"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Friday, October 30, 2009

Pembedahan pintasan jantung koronari

Bismillah..

"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?"(94:1)

"Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)"(94:2)

"Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?"(94:3)

"Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?"(94:4)

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"(94:5)

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."(94:6)

Ayat al-Quran dari 1-6 dalam Surah Al-Insyirah ini saya nyatakan sebagai bukti bahawa Al-Quran telah menyatakan tentang hal yang berkaitan dengan perubatan dan pembedahan.Hal ini kerana tajuk yang nyatakan pada kali ini ialah tentang pembedahan pintasan jantung koronari. Apabila kita membicarakan tentang keadaan fisiologi organisma hidup seperti manusia, untuk membolehkan setiap organ seperti jantung berfungsi dalam keadaan biasa, sumber yang menjadi keperluan penting kepada organ-organ adalah melalui perantaraan darah. Darah mengalir ke jantung melalui arteri koronari. Dalam kes seperti pengerasan dinding arteri atau dikenali sebagai penyakit atherosklerosis, penyempitan dan penghadangan boleh menyebabkan berlakunya pengerasan pada dinding arteri. Apabila keadaan ini berterusan, aliran darah akan tersekat dan jantung akan menerima bekalan darah yang tidak mencukupi. Ini akan membawa kepada penyakit sakit jantung atau sakit dada, yang menunjukkan bahawa jantung tidak boleh berfungsi dengan baik dan juga boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius seperti serangan sakit jantung.



Ungkapan "alam nashrah laka sadrak" dalam ayat pertama, Surah Al-Insyirah mungkin menjadi suatu pentanda kepada gangguan fungsi jantung yang memerlukan kepada rawatan pembedahan jantung seperti pembedahan pintasan jantung koronari seperti yang dijalankan oleh pakar bedah jantung terhadap pesakit pada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui tentang makna ayat-ayat Al-Quran ini.Anggapan ini dibuat kerana makna pada perkataan "lam nashrah" mengungkapkan kata kerja yang membawa maksud "membedah atau membuka". Akibat daripada operasi pembedahan yang dijalankan, darah boleh mengalir semula dan sakit dada dapat dikurangkan dan diminimakan. Istilah "melapangkan" pada ayat pertama dalam Surah Al-Insyirah ini juga mungkin menjadi pentanda kepada proses mengalihkan dan memindahkan keluar bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesesakan pada diding arteri.

Tambahan pula, jika kita meneliti makna pada ayat yang pertama dalam surah yang berikutnya iaitu Surah At-Tiin, Allah S.W.T telah berfirman yang mafhumnya:

"Demi buah Tiin dan Zaitun"(At-Tiin:1)



Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh saintis, buah zaitun mempunyai potensi yang baik dalam menjadi terapi pemulihan penyakit jantung dan berupaya untuk menjadikan organ jantung lebih sihat dari segi menyingkirkan enapan lemak dan LDL-kolesterol pada saluran darah ke jantung dan saluran arteri koronari. LDL-kolesterol bertindak dengan membawa molekul lemak dan lipid daripada aliran darah ke organ-organ yang penting seperti jantung. Hal ini akan meningkatkan risiko berlakunya penyakit arterosklerosis. Sesungguhnya firman Allah dalam kedua-dua surah ini adalah benar dari segi rawatan pembedahan jantung dan juga terapi diet yang sesuai untuk menjaga kesihatan jantung dengan mengamalkan pemakanan produk buah zaitun seperti minyak zaitun sebagai bahan utama memasak makanan seperti menggoreng dan kaedah memasak yang lain.

Wallahu a'lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

Wednesday, October 28, 2009

Syeikh Tantawi Jauhari Kuasai bidang sains

Bismillah..

Pada kali ini,tiada apa yang saya ingin tuliskan.mungkin idea tidak dapat dicetuskan.
Lagipun, saya sedang menghadapi masa-masa peperiksaan yang perlu dilalui sehingga ke penghujungnya. Oleh yang demikian, untuk tidak membiarkan laman blog saya ini tidak dikemas kini, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya yang dihormati dengan suatu kisah seorang ulama' yang bernama Syeikh Tantawi Jauhari. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah diharapkan agar saya dan anda semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran kepada kita dalam berjuang untuk menimba ilmu. Walaupun, kita belajar di universiti bukan pengkhususan dalam bidang agama, tetapi tidak sepatutnya kita terus meninggalkan pembelajaran agama. Kita perlulah membawa penghayatan agama dalam bidang ilmu yang kita pelajari di universiti agar ilmu yang kita pelajari dapat memberikan sumbangan kepada perjuangan dalam menegakkan agama islam yang tercinta. Segala disiplin ilmu termasuklah ilmu sains perlu digunakan sebaik mungkin untuk tujuan yang memberi kebaikan kepada da'wah islam. Berikut adalah artikel tentang profil ulama' itu yang saya ambil daripada portal PMRAM(Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir).

Syeikh Tantawi Jauhari adalah satu nama besar di kalangan para mufassirun (ahli-ahli tafsir al-Quran) khususnya pada abad moden. Ini kerana pendekatan beliau dalam mentafsirkan ayat lebih menjurus kepada ilmu sains moden. Ia menunjukkan bahawa ilmu sains tidak dapat diasingkan daripada al-Quran, atau lebih tepat lagi bahawa sains adalah merujuk kepada al-Quran. Ia bukan sekadar kitab suci yang dibaca dan menceritakan tentang perihal urusan agama, urusan amal ibadat atau akidah semata-mata, tetapi juga rujukan kepada ilmu-ilmu moden. Apatah lagi Mesir yang pernah dijajah oleh Perancis, Inggeris yang berusaha untuk menjauhkan rakyat Negara itu yang berada dalam dilemma khususnya untuk mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Penjajahan sudah masuk episodnya yang mencemaskan, apabila rakyat diperbodohkan dengan pelbagai tingkah laku yang jauh daripda pegangan Islam sebenar.

Anak-anak yang berkelayakan ketika itu untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi disekat oleh pihak penceroboh bagi memastikan agar ilmu-ilmu agama tidak dipelajari secara bersungguh dan formal. Namun, kegigihan seorang tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Tantawi Jauhari yang tampil untuk menyelamatkan Islam menerusi hasil karyanya dalam bidang tafsir sains, telah membuka mata banyak pihak bahawa dalam suasana tertekan, boleh lahir ilmuan yang mengejutkan dengan penampilan sains yang amat dikagumi.

Justeru, tidak hairanlah mengapa Syeikh Tantawi Jauhari dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel pertama di kalangan bangsa Arab walaupun beliau tidak sempat melihatnya kerana menemui Allah SWT. Namun, beliau tetap mendapat jolokan di kalangan rakan-rakan seperjuangan sebagai pahlawan Islam dalam bidang ilmu sains.

Baca seterusnya>>>

Monday, October 26, 2009

Keseimbangan alam semesta yang sempurna

Bismillah..

Pada kali ini,saya ingin mengutarakan tentang lanjutan daripada tajuk posting saya sebelum ini iaitu Keteraturan alam semesta:Tanda Keagungan Allah S.W.T.. Sesungguhnya, alam semesta yang terbentang luas ini amatlah mustahil jika dikatakan tiada siapa yang menciptakannya. Jika betullah andaian yang dibuat oleh segelintir ahli saintis dan astronomi yang terlalu mengagungkan penggunaan akal, kenapa mereka tidak menggunakan akal mereka itu untuk memikirkan bahawa alam semesta ini adalah dicipta dan bukannya berlaku secara tiba-tiba dan spontan? Hal ini kerana mereka telah dikuasai oleh pemikiran melampau yang mengatakan bahawa sains adalah segala-galanya. Selain itu, mereka adalah pendokong kepada falsafah barat yang meminggirkan agama daripada kehidupan mereka dan matlamat penyelidikan mereka adalah untuk mencapai tahap ketamadunan tertinggi yang hanya boleh dicapai melalui pencapaian agung dalam bidang disiplin limu sains. Keadaan yang lebih teruk lagi lagi adalah wujudnya masyarakat yang mendewakan ahli saintis dan menjadikan sains sebagai pegangan utama dalam kehidupan mereka. Agama ditolak jauh-jauh daripada kehidupan mereka kerana mereka merasakan bahawa kemajuan material tidak dapat dicapai apabila agama dibawa bersama. Maka, kita dapat lihat sebilangan daripada saintis-saintis ini akan mengatakan bahawa Tuhan tidak perlu dalam kehidupan mereka kerana mereka meletakkan pergantungan semata-mata kepada penyelidikan sains yang dimajukan oleh mereka. Harapan saya agar tiadalah saintis islam yang terjebak dengan pengaruh sekularisme yang melingkari semua aspek dalam kehidupan. Janganlah mengikuti jejak-jejak mereka yang meminggirkan dan mengasingkan agama dalam kehidupan. Ambillah contoh dan pengajaran daripada saintis islam dan ilmuan islam pada masa kegemilangan islam dahulu dalam aspek perkembangan ilmu pengetahuan yang mengambil kira keseimbangan dari aspek rohaniah dan material. Hal inilah yang sepatutnya dicapai oleh umat islam kini agar kita tidak menjadi mangsa kepada jerat permainan golongan kafir yang sentiasa ingin melihat umat islam dalam keadaan lemah dan tidak bersatu padu ke arah mendapatkan mardhotillah untuk kejayaan hidup di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

Setiap daripada kita yang mengaku bahawa agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam, perlulah melakukan pengislahan diri tentang sejauh manakah agama yang kita imani pada hari ini dapat kita bangunkan berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah dan para solafussolehin. Setiap muslim perlulah menjadikan da'wah sebagai matlamat hidup mereka kerana dengannya kita akan sentiasa berada dalam jalan yang diredhai oleh Allah. Da'wahkan kepada umat islam dan seluruh manusia bahawa agama islamlah yang akan membawa keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Kita perlulah sentiasa memperbaiki iman kita dari semasa ke semasa agar dengan kekuatan iman yang ampuh dapat mengukuhkan persaudaraan ummah agar meletakkan islam sebagai wadah perjuangan hidup di atas bumi ini. Salah satu daripada caranya ialah kita perlu kenal dan percaya akan kekuasaan Allah melalui tanda-tanda keagungan Allah berkaitan dengan penciptaan alam semesta ini. Apabila kita melihat setiap kejadian yang berlaku di alam dunia ini, kita akan dapat menyaksikan bahawa hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu yang dijadikan-Nya.

Oleh yang demikian, sukalah saya untuk menyatakan tentang kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T di sebalik setiap kejadian di alam ini termasuklah penciptaan alam semesta yang mempunyai keseimbangan yang sempurna. Sebelum saya meneruskan bicara saya ini, saya ingin memetik bukti kebenaran daripada ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah al-Mulk pada ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?"(Al-Mulk:3)

"Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah."(Al-Mulk:4)

Berbilion-bilion bintang dan galaksi dalam alam semesta bergerak dalam keseimbangan yang sempurna dalam laluan atau orbit yang telah ditetapkan padanya. Bintang, planet dan satelit berpusing tidak hanya pada paksinya tetapi juga berpusing bersama dengan sistem yang merupakan bahagian yang berintegrasi antara satu sama lain. Kadang-kadang, galaksi yang mengandungi 200-300 bilion bintang bergerak merentasi laluan antara satu sama lain. yang paling menakjubkan adalah tiada berlaku sebarang perlanggaran yang mungkin boleh memusnahkan susunan yang amat besar dalam alam semesta. Cubalah kita bayangkan bahawa objek yang besar seperti bintang pun tidak berlanggar antara satu sama lain, sedangkan jika kita menyelesuri detik-detik kehidupan kita di dunia ini, saban hari kita akan mendengar tentang kejadian perlanggaran kenderaan di jalan raya. Kejadian yang berlaku di alam semesta ini telah menjadi saksi kepada kita bahawa alam semesta ini telah diatur dengan begitu sempurna dan tidak berlaku sebarang kesilapan dan kecacatan. Itulah tanda-tanda keagungan dan kekuasaan Allah yang perlu kita hayati bersama agar kita sentiasa merasakan betapa kerdil dan lemahnya kita di atas dunia ini sebelum kita dipertemukan dengan-Nya pada hari kebangkitan di padang mahsyar yang sudah menjadi suatu kepastian dan janji Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah amat menepati janji dan tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya.

Di alam semesta, konsep kelajuan menganggap bahawa alam semesta adalah suatu dimensi yang amat besar jika dibandingkan dengan ukuran mengikut skala bumi. Bintang, planet, galaksi dan konglomerat galaksi yang bergerak melalui suatu ruang pada kelajuan yang luar biasa. Sebagai contoh, bumi berputar pada kelajuan 1670 km/j. jika kita menganggap bahawa peluru yang bergerak paling pantas pada hari ini ialah pada kelajuan purata 1800 km/j, kita boleh lihat betapa lajunya bumi bergerak, selain daripada saiz dan jisimnya yang besar. Kelajuan bumi apabila ia mengorbit matahari adalah kira-kira 60 kali lebih laju berbanding sebutir peluru yang dilepaskan daripada sepucuk pistol, iaitu pada 108000 km/j. Jika kita boleh membina satu kenderaan yang berkebolehan untuk bergerak pada kelajuan tersebut, kita boleh mengelilingi bumi dalam 22 minit sahaja. Apabila kita melihat kepada sistem solar, keadaannya adalah lebih menakjubkan. Semakin besar sistem dalam alam semesta, semakin laju kelajuannya. Kelajuan sistem solar yang mengorbit pada pusat galaksi adalah 720000 km/j. Galaksi bima sakti pula bergerak melalui satu ruang pada kelajuan 950000 km/j.



Tidak terdapat sebarang gangguan bahawa akan berlaku risiko perlanggaran yang berskala besar dan tinggi dalam alam semesta yang boleh disifatkan sebagai sistem yang bergerak amat pantas dan terlalu rumit untuk difikirkan oleh akal manusia yang amat terbatas. Sehingga saat ini, rasa syukur pada Allah yang mampu saya ucapkan kerana tidak berlaku sebarang kesan bencana yang amat dahsyat dan kita masih boleh meneruskan kehidupan kita di dunia dengan selamat. Hal ini kerana setiap sesuatu dalam alam semesta ini berfungsi berdasarkan kepada aturan keseimbangan sempurna yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Atas sebab yang telah saya kemukakan daripada petikan ayat 3 dan 4 dalam surah Al-mulk, tidak berlaku sebarang kecacatan dan ralat dalam penciptaan alam semesta oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Oleh yang demikian, benarlah ayat-ayat Allah ini yang sudah sewajibnya kita imani secara keseluruhannya dan bukan separuh-separuh. Maka, marilah kita bersama-sama menegakkan kebenaran Al-Quran sebagai kalamullah dan wajiblah kita untuk menafikan segala tohmahan dan tuduhan jahat yang menyatakan Al-Quran adalah ciptaan manusia.

Wallahu a'lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

Saturday, October 24, 2009

Kerelatifan masa

Bismillah..

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menghadapi peperiksaan akhir semester, maknanya masa peperiksaan itu akan tiba tidak lama lagi.Sudah pasti bahawa masa ini akan terus bergerak mengikut perkiraan masa dunia yang tidak pernah berhenti atas ketentuan-Nya. Oleh yang demikian, masa yang diperuntukkan kepada semua makhluk di bumi ini sebanyak 24 jam dalam sehari adalah setara dan sama.tidak lebih dan tidak kurang. Itulah tanda-tanda kekuasaan dan kehebatan Allah bagi golongan yang mahu berfikir. Moga2 saya dan anda semua menjadi golongan yang berfikir dan merasakan bahawa masa yang kita ada ini adalah aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.

Perkara yang saya ingin bicarakan pada kali ini adalah juga berkaitan dengan masa. Masa itu bersifat relatif dan ia telah pun dibuktikan dalam fakta sains berkaitan dengan kerelatifan masa. Hal ini telah didedahkan oleh Albert Einstein berkenaan dengan teori relativiti pada awal abad ke-20. Beliau telah membutikan fakta ini dengan penemuan teori relativiti. Beliau menunjukkan bahawa masa adalah bergantung kepada jisim dan halaju atau kelajuan.Apa yang menarik di sini adalah Al-Quran telah pun menyatakan bahawa masa itu adalah relatif.

Albert Einstein(1879-1955)


Berikut adalah firman Allah dalam Al-Quran berkenaan dengan masa yang disifatkan sebagai relatif:

1)"Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."(Al-Hajj:47)

2)"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."(As-Sajdah:5)

3)"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun."(Al-Ma'arij:4)

Wallahu'alam.

Wednesday, October 21, 2009

Pengoksidaan dalam darah

Bismillah..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk menanda setitik ilmu daripada lautan ilmu-Nya yang amat luas. Sesungguhnya, ilmu yang ada pada diri ini hanyalah terlalu sedikit sehinggakan jika ingin dikirakan mengikut peratus, tidak mungkin dapat menghampiri walaupun 1%. Bahkan tiada langsung. Begitulah keterbatasan ilmu yang dimiliki olehku, makhluk yang diciptakan oleh-Nya. Oleh yang demikian, amatlah tidak wajar jika diri ku yang mempunyai ilmu yang amat sedikit ini perlu untuk berbangga2 dengan ilmu yang tidak seberapa. Ilmu yang bermanfaat perlulah dikongsi kepada semua orang, lebih2 lagi jika ianya membawa kebaikan kepada kemaslahatan ummah. Pada kali ini, saya ingin mencoretkan sesuatu yang boleh dikongsikan kepada semua pembaca blog saya yang dihormati. Harapan saya agar kita sama2 memperoleh pengajaran yang berguna kepada diri saya dan diri anda selaku insan yang mempunyai kalimah syahadah yang membenarkan bahawa Al-Quran adalah kalamullah dan bukannya daripada ciptaan manusia.

Pada kali ini saya ingin membicarakan tentang pengoksidaan dalam darah. Sebelum itu, saya ingin memulakan kalam saya dengan firman Allah dalam surah Al-Muthaffifin pada ayat 14 yang bermaksud:
"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka"(83:14)

Saya ingin mengajak pembaca semua agar meneliti maksud ayat pada perkataan "menutup".
Jika perkataan "menutup" ini diterjemahkan dalam istilah bahasa inggeris, ia bermaksud "rusted". Istilah "rusted" yang digunakan untuk menghuraikan hati dalam ayat 14, Surah al-Mutthaffifin ini mungkin menjadi rujukan kepada tindak balas biokimia yang berlaku di hati. Hati yang dimaksudkan di sini ialah organ jantung dalam organisma hidup seperti manusia. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui kebenaran di sebalik ayat ini. Rust atau karat ialah hasil daripada atom besi yang bertindak balas dengan oksigen. Oksigen yang kita serap daripada ruang udara dibawa masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan. Oksigen ini akhirnya akan pergi kepada atom besi yang hadir dalam hemoglobin dalam darah. Oksigen akan terikat kepada atom besi yang terdapat dalam hemoglobin. Semasa proses ini, oksigen akan bergerak balas dengan atom besi dalam darah. Ini bermaksud terdapat satu proses yang tetap yang menyerupai proses pengaratan dalam darah, dan oleh itu, jantung adalah pusat kepada sistem peredaran darah dalam manusia.

Atom besi yang berlebihan dalam darah boleh membawa kepada penuaan pra-matang dalam semua sel soma(badan) dengan mengakibatkan pengoksidaan seakan karat. Penyakit yang dikenali sebagai hemokromatosis, ia disebabkan oleh atom besi yang berlebihan berkumpul dalam badan, atom besi akan menghasilkan kesan toksik dan menyebabkan organ seperti hati menjadi rosak. Hal ini adalah disebabkan oleh pengoksidaan besi, fenomena ini juga kerap dihuraikan sebagai organ berkarat atau pengumpulan karat dalam organ.

Jika anda lihat kepada Jurnal Science News, seorang ilmuan bernama Dr. Sharon McDonnell menghuraikan pengoksidaan besi dalam darah menyebabkan organ sepeti berkarat. Ia hanyalah barangkali untuk mengenal pasti tindak balas atom besi dengan oksigen dalam badan iaitu proses pengoksidaan dalam darah dengan menggunakan peralatan makmal yang canggih. Fakta tentang pengoksidaan dalam darah yang diperoleh melalui kajian saintifik dan dapatan saintifik telah terlebih dahulu muncul dalam kitab suci Al-Quran sebagai sebuah bukti keajaiban. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al-Quran bukanlah ciptaan manusia dan sesungguhnya Al-Quran adalah datang daripada Allah S.W.T, Yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta kepada segala ciptaan-Nya. Maka, benarlah Al-Quran dan yakinilah bahawa hanya Al-Quran dan Al-Sunnah yang dapat menjadi panduan hidup kita untuk kebahagiaan di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

Wallahu'alam.

Monday, October 19, 2009

Pengklonan dalam benda hidup

Bismillah..

Pada kali ini, saya akan menceritakan tentang pengklonan dalam benda hidup. Sebelum itu, saya ingin mulakan bicara saya dengan sepotong ayat al-quran dalam surah an-nisa' pada ayat yang ke-119 yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (An-nisa':119)

Ayat di atas mengandungi ungkapan “yubattikunna”, sila rujuk ayat ini dalam bahasa arab. Ungkapan ini berasal daripada kata kerja "battaka” yang bermaksud memutuskan, membelah atau memotong. Perkataan “yughayyirunna” dalam ayat ini berasal daripada kata kerja “ghayyara”, yang membawa maksud mengubah, mengubahsuai sesuatu yang berada dalam keadaan asal atau original. Pada akhir kedua-dua kata kerja ini mempamerkan huruf nun. Dengan ungkapan-ungkapan ini, ayat 119 dalam surah an-nisa' ini mungkin dari segi satu aspek adalah menunjukkan kepada aktiviti saintifik tentang menyalin dan mengklon genom dalam organisma hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang mengetahui maksud sebenar dan kebenaran di sebalik ayat al-Quran ini.
Anggapan ini dibuat kerana eksperimen pengklonan adalah secara asasnya dijalankan dengan sel diambil daripada telinga haiwan pada peringkat awal penyelidikan sains yang berkaitan dengan tujuan pengklonan. Untuk meletakkannya dalam cara yang berbza, benda hidup yang bersifat replika dihasilkan dengan mengambil sel daripada sampel tisu seperti serpihan telinga haiwan yang dipotong seperti yang dihuraikan oleh ayat 119 dalam surah an-nisa'.

Berikut adalah laporan daripada Pusat Penyelidikan Persekutuan Jerman berkaitan dengan maklumat pengklonan:

Fasa pengumpulan tisu adalah pendek dan mudah. Apabila seekor haiwan sudah siap untuk tujuan eksperimen, sampel tisu seperti "ear clipping" dikumpulkan dalam masa beberapa saat. Tambahan pula, sel somatik boleh dikumpulkan daripada semua spesis. Prosedur yang bersifat kembar dan satu boleh digunakan dengan mengambil sampel tisu daripada telinga dengan menggunakan "notchers" yang juga digunakan untuk membuat "earmarks" bagi anak lembu, kambing, ilama dan biri-biri. Secara jelas, untuk semua spesis, limfosit boleh digunakan tetapi sel-sel somatik daripada telinga menjadi lebih mudah untuk mendapat dan oleh itu ia lebih menjadi keutamaan.

Mengubah benda hidup seperti yang dirujuk dalam Al-Quran dan ungkapan memotong telinga anak lembu adalah pada masa tidak berlakunya bidang sains seperti genetik dan embriologi telah menunjukkan bahawa Al-Quran adalah datang dari tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T. Dalam akhir ayat tersebut juga menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan pengubahan pada ciptaan Allah akan kecewa dan rugi atas perbuatan yang mereka telah lakukan. Oleh itu, ayat ini mungkin menunjukkan bahawa pengklonan akan membawa pelbagai masalah kepada kehidupan manusia. Dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya, kenyataan yang berkaitan dengan masalah-masalah daripada pengklonan telah dinyatakan oleh Pusat Pembelajaran Sains Genetik di Universiti Utah dan Projek Genom Manusia.

Berikut adalah risiko yang wujud daripada eksperimen pengklonan seperti berikut:
1)Kadar kegagalan yang tinggi.
2)Masalah pada fasa perkembangan organisma yang diklon
3)Corak pengekspresan gen yang luar biasa dan mengalami kecacatan yang besar
4)Perbezaan dalam telomere

Dalam proses pengklonan, DNA daripada sel benda hidup dirancang untuk disalin dan diletakkan di bawah mikroskop. Kemudiannya, diletakkan ke dalam sel telur daripada organisma lain dalam kumpulan spesis yang sama. Kejutan elektrik akan digunakan yang merangsang sel telur untuk memulakan pembahagian. Embrio meneruskan untuk membahagi dan diletakkan ke dalam rahim organisma bagi spesis yang sama dan kemudiannya akan mengalami fasa perkembangan dan kelahiran.



Bahan genetik yang diambil daripada sel hidup digunakan dalam eksperimen pengklonan, tetapi persenyawaan berlaku secara palsu. Mekanisma pembiakan hanyalah dicipta oleh Allah S.W.T dan oleh itu kaedah saintifik dalam pengklonan akan menemui kegagalan yang nyata.Al-Quran telah menyatakan bahawa orang-orang yang mengubah ciptaan Allah iaitu ahli saintis yang terlibat dalam bidang pengklonan akan mengalami masalah yang nyata. Sesungguhnya, benarlah ayat 119 dalam surah an-nisa' ini.

Wallahu'alam.

Saturday, October 3, 2009

Syeikh Zahid al-Kauthari : Guru Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

Sumber: Taman Ulama'Sememangnya kita disuruh untuk membesarkan syiar islam. Syiar islam bolehlah kita lihat dengan pelbagai aspek termasuklah juga para ulama yang terdahulu. Mereka sentiasa menjaga agama daripada diselewengkan oleh musuh–musuh Islam. Sesuailah dengan sabda Nabi: (Ulama adalah warisan para nabi). Kali ini cuba dipaparkan seorang ulama yang terkenal sebagai tokoh warisan umat Islam pada hari ini. Iaitu Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, seorang ulama Mesir terkenal seuatu ketika dahulu.

Beliau dilahirkan di desa Douzjah sekitar tiga mil dari arah timur daerah Astanah, Turki, pada tanggal 27 Syawal 1296 Hijriah/1878 Masihi. Gelar al-Kauthari dinisbatkan kepada sebuah desa bernama Kauthari di daerah Dhuffah yang merupakan wilayah Al-Qauqaz,. Tetapi dalam riwayat lain, gelar tersebut merupakan nisbat kepada salah satu leluhurnya.

Baca seterusnya>>>

Friday, October 2, 2009

Keteraturan alam semesta: Tanda Keagungan Allah S.W.T

Bismillah..

Cubalah kita lihat di sekeliling kita?terdapat banyak keunikan dan keindahan yang tidak dapat diucapkan dengan kata2 melainkan hanya mampu melafazkan rasa syukur dan membenarkan hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas segala2nya sama ada di langit dan di bumi dan seluruh alam semesta ini yang berada di bawah pemerintahan-Nya...Diri ini hanya lah makhluk yang kerdil jika dibandingkan dengan seluruh alam semesta..nescaya diriku ini seperti sebutir pasir yang berada dalam satu padang pasir yang amat luas..Subhanallah...Sehingga ke hari ini,diriku dan segala makhluk lain yang ada masih diizinkan oleh-Nya untuk terus hidup..ternyata diriku sentiasa berada dalam hidup yang penuh dengan kenikmatan yang diberikan oleh Allah Yang Maha Pemurah..tetapi kadang2 diri ini lupa akan kemurahan-Nya..insafilah wahai diri ini..sentiasalah menjadi hamba-Nya yang bersyukur..janganlah mengkufuri nikmat-Nya...betapa indahnya ciptaanMu ya Allah..Kau jadikan segala2nya dengan teratur dan indah sekali..bumi yang aku diami ini sentiasa berputar di atas paksinya mengikut ketentuanMu..segala planet,bintang,galaksi dan segala partikel yang ada di ruang dimensi alam semesta ini adalah dalam keadaan yang teratur dan tersusun..betapa hebat dan agungnya kekuasaanMu,ya Allah...jadilah aku daripada golongan hamba2Mu yang tetap berada dalam jalan-Mu.Aku bersaksi bahawa hanya Engkaulah Tuhan yang selayaknya aku abdikan diriku kepada-Mu..dan aku bersaksi bahawa Rasulullah adalah nabi terakhir yang diutuskan untuk seluruh umat manusia sehingga ke hari kiamat yang membawa kebenaran agama-Mu..Sesungguhnya al-Quran adalah panduan kehidupanku yang wajib aku imani dan pertahankannya.

wallahu'alam..

Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics