Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah An-Naml:88)
Berdasarkan pada ayat ke-88 dalam surah An-Naml, Allah telah menyatakan bahawa Dia yang telah menciptakan segala benda dalam keadaan yang sempurna dan kukuh. Setiap benda yang Allah ciptakan mempunyai tanda-tanda kekuasaan-Nya yang perlu dihayati dan kita fikirkan bersama. Allah telah mengintegrasikan simbol hakcipta dalam semua benda yang diciptakan-Nya. Simbol hakcipta ini mengesahkan bahawa semua benda yang ada di dalam alam semesta ini hanyalah dicipta oleh Allah Yang Maha Esa. Untuk mengesahkan bahawa setiap benda yang diciptakan oleh Allah mempunyai simbol hakcipta, kita merujuk pada Al-Quran dalam surah Huud, pada ayat yang ke-7 seperti yang dinyatakan di bawah:
Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", nescaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".(Huud:7)
Allah telah menyatakan bahawa penciptaan langit dan bumi dalam enam masa, di sini, saya ingin memfokuskan pada kata kunci yang sangat menarik dalam ayat al-Quran di atas, saya ingin memfokuskan pada perkataan "enam", hal ini kerana ia menjadi bukti kepada setiap benda yang diciptakan oleh Allah mempunyai simbol hakcipta.
Dalam kajian yang telah dibuat oleh para saintis, mereka telah menemukan bahawa setiap benda yang ada di bumi dan di ruang alam semesta adalah terdiri daripada ciri-ciri yang sangat unik dan menjadi asas dalam setiap unsur benda.Yang saya ingin maksudkan ialah setiap benda mempunyai asas pembinaan yang terdiri daripada bentuk penjuru enam atau bentuk heksagon (hexagonal shape). Setiap benda yang Allah ciptakan mempunyai bentuk heksagon sebagai "building block" seperti penciptaan manusia, serangga, air, bintang, cahaya, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Sebagai contoh, saintis telah menemukan bahawa asas bentuk molekul cahaya dalam foton adalah terdiri daripada bentuk heksagon. Begitu juga dengan molekul air yang mempunyai struktur susunan yang berbentuk heksagon dan juga pada asas binaan batang pokok yang terdiri daripada bentuk heksagon pada bahagian tengah dalam batang pokok.

Gambar di atas menunjukkan bentuk yang berpenjuru enam(heksagon)
Aplikasi yang dapat disimpulkan ialah dengan mengetahui bahawa simbol hakcipta Allah dalam setiap ciptaan-Nya untuk membuktikan secara saintifik tentang kebenaran yang terkandung dalam setiap ayat-ayat Allah dalam al-Quran. Subhanallah!!
Selain itu, kita sebagai hamba-Nya perlulah menghayati setiap ciptaan Allah ini dan mengaplikasikan bentuk heksagon yang merupakan contoh reka cipta yang terbaik untuk membina sistem tenaga dan struktur yang berguna kepada manusia. Kesimpulannya, al-Quran adalah panduan untuk semua manusia dan berpegang teguhlah padanya untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Wallahu'alam..



















































No comments:
Post a Comment