Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menghadapi peperiksaan akhir semester, maknanya masa peperiksaan itu akan tiba tidak lama lagi.Sudah pasti bahawa masa ini akan terus bergerak mengikut perkiraan masa dunia yang tidak pernah berhenti atas ketentuan-Nya. Oleh yang demikian, masa yang diperuntukkan kepada semua makhluk di bumi ini sebanyak 24 jam dalam sehari adalah setara dan sama.tidak lebih dan tidak kurang. Itulah tanda-tanda kekuasaan dan kehebatan Allah bagi golongan yang mahu berfikir. Moga2 saya dan anda semua menjadi golongan yang berfikir dan merasakan bahawa masa yang kita ada ini adalah aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Hanya Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.
Perkara yang saya ingin bicarakan pada kali ini adalah juga berkaitan dengan masa. Masa itu bersifat relatif dan ia telah pun dibuktikan dalam fakta sains berkaitan dengan kerelatifan masa. Hal ini telah didedahkan oleh Albert Einstein berkenaan dengan teori relativiti pada awal abad ke-20. Beliau telah membutikan fakta ini dengan penemuan teori relativiti. Beliau menunjukkan bahawa masa adalah bergantung kepada jisim dan halaju atau kelajuan.Apa yang menarik di sini adalah Al-Quran telah pun menyatakan bahawa masa itu adalah relatif.
Albert Einstein(1879-1955)Berikut adalah firman Allah dalam Al-Quran berkenaan dengan masa yang disifatkan sebagai relatif:
1)"Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."(Al-Hajj:47)
2)"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."(As-Sajdah:5)
3)"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun."(Al-Ma'arij:4)
Wallahu'alam.



















































No comments:
Post a Comment