
Gambar di atas menunjukkan ruang dalam terowong tempat eksperimen dijalankan
Bismillah..
Apakah rasionalnya eksperimen tersebut menjadikan bumi sebagai makmalnya, sedangkan teori fizik alam semesta itu menghasilkan apa yang ada pada hari ini, termasuk pembentukan bumi?Jangkaan saintis ialah untuk merungkai misteri di sebalik Teori Big Bang yang menyatakan alam semesta ini wujud kerana berlaku satu letupan besar yang akhirnya membentuk planet bumi dan keseluruhan galaksi, termasuk yang dihuni oleh bumi dinamakan Galaksi Bima Sakti ini.
Memang tanggapan saintis terdahulu menyatakan bahawa terdapat banyak galaksi wujud di angkasa seperti yang dinyatakan oleh astronomi Amerika, Edwin Hubble dan beberapa saintis fizik yang lain. Ketika menjalankan ujian, suasana tegang menyelubungi bilik kawalan Pertubuhan Untuk Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) yang menjalankan penyelidikan tersebut.Saintis mengerumuni monitor komputer, menanti saat penuh debar hasil penyelidikan yang dijalankan sejak 1984 itu.
Selepas percubaan beberapa kali, mereka bersorak gembira melihat pancaran cahaya proton (zarah bercas positif dalam nukleus atom) dilepaskan dalam terowong berbentuk bulatan (ring) sepanjang 27 kilometer (17 batu) yang dibina di sebuah kawasan sempadan Perancis-Switzerland. Obses saintis untuk ‘meriwayatkan’ semula apa yang dipanggil Big Bang atau Teori Letupan Besar itu ternyata luar biasa kerana mereka merancangnya sejak 1984 dengan kos membangunkan alat pemecut jirim bernilai RM31 bilion.
Menerusi eksperimen yang dijalankan di bawah tanah sedalam kira-kira 100 meter, saintis ‘menembak’ dua pancaran cahaya proton pada kelajuan cahaya menggunakan mesin Pelanggaran Hadron Besar (Large Hadron Collider -LHC). Mesin tersebut menembak dua pancaran cahaya proton dalam terowong tersebut dan berlanggar sesama sendiri. Tembakan pertama mengikut arah jam dan kedua melawan arah jam selang beberapa jam kemudian. Bagi Ketua Pengarah CERN, Robert Aymar, apa yang disaksikan itu adalah hasil usaha selama 20 tahun saintis dalam usaha mencari penemuan baru. Kajian tersebut memerlukan pancaran ditambah dengan proton dan dipancarkan pada kepantasan menghampiri kelajuan cahaya bagi menghasilkan 11,000 kitaran (putaran) sesaat.
Kawasan pancaran merupakan dua tiub selebar getah pemadam api menerusi ruang vakum yang lebih sejuk berbanding persekitaran angkasa. Pada setiap empat tempat (titik) sepanjang terowong tersebut, saintis akan menggunakan magnet besar untuk melintasi sinaran yang akan menyebabkan pelanggaran.Pelanggaran tersebut dikesan dengan kamera khas yang mampu membuat jutaan rakaman gambar sesaat. Ia dijangka mengambil masa beberapa minggu bagi memperoleh satu pelanggaran yang dianggap signifikan.Eksperimen ini dikatakan mendapat sokongan saintis terkemuka Stephen Hawking yang pernah menghasilkan buku yang diterjemah Sejarah Ringkas Masa: Dari Letupan Besar ke Lohong Hitam. Ketua Jurucakap CERN,Gillies memberitahu, masalah akan berlaku sekiranya pancaran pada kekuatan tinggi tidak dapat dikawal dan menyebabkan pemecut rosak.
Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah terdapat pendapat sebilangan saintis yang menentang eksperimen ini kerana terdapat kebarangkalian untuk berlakunya kewujudan lohong hitam mikro. Adakah ia menjadi ancaman yang baru kepada dunia dalam masa beberapa tahun akan datang?

Gambar di atas menunjukkan ilustrasi lohong hitam di angkasa lepas



















































1 comment:
Seronok membaca didalam blog ni...banyak input tapi maaf dahulu saya katakan. integrasi antara background dan tulisan tidak kena menyebabkan sukar untuk membaca. hanya sekadar komen dari segi teknikal...wassalam...
Post a Comment