapat banyak kontroversi dan andaian yang dibuat mengenai tarikh yang saya nyatakan sebagai tajuk posting saya kali ini. Mungkin jika kita lihat sekali imbas, ia tidak membawa apa2 makna melainkan sekadar tarikh yang biasa seperti mana pada tarikh-tarikh yang lain. Kita sedia maklum jika terdapat sesuatu perkara yang penting berlaku pada sesuatu hari tersebut, tarikh pada hari tersebut akan menjadi satu tarikh yang penting sebagai peristiwa dan sejarah yang berlaku pada hari itu.

Terdapat pelbagai ramalan dan andaian yang dibuat berkenaan dengan tarikh ini,21 Disember 2012. Kebanyakan daripada ramalan yang dibuat menyatakan maksud yang lebih kurang sama iaitu bumi akan mengalami kemusnahan dalam skala besar atau lebih senang diringkaskan maknanya sebagai hari kemusnahan dunia. Kaum Mayan telah menyatakan bahawa dunia akan mengalami akhirnya pada tarikh tersebut kerana dalam kalendar mereka, tarikh terakhir yang tercatat pada kalendar mereka ialah pada 21 Disember 2012.

Untuk makluman pengunjung blog yang dihormati, saya ingin memberitahu satu rahsia yang tidak didedahkan secara terbuka di media berkenaan dengan penemuan NASA berkaitan dengan peristiwa ribut solar yang bakal melanda dunia. Dapatan yang diperoleh oleh NASA pada tahun 1983 telah mendapati bahawa sistem solar dalam galaksi bima sakti yang dikawal oleh pusat sistem suria iaitu matahari akan mengalami perubahan antara kedua-dua kutub matahari yang boleh mewujudkan ribut solar. Hal ini berlaku untuk setiap satu kitar yang mengambil masa selama 11 tahun.

Seandainya ia berlaku untuk tempoh beberapa tahun yang akan datang seperti yang diramalkan pada tahun 2012, ia akan menyebabkan sistem komunikasi bumi yang terdiri daripada satelit, GPS, power grid akan mengalami kemusnahan yang teruk dan seterusnya akan menimbulkan huru-hara yang tidak dapat digambarkan berlaku pada hari tersebut.

Hal ini juga boleh menyebabkan gangguan pada cuaca dunia yang sekarang turut mengalami kemerosotan akibat daripada masalah pemanasan global. Masalah banjir besar, sunami, gempa bumi, kemarau, ribut taufan dan bencana besar lain akan menjadi semakin serius. Dianggarkan bahawa 2/3 penduduk dunia akan terkorban pada tarikh tersebut akibat daripada kemusnahan yang sungguh dahsyat.

Sebagai seorang Islam yang wajib beriman kepada Hari Kiamat, sesungguhnya hari Kiamat pasti berlaku kerana itulah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Walaupun, manusia cuba untuk mencari kepastian tentang peristiwa kemusnahan dunia dengan kajian saintifik yang dilakukan untuk menentukan bilakah peristiwa tersebut berlaku dan membuat persediaan yang cukup untuk mengelaknya.

Apa yang pasti , kita tidak dapat menahan dan mengelak daripada hari kemusnahan tersebut, kerana Allah telah menyatakan bahawa dunia ini akan mengalami kemusnahan yang amat dahsyat yang tidak dapat digambarkan oleh manusia. Tanda-tanda yang bakal berlaku pada hari tersebut memang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Untuk pengetahuan pembaca semua, berdasarkan kepada tarikh 21 Disember 2012, tarikh ini jika ditukarkan pada tarih dalam kalendar hijrah, ia menunjukkan pada hari yang kelapan dalam bulan safar. Tarikh ini berada pada tahun 1434 H.

Adakah ini suatu kebetulan yang mana pada tarikh tersebut,harinya ialah hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang mafhumnya:
Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam A.S, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.

Kesimpulannya, janganlah sekali-kali anda percaya terus dengan kenyataan ini,yang pasti hari kiamat tetap akan berlaku. Tanda-tanda kiamat kecil sudah banyak yang berlaku. Setiap hari kita akan mendengar ada orang yang mati. Hal itu adalah kiamat baginya untuk hidup di atas dunia ini dan sebagai titik permulaan berpisahnya daripada alam ini menuju ke alam barzakh. Perbanyakkanlah persiapan untuk menghadapi maut kerana yang pasti,setiap yang bernyawa termasuk manusia juga akan mati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)

Wallahu'alam.

Wednesday, September 16, 2009

Jerat Sekular dalam Anugerah Nobel terhadap Saintis Muslim


Bismillah...
Adakah anda pernah mendengar tentang anugerah nobel ini?biasanya kita terdengar di dalam tv atau terbaca di di dalam surat khabar tentang hal ini saban tahun..berdasarkan kepada sejarahnya,ia diasaskan oleh Alfred Nobel pada tahun 1901.Pada 27 November 1895,beliau telah menandatangani wasiat terakhirnya di Paris. Apabila wasiat itu dibuka dan dibaca selepas daripada kematiannya,wasiat itu menyebabkan timbulnya banyak kontroversi sama ada di Sweden dan di peringkat internasional,kerana Nobel telah meninggalkan sejumlah besar kekayaannya untuk penubuhan sebuah anugerah hadiah Nobel.Keluarganya menentang pengadaan Hadiah Nobel tersebut,dan penganugerah hadiah yang telah dia namakan enggan untuk membuat apa yang telah diminta olehnya dalam wasiat tersebut.

Pada mulanya,anugerah hadiah nobel ini berlaku dalam tempoh 5 tahun sebelum Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada tahun 1901.Berdasarkan kepada sejarahnya,ada dua orang saintis yang beragama Islam telah mendapat hadiah nobel tersebut antaranya ialah Prof Abdus Salam yang berasal dari Pakistan dan Ahmed H. Zewail yang berasal dari Mesir tetapi telah bermaustatin di Amerika.Abdus Salam mendapat hadiah nobel dalam bidang fizik manakala Ahmed Zewail dalam bidang kimia.

Berbalik kepada tajuk yang saya kemukakan di atas,saya mengatakan bahawa anugerah nobel ini juga adalah salah suatu daripada jerat sekular terhadap saintis islam...Hal ini kerana untuk seseorang saintis itu diiktiraf mendapat anugerah nobel dalam bidang penyelidikan mereka,perkara penting yang perlu dinilai adalah bidang kajian tersebut mestilah tidak terikat dengan aspek nilai,etika dan agama dalam penyelidikan mereka.Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan suatu cabang daripada fahaman sekularisme yang didokong oleh prinsip mekanisme,positivisme dan emferisme.Faktor kualitatif tidak boleh menjadi penyebab terakhir dalam peringkat akhir penyelidikan mereka..Prof Abdus Salam yang memenangi hadiah nobel dalam bidang fizik mengatakan bahawa sains adalah bersifat neutral dan sejagat..ini bermakna dia telah menyokong prinsip yang dibawa oleh golongan falsafah Barat yang memisahkan nilai etika dan agama daripada bidang ilmu sains dan juga kehidupan.Sains tidak boleh bersifat neutral kerana ia adalah satu cabang ilmu yang terikat dengan nilai agama..

Jika kita menyingkap kembali sejarah tamadun sains Islam terdahulu,saintis Islam masa lalu menjadikan bidang sains sebagai satu ibadah dan menganggap bahawa sains perlu dibatasi oleh agama..Keadaan seperti inilah yang telah hilang daripada dunia sains Islam hari ini begitu juga dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan umat islam..Jika kita melihat dari sudut saintis barat seperti tokoh tentang teori alam semesta seperti Prof Stephen Hwaking..walaupun pada mulanya dia adlah pengikut kepada fahaman ateisme yang dipelopori oleh Betrand Russell,tetapi selepas dia melakukan kajian demi kajian berkaitan dengan alam semesta ini,beliau telah membuat satu kesimpulan yang menjadi satu kontroversi dalam dunia sains Barat kerana telah membuka satu paradigma baru dalam sempadan antara sains dan agama yang berkaitan dengan bidang kosmologi.Di dalam tulisan penyelidikan dan ucapan dia,dia mengatakan bahawa semua yang berlaku dalam alam semesta ini adalah dikawal atur oleh Tuhan.Hal inilah yang menyebabkan dia tidak mendapat hadiah Nobel walaupun namanya telah dicalonkan beberapa kali di atas sumbangannya yang besar dalam bidang sains fundamental berkaitan bidang kosmolgi..

Oleh itu,saintis islam yang ada pada hari ini janganlah menjadikan anugerah nobel sebagai sasaran utama dalam bidang mereka.Hal ini kerana kita sebenarnya akan menjadi alat bagi mereka kerana terikat dengan rentak ilmu yang dibawa oleh Barat bersama-sama dengan falsafah yang meminggirkan tuhan dalam bidang ilmu mereka..Jadilah saintis dengan niat untuk membangunkan agama dan umat islam serta jadikan sains sebagai ilmu untuk medium dakwah alternatif kepada manusia untuk membawa diri kita dan masyrakat supaya lebih kenal akan kekuasaan Allah dan hanya menjadi matlamat pengabdian diri kepada Allah sebagai matlamat utama hidup di atas dunia yang fana ini..

Wallahu'alam...

Sunday, September 13, 2009

Mesin Pelanggaran Hadron Besar (Large Hadron Collider -LHC): Suatu ancaman kepada dunia?


Gambar di atas menunjukkan ruang dalam terowong tempat eksperimen dijalankan

Bismillah..
Apakah rasionalnya eksperimen tersebut menjadikan bumi sebagai makmalnya, sedangkan teori fizik alam semesta itu menghasilkan apa yang ada pada hari ini, termasuk pembentukan bumi?Jangkaan saintis ialah untuk merungkai misteri di sebalik Teori Big Bang yang menyatakan alam semesta ini wujud kerana berlaku satu letupan besar yang akhirnya membentuk planet bumi dan keseluruhan galaksi, termasuk yang dihuni oleh bumi dinamakan Galaksi Bima Sakti ini.

Memang tanggapan saintis terdahulu menyatakan bahawa terdapat banyak galaksi wujud di angkasa seperti yang dinyatakan oleh astronomi Amerika, Edwin Hubble dan beberapa saintis fizik yang lain. Ketika menjalankan ujian, suasana tegang menyelubungi bilik kawalan Pertubuhan Untuk Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) yang menjalankan penyelidikan tersebut.Saintis mengerumuni monitor komputer, menanti saat penuh debar hasil penyelidikan yang dijalankan sejak 1984 itu.

Selepas percubaan beberapa kali, mereka bersorak gembira melihat pancaran cahaya proton (zarah bercas positif dalam nukleus atom) dilepaskan dalam terowong berbentuk bulatan (ring) sepanjang 27 kilometer (17 batu) yang dibina di sebuah kawasan sempadan Perancis-Switzerland. Obses saintis untuk ‘meriwayatkan’ semula apa yang dipanggil Big Bang atau Teori Letupan Besar itu ternyata luar biasa kerana mereka merancangnya sejak 1984 dengan kos membangunkan alat pemecut jirim bernilai RM31 bilion.

Menerusi eksperimen yang dijalankan di bawah tanah sedalam kira-kira 100 meter, saintis ‘menembak’ dua pancaran cahaya proton pada kelajuan cahaya menggunakan mesin Pelanggaran Hadron Besar (Large Hadron Collider -LHC). Mesin tersebut menembak dua pancaran cahaya proton dalam terowong tersebut dan berlanggar sesama sendiri. Tembakan pertama mengikut arah jam dan kedua melawan arah jam selang beberapa jam kemudian. Bagi Ketua Pengarah CERN, Robert Aymar, apa yang disaksikan itu adalah hasil usaha selama 20 tahun saintis dalam usaha mencari penemuan baru. Kajian tersebut memerlukan pancaran ditambah dengan proton dan dipancarkan pada kepantasan menghampiri kelajuan cahaya bagi menghasilkan 11,000 kitaran (putaran) sesaat.

Kawasan pancaran merupakan dua tiub selebar getah pemadam api menerusi ruang vakum yang lebih sejuk berbanding persekitaran angkasa. Pada setiap empat tempat (titik) sepanjang terowong tersebut, saintis akan menggunakan magnet besar untuk melintasi sinaran yang akan menyebabkan pelanggaran.Pelanggaran tersebut dikesan dengan kamera khas yang mampu membuat jutaan rakaman gambar sesaat. Ia dijangka mengambil masa beberapa minggu bagi memperoleh satu pelanggaran yang dianggap signifikan.Eksperimen ini dikatakan mendapat sokongan saintis terkemuka Stephen Hawking yang pernah menghasilkan buku yang diterjemah Sejarah Ringkas Masa: Dari Letupan Besar ke Lohong Hitam. Ketua Jurucakap CERN,Gillies memberitahu, masalah akan berlaku sekiranya pancaran pada kekuatan tinggi tidak dapat dikawal dan menyebabkan pemecut rosak.

Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah terdapat pendapat sebilangan saintis yang menentang eksperimen ini kerana terdapat kebarangkalian untuk berlakunya kewujudan lohong hitam mikro. Adakah ia menjadi ancaman yang baru kepada dunia dalam masa beberapa tahun akan datang?


Gambar di atas menunjukkan ilustrasi lohong hitam di angkasa lepas

Saturday, September 12, 2009

Asas unit jirim dan tenaga

Bismillah..
Dalam dunia sains pada hari ini, para saintis terutamanya ahli fizik masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian dan bukti yang kukuh dalam memberikan penjelasan berkenaan dengan asas unit bagi semua jirim dan semua bentuk tenaga. Mereka masih tidak dapat mencari apakah yang menjadi unit asas dari seluruh alam semesta yang dihimpunkan terdiri daripada unit asas yang sama. Hal ini secara langsung telah menjadi satu masalah baru dalam abad ke-21 ini khususnya dalam bidang fizik teori.

Salah satu daripada teori fizik yang berkait rapat dengan hal ini ialah "String Theory". Ia dimaksudkan sebagai cabang fizik teori yang menggabungkan mekanik kuantum dan relativiti umum ke dalam teori kuantum graviti. String pada teori tersebut ialah garisan yang bergerak dalam satu dimensi tetapi tidak lama kemudian, ia tidak lagi menjadi asas kepada teori itu yang mana ia juga boleh diformulasikan ke atas titik atau permukaan.


Gambar di atas menunjukkan model "String Theory"

Sesungguhnya ilmu yang ada pada manusia dan seluruh makhluk adalah terbatas dan terhad. Dan pada Allah jualah yang mempunyai segala kesempurnaan dan maha suci dari segala kekurangan dan kelemahan. Allah S.W.T adalah Yang Maha Bijaksana dan Allah telah menyatakan berkenaan dengan asas unit jirim dan tenaga ini di dalam Al-Quran pada surah adz-Dzariyat, ayat yang ke-7 yang bermaksud:

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan"(51:7)

"Jalan-jalan" yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran di atas boleh diterjemahkan sebagai string atau weaved ropes. Dalam ilmu fizik, setiap benda yang berada dalam batasan alam fizik iaitu alam yang boleh dicerap dan dikaji,mempunyai jirim dan tenaga. Oleh yang demikian, langit juga mempunyai tenaga dan jirim. Seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Quran di atas, jalan-jalan itu mempunyai ciri seperti benang yang mana apabila benang ini terdiri daripada beberapa helai akan berkumpul dan terikat dan akhirnya membentuk seperti tali.

Jika kita gabungkan sifat langit yang mempunyai jirim dan tenaga dengan beberapa helai benang yang membentuk tali, kita akan dapat membuat andaian logik bahawa bukan sahaja langit, bahkan segala objek yang berada dalam alam semesta ini mempunyai unit asas yang terdiri daripada weaved rope yang mengandungi jirim dan tenaga. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa reka cipta bagi asas unit bagi setiap jirim dan tenaga dalam alam semesta ini terdiri daripada weaved rope seperti yang dinyatakan dalam al-Quran pada surah adz-dzariyat dalam ayat yang ke-7.

Hal ini juga dapat dibuktikan bahawa setiap benda hidup adalah mempunyai binaan asas daripada molekul air. Susunan dalam molekul air adalah berbentuk heksagon dan ia juga terkandung reka cipta "weaved rope". Jadi, sekiranya benda hidup terdiri daripada molekul air, maka semua benda hidup yang mempunyai jirim dan tenaga akan mempunyai bentuk asas heksagon dan juga weaved rope seperti yang terdapat pada langit yang dinyatakan dalam ayat ke-7, surah adz-dzariyat.

Oleh yang demikian, benarlah keterangan Allah dalam kitab suci Al-Quran yang menjelaskan tentang hal ini. Sesungguhnya Allah S.W.T adalah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan sudah pasti mengetahui apa yang berlaku di sebalik setiap makhluk yang diciptakan-Nya. Hal ini seterusnya dapat menyatakan bukti sokongan bahawa Al-Quran adalah datang daripada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T dan bukannya rekaan manusia.
Wallahu'alam..

Simbol Hakcipta dalam ciptaan Allah S.W.T

Bismillah...
Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah An-Naml:88)

Berdasarkan pada ayat ke-88 dalam surah An-Naml, Allah telah menyatakan bahawa Dia yang telah menciptakan segala benda dalam keadaan yang sempurna dan kukuh. Setiap benda yang Allah ciptakan mempunyai tanda-tanda kekuasaan-Nya yang perlu dihayati dan kita fikirkan bersama. Allah telah mengintegrasikan simbol hakcipta dalam semua benda yang diciptakan-Nya. Simbol hakcipta ini mengesahkan bahawa semua benda yang ada di dalam alam semesta ini hanyalah dicipta oleh Allah Yang Maha Esa. Untuk mengesahkan bahawa setiap benda yang diciptakan oleh Allah mempunyai simbol hakcipta, kita merujuk pada Al-Quran dalam surah Huud, pada ayat yang ke-7 seperti yang dinyatakan di bawah:
Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", nescaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".(Huud:7)

Allah telah menyatakan bahawa penciptaan langit dan bumi dalam enam masa, di sini, saya ingin memfokuskan pada kata kunci yang sangat menarik dalam ayat al-Quran di atas, saya ingin memfokuskan pada perkataan "enam", hal ini kerana ia menjadi bukti kepada setiap benda yang diciptakan oleh Allah mempunyai simbol hakcipta.
Dalam kajian yang telah dibuat oleh para saintis, mereka telah menemukan bahawa setiap benda yang ada di bumi dan di ruang alam semesta adalah terdiri daripada ciri-ciri yang sangat unik dan menjadi asas dalam setiap unsur benda.Yang saya ingin maksudkan ialah setiap benda mempunyai asas pembinaan yang terdiri daripada bentuk penjuru enam atau bentuk heksagon (hexagonal shape). Setiap benda yang Allah ciptakan mempunyai bentuk heksagon sebagai "building block" seperti penciptaan manusia, serangga, air, bintang, cahaya, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Sebagai contoh, saintis telah menemukan bahawa asas bentuk molekul cahaya dalam foton adalah terdiri daripada bentuk heksagon. Begitu juga dengan molekul air yang mempunyai struktur susunan yang berbentuk heksagon dan juga pada asas binaan batang pokok yang terdiri daripada bentuk heksagon pada bahagian tengah dalam batang pokok.


Gambar di atas menunjukkan bentuk yang berpenjuru enam(heksagon)

Aplikasi yang dapat disimpulkan ialah dengan mengetahui bahawa simbol hakcipta Allah dalam setiap ciptaan-Nya untuk membuktikan secara saintifik tentang kebenaran yang terkandung dalam setiap ayat-ayat Allah dalam al-Quran. Subhanallah!!
Selain itu, kita sebagai hamba-Nya perlulah menghayati setiap ciptaan Allah ini dan mengaplikasikan bentuk heksagon yang merupakan contoh reka cipta yang terbaik untuk membina sistem tenaga dan struktur yang berguna kepada manusia. Kesimpulannya, al-Quran adalah panduan untuk semua manusia dan berpegang teguhlah padanya untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Wallahu'alam..

Menyangkal Teori Evolusi

Bismillah..
[27:64] Who is the One who initiates the creation, then repeats it? Who is the One who provides for you from the heaven and the earth? Is it another god with GOD? Say, "Show me your proof, if you are truthful."
Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Naml, pada ayat yang ke-64, saya ingin memfokuskan di sini bahawa dakwaan yang dibuat oleh orang berkenaan tentang bagaimana kehidupan bermula di bumi dan bagaimana manusia muncul di bumi mengikut apa yang dinyatakan dalam teori evolusi itu adalah sangat boleh disangkal dan ditolak dengan hujah saintifik. Teori evolusi ini boleh disangkal dengan kita perlu mengetahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan teori evolusi.

Teori evolusi mendakwa bahawa perubahan yang berlaku di dalam populasi organisma dibawa daripada satu generasi kepada generasi yang lain dengan menggunakan gen, dalam erti kata lain gen yang dijumpai di dalam DNA adalah memori yang menyimpan perubahan yang berlaku dalam generasi tertentu yang apabila generasi berikutnya bermula untuk berpopulasi, ia akan bermula pada langkah yang seterusnya yang mempunyai perubahan dalam organisma tersebut.

Untuk mengetahui sama ada asas utama evolusi yang mana gen membawa modifikasi daripada satu generasi kepada generasi yang lain adalah betul atau tidak, kita perlu memahami bahawa bagaimana DNA bekerja, gen adalah bahagian maklumat yang terkadung dalam molekul DNA. Maklumat ini yang apabila dibaca, ia akan menjadi protein dan protein adalah bahan binaan bagi organisma hidup. DNA dijumpai hanya di dalam nukleus sel dan tindakan mengawal DNA terletak di dalam sel. Jadi apabila protein meninggalkan sel, dan mereka dijumpai dalam ruang di luar sel, soalan yanng boleh timbul sekarang ialah: Bolehkah DNA mengawal protein untuk membentuk bentuk tangan sebagai contoh?

Jawapannya adalah tidak, hal ini kerana kawalan DNA dijumpai hanya di dalam nukleus sel. Hal ini boleh disimpulkan bahawa gen dan DNA tidak boleh mengekod reka cipta maklumat organisma dan mereka cipta perubahan yang berlaku dalam generasi oraganisma tertentu tidak boleh dipindahkan kepada generasi berikutnya menggunakan gen dan tidak terdapat asas untuk dakwaan evolusi.

Untuk menyimpulkannya, tiada mekanisma untuk teori evolusi, dan kemudiannya bolehkah kita mempercayai teori sebegini?
Jadi soalan sekarang adakah boleh setiap orang mempercayai teori ini?Jawapan logiknya adalah tidak. Hal ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah ke-17 pada ayat 81-82 yang menyatakan bahawa kebenaran sudah datang dan kepalsuan tetap ditewaskan. Di sini, kebenaran adalah teori dan bukti penciptaan oleh Allah Yang Maha Berkuasa dan kepalsuan adalah teori evoulsi.
Wallahu'alam..

Friday, September 11, 2009

Kajian saintis Jepun menemui komponen molekul dalam daun zaitun sebagai penawar virus H1N1


Gambar di atas menunjukkan buah zaitun


Gambar di atas menunjukkan daun zaitun

Untuk makluman lanjut tentang kajian yang telah didokumenkan ini, anda boleh klik pada tajuk kajian ini: Mechanism of the antiviral effect of hydroxytyrosol on influenza virus appears to involve morphological change of the virus Artikel jurnal ini diambil daripada portal ScienceDirect.

Zaitun adalah pohon yang diberkati. Keberkahan zaitun dinyatakan secara eksplisit dalam Al-Qur’an dan Hadits Rasulullah S.A.W. Di samping itu, penyebutannya dalam Al-Qur’an beberapa kali pun sudah menjadi bukti bahawa zaitun adalah pohon yang istimewa, dan bukan pohon sembarangan.

“Demi (pohon) tiin dan (pohon) zaitun” (QS At-Tiin: 1)

”Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah baratnya, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api” (QS An-Nuur:35)

“Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman”. (Al-An’am:99).

“Dia (Allah) menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan”. (An-Nahl: 11).

Demikian juga Rasulullah S.A.W menegaskan keistimewaan zaitun. Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah meriwayatkan dengan isnad yang jayyid, dari hadits Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah minyak zaitun dan gunakan sebagai minyak rambut, karena minyak zaitun dibuat dari pohon yang penuh berkah.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dalam hadis yang lain dari Ibnu Umar, Rasulullah S.A.W, telah bersabda: “Makanlah kalian dengan zaitun dan gunakan menggosok dengan minyak zaitun, sesungguhnya zaitun dari pohon yang diberkahi” (HR Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

Wallahu'alam..

Bagaimanakah syaitan boleh mempengaruhi manusia?

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأَمْوَالِ وَالأَوْلادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلاَّ غُرُورًا

And befool and agitate humans with your voice and make assaults on them with your imagination and influence. And share with them the growth of their money and children (i.e. share with them the parenting of their children) and make promises to them. And Satan promises nothing but lies and deceit.

Bismillah..
Berdasarkan kepada surah ketujuh belas, pada ayat yang keenam puluh empat dalam Al-Qu'ran,kajian telah dilakukan bahawa setiap manusia mempunyai suara diri dan "companion devil". Berkenaan dengan suara hati, suara yang kita ekspreskan adalah dirujuk kepada suara yang datang dari diri sendiri. Suara mempunyai ciri-ciri frekuensi yang membezakannya daripada suara-suara dari orang yang berbeza. Apabila seseorang berfikir secara senyap, dia akan mendengar suara ini di dalam kepalanya. Hal ini dipanggil sebagai suara individu yang merupakan suara yang kita cakap dan fikirkan.
"Companion devil" adalah diketahui di dalam ajaran Islam bahawa "companion devil" telah di"assign" pada setiap manusia pada kelahiran mereka. Tujuan daripada ini adalah ujian Allah ke atas manusia, untuk melihat sama ada manusia boleh kembali dan mematuhi perintah Allah atau tidak di atas semua ujian ini. Sifat syaitan yang mempengaruhi manusia ini telah dinyatakan oleh Allah yang mana syaitan akan membisikkan kepada manusia dengan suaranya dan pada masa yang sama, mereka bersembunyi daripada pandangan manusia. Cara yang syaitan boleh membisikkan hasutannya kepada pemikiran manusia adalah jika seandainya frekuensi suaranya serasi dengan suara manusia tersebut. Hal ini akan menyebabkan keselarasan kepada pemikiran manusia akibat daripada keserasian suara bisikan syaitan dengan suara manusia tersebut. Hal ini seterusnya boleh menyebabkan manusia tersebut mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang diarahkan oleh campuran bisikan syaitan dan juga suara hati manusia itu yang dipengaruhi oleh nafsu. Oleh yang demikian, seseorang yang dipengaruhi oleh bisikan syaitan akan mengalami keadaan mental yang tidak stabil akibat gangguan daripada frekuensi suara bisikan syaitan yang asing menjejaskan kewarasan akal manusia akibat terlalu mengikut hawa nafsu.
Wallahu'alam...

Atom pertama yang diciptakan oleh Allah


Berdasarkan kepada surah yang keempat puluh satu dalam al-Quran, pada ayat yang kelapan, Allah S.W.T telah menyatakan bahawa penciptaan Syurga adalah berdasarkan kepada jirim yang terdiri daripada asap atau kumpulan gas udara. Hal ini seterusnya adalah boleh disimpulkan bahawa penciptaan atom yang terawal adalah mempunyai sifat jisim yang terlalu ringan. Elektron mempunyai jisim yang terlalu ringan dan ia menjadi salah satu asas kepada komponen dalam penciptaan Syurga. Oleh yang demikian, atom yang pertama dijadikan oleh Allah S.W.T adalah atom hidrogen. Atom hidrogen mempunyai komposisi kimia yang terdiri daripada satu atom. Elektron yang wujud di dalam atom hidrogen juga mempunyai bilangan yang hampir sama dengan bilangan atom yang membentuk atom hidrogen. Atom hidrogen mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama adalah stabil dan tidak mengalami pereputan radioaktif. Oleh yang demikian, atom hidrogen menjadi asas kepada pembentukan unsur-unsur lain dari segi keupayaannya mengikat atom-atom lain dalam komposisi kimia bagi sesuatu sebatian.
Wallahua'lam..

Thursday, July 23, 2009

Wacana Ilmu Remaja : Monyetnya Cinta Kita

Sumber: klik di sini

Forum yang bertajuk 'Monyetnya Cinta Kita' bakal menampilkan penceramah dan motivator hebat iaitu:

1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Penulis 'bestseller book' bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa dan ibu bapa. Selain mempunyai syarikat konsultansi sendiri, Ustaz Hasrizal merupakan:

Penulis blog saifulislam.com
Kolumnis di pelbagai majalah seperti Majalah i dan ANIS

Penceramah bebas yang pakar dalam topik percintaan serta kekeluargaan

2. Firdaus Djamaris

Beliau merupakan trainer ESQ Training Mahasiswa dan Remaja. Selain berpengalaman luas bersama remaja dan mahasiswa, beliau juga merupakan graduan Ekonomi dari salah sebuah universiti terkenal di Indonesia.

Lebih sinonim dengan panggilan Pak Firdaus, kini beliau merupakan penasihat untuk Ikatan Silaturrahmi Mahasiswa (ISIS); sebuah organisasi yang mengumpulkan golongan remaja dan mahasiswa yang telah menjadi alumni ESQ Training.


3. Ustaz Ahmad Zahir Zahiruddin

Ustaz Zahir merupakan salah seorang penasihat iLuvislam.com. Beliau mula dikenali ramai dengan sebuah artikel yang diterbitkan di iLuvislam.com yang bertajuk 'Jodoh.' Selain itu beliau kerap memberikan ceramah di IPTA dan acapkali menyentuh permasalah remaja dalam bab cinta.

Beliau pernah 'putus cinta' semasa zaman bujangnya dan pengalaman berharga itu dirasakan amat penting untuk dikongsi bersama anda semua sebagai teladan dan sempadan.

Wednesday, July 22, 2009

AWAS!!! "KAPAL ANGKASA" DI BUKIT JALIL

Sebuah 'kapal angkasa' bakal mendarat di Bukit Jalil tidak lama lagi. Kalau tidak akhir tahun ni mungkin dijangka awal tahun 2010.
Kapal angkasa yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan mendarat ditapaknya bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Kapal angkasa tersebut sebenarnya adalah sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih didunia.

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk abapila ia siap nanti.

Jangan terkejut jika setelah mendarat nanti tempat duduk di dalam kapal angkasa ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.

Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.

Lihatlah saja kepada misi-misinya:

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind














Beginilah bentuk model Calvary Convention Centre (CCC) jika siap sepenuhnya. Bentuk yang paling moden dengan peralatan yang serba moden. Mampu menampung lebih 5,000 penganut Kristian untuk latihan agama Kristian di Malaysia

Laman itu menyebut CCC dibina untuk menampung kegitan Gereja Calvary yang holistik, untuk peringkat dalam negara dan luar negera. Auditoriumnya memuatkan 5,000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda di Malaysia

Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics