"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Monday, October 26, 2009

Keseimbangan alam semesta yang sempurna

Bismillah..

Pada kali ini,saya ingin mengutarakan tentang lanjutan daripada tajuk posting saya sebelum ini iaitu Keteraturan alam semesta:Tanda Keagungan Allah S.W.T.. Sesungguhnya, alam semesta yang terbentang luas ini amatlah mustahil jika dikatakan tiada siapa yang menciptakannya. Jika betullah andaian yang dibuat oleh segelintir ahli saintis dan astronomi yang terlalu mengagungkan penggunaan akal, kenapa mereka tidak menggunakan akal mereka itu untuk memikirkan bahawa alam semesta ini adalah dicipta dan bukannya berlaku secara tiba-tiba dan spontan? Hal ini kerana mereka telah dikuasai oleh pemikiran melampau yang mengatakan bahawa sains adalah segala-galanya. Selain itu, mereka adalah pendokong kepada falsafah barat yang meminggirkan agama daripada kehidupan mereka dan matlamat penyelidikan mereka adalah untuk mencapai tahap ketamadunan tertinggi yang hanya boleh dicapai melalui pencapaian agung dalam bidang disiplin limu sains. Keadaan yang lebih teruk lagi lagi adalah wujudnya masyarakat yang mendewakan ahli saintis dan menjadikan sains sebagai pegangan utama dalam kehidupan mereka. Agama ditolak jauh-jauh daripada kehidupan mereka kerana mereka merasakan bahawa kemajuan material tidak dapat dicapai apabila agama dibawa bersama. Maka, kita dapat lihat sebilangan daripada saintis-saintis ini akan mengatakan bahawa Tuhan tidak perlu dalam kehidupan mereka kerana mereka meletakkan pergantungan semata-mata kepada penyelidikan sains yang dimajukan oleh mereka. Harapan saya agar tiadalah saintis islam yang terjebak dengan pengaruh sekularisme yang melingkari semua aspek dalam kehidupan. Janganlah mengikuti jejak-jejak mereka yang meminggirkan dan mengasingkan agama dalam kehidupan. Ambillah contoh dan pengajaran daripada saintis islam dan ilmuan islam pada masa kegemilangan islam dahulu dalam aspek perkembangan ilmu pengetahuan yang mengambil kira keseimbangan dari aspek rohaniah dan material. Hal inilah yang sepatutnya dicapai oleh umat islam kini agar kita tidak menjadi mangsa kepada jerat permainan golongan kafir yang sentiasa ingin melihat umat islam dalam keadaan lemah dan tidak bersatu padu ke arah mendapatkan mardhotillah untuk kejayaan hidup di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

Setiap daripada kita yang mengaku bahawa agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam, perlulah melakukan pengislahan diri tentang sejauh manakah agama yang kita imani pada hari ini dapat kita bangunkan berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah dan para solafussolehin. Setiap muslim perlulah menjadikan da'wah sebagai matlamat hidup mereka kerana dengannya kita akan sentiasa berada dalam jalan yang diredhai oleh Allah. Da'wahkan kepada umat islam dan seluruh manusia bahawa agama islamlah yang akan membawa keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Kita perlulah sentiasa memperbaiki iman kita dari semasa ke semasa agar dengan kekuatan iman yang ampuh dapat mengukuhkan persaudaraan ummah agar meletakkan islam sebagai wadah perjuangan hidup di atas bumi ini. Salah satu daripada caranya ialah kita perlu kenal dan percaya akan kekuasaan Allah melalui tanda-tanda keagungan Allah berkaitan dengan penciptaan alam semesta ini. Apabila kita melihat setiap kejadian yang berlaku di alam dunia ini, kita akan dapat menyaksikan bahawa hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu yang dijadikan-Nya.

Oleh yang demikian, sukalah saya untuk menyatakan tentang kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T di sebalik setiap kejadian di alam ini termasuklah penciptaan alam semesta yang mempunyai keseimbangan yang sempurna. Sebelum saya meneruskan bicara saya ini, saya ingin memetik bukti kebenaran daripada ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah al-Mulk pada ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?"(Al-Mulk:3)

"Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah."(Al-Mulk:4)

Berbilion-bilion bintang dan galaksi dalam alam semesta bergerak dalam keseimbangan yang sempurna dalam laluan atau orbit yang telah ditetapkan padanya. Bintang, planet dan satelit berpusing tidak hanya pada paksinya tetapi juga berpusing bersama dengan sistem yang merupakan bahagian yang berintegrasi antara satu sama lain. Kadang-kadang, galaksi yang mengandungi 200-300 bilion bintang bergerak merentasi laluan antara satu sama lain. yang paling menakjubkan adalah tiada berlaku sebarang perlanggaran yang mungkin boleh memusnahkan susunan yang amat besar dalam alam semesta. Cubalah kita bayangkan bahawa objek yang besar seperti bintang pun tidak berlanggar antara satu sama lain, sedangkan jika kita menyelesuri detik-detik kehidupan kita di dunia ini, saban hari kita akan mendengar tentang kejadian perlanggaran kenderaan di jalan raya. Kejadian yang berlaku di alam semesta ini telah menjadi saksi kepada kita bahawa alam semesta ini telah diatur dengan begitu sempurna dan tidak berlaku sebarang kesilapan dan kecacatan. Itulah tanda-tanda keagungan dan kekuasaan Allah yang perlu kita hayati bersama agar kita sentiasa merasakan betapa kerdil dan lemahnya kita di atas dunia ini sebelum kita dipertemukan dengan-Nya pada hari kebangkitan di padang mahsyar yang sudah menjadi suatu kepastian dan janji Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah amat menepati janji dan tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya.

Di alam semesta, konsep kelajuan menganggap bahawa alam semesta adalah suatu dimensi yang amat besar jika dibandingkan dengan ukuran mengikut skala bumi. Bintang, planet, galaksi dan konglomerat galaksi yang bergerak melalui suatu ruang pada kelajuan yang luar biasa. Sebagai contoh, bumi berputar pada kelajuan 1670 km/j. jika kita menganggap bahawa peluru yang bergerak paling pantas pada hari ini ialah pada kelajuan purata 1800 km/j, kita boleh lihat betapa lajunya bumi bergerak, selain daripada saiz dan jisimnya yang besar. Kelajuan bumi apabila ia mengorbit matahari adalah kira-kira 60 kali lebih laju berbanding sebutir peluru yang dilepaskan daripada sepucuk pistol, iaitu pada 108000 km/j. Jika kita boleh membina satu kenderaan yang berkebolehan untuk bergerak pada kelajuan tersebut, kita boleh mengelilingi bumi dalam 22 minit sahaja. Apabila kita melihat kepada sistem solar, keadaannya adalah lebih menakjubkan. Semakin besar sistem dalam alam semesta, semakin laju kelajuannya. Kelajuan sistem solar yang mengorbit pada pusat galaksi adalah 720000 km/j. Galaksi bima sakti pula bergerak melalui satu ruang pada kelajuan 950000 km/j.



Tidak terdapat sebarang gangguan bahawa akan berlaku risiko perlanggaran yang berskala besar dan tinggi dalam alam semesta yang boleh disifatkan sebagai sistem yang bergerak amat pantas dan terlalu rumit untuk difikirkan oleh akal manusia yang amat terbatas. Sehingga saat ini, rasa syukur pada Allah yang mampu saya ucapkan kerana tidak berlaku sebarang kesan bencana yang amat dahsyat dan kita masih boleh meneruskan kehidupan kita di dunia dengan selamat. Hal ini kerana setiap sesuatu dalam alam semesta ini berfungsi berdasarkan kepada aturan keseimbangan sempurna yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Atas sebab yang telah saya kemukakan daripada petikan ayat 3 dan 4 dalam surah Al-mulk, tidak berlaku sebarang kecacatan dan ralat dalam penciptaan alam semesta oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Oleh yang demikian, benarlah ayat-ayat Allah ini yang sudah sewajibnya kita imani secara keseluruhannya dan bukan separuh-separuh. Maka, marilah kita bersama-sama menegakkan kebenaran Al-Quran sebagai kalamullah dan wajiblah kita untuk menafikan segala tohmahan dan tuduhan jahat yang menyatakan Al-Quran adalah ciptaan manusia.

Wallahu a'lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

No comments:


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics