"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?"(94:1)
"Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)"(94:2)
"Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?"(94:3)
"Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?"(94:4)
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"(94:5)
"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."(94:6)
Ayat al-Quran dari 1-6 dalam Surah Al-Insyirah ini saya nyatakan sebagai bukti bahawa Al-Quran telah menyatakan tentang hal yang berkaitan dengan perubatan dan pembedahan.Hal ini kerana tajuk yang nyatakan pada kali ini ialah tentang pembedahan pintasan jantung koronari. Apabila kita membicarakan tentang keadaan fisiologi organisma hidup seperti manusia, untuk membolehkan setiap organ seperti jantung berfungsi dalam keadaan biasa, sumber yang menjadi keperluan penting kepada organ-organ adalah melalui perantaraan darah. Darah mengalir ke jantung melalui arteri koronari. Dalam kes seperti pengerasan dinding arteri atau dikenali sebagai penyakit atherosklerosis, penyempitan dan penghadangan boleh menyebabkan berlakunya pengerasan pada dinding arteri. Apabila keadaan ini berterusan, aliran darah akan tersekat dan jantung akan menerima bekalan darah yang tidak mencukupi. Ini akan membawa kepada penyakit sakit jantung atau sakit dada, yang menunjukkan bahawa jantung tidak boleh berfungsi dengan baik dan juga boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius seperti serangan sakit jantung.

Ungkapan "alam nashrah laka sadrak" dalam ayat pertama, Surah Al-Insyirah mungkin menjadi suatu pentanda kepada gangguan fungsi jantung yang memerlukan kepada rawatan pembedahan jantung seperti pembedahan pintasan jantung koronari seperti yang dijalankan oleh pakar bedah jantung terhadap pesakit pada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui tentang makna ayat-ayat Al-Quran ini.Anggapan ini dibuat kerana makna pada perkataan "lam nashrah" mengungkapkan kata kerja yang membawa maksud "membedah atau membuka". Akibat daripada operasi pembedahan yang dijalankan, darah boleh mengalir semula dan sakit dada dapat dikurangkan dan diminimakan. Istilah "melapangkan" pada ayat pertama dalam Surah Al-Insyirah ini juga mungkin menjadi pentanda kepada proses mengalihkan dan memindahkan keluar bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesesakan pada diding arteri.
Tambahan pula, jika kita meneliti makna pada ayat yang pertama dalam surah yang berikutnya iaitu Surah At-Tiin, Allah S.W.T telah berfirman yang mafhumnya:
"Demi buah Tiin dan Zaitun"(At-Tiin:1)

Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh saintis, buah zaitun mempunyai potensi yang baik dalam menjadi terapi pemulihan penyakit jantung dan berupaya untuk menjadikan organ jantung lebih sihat dari segi menyingkirkan enapan lemak dan LDL-kolesterol pada saluran darah ke jantung dan saluran arteri koronari. LDL-kolesterol bertindak dengan membawa molekul lemak dan lipid daripada aliran darah ke organ-organ yang penting seperti jantung. Hal ini akan meningkatkan risiko berlakunya penyakit arterosklerosis. Sesungguhnya firman Allah dalam kedua-dua surah ini adalah benar dari segi rawatan pembedahan jantung dan juga terapi diet yang sesuai untuk menjaga kesihatan jantung dengan mengamalkan pemakanan produk buah zaitun seperti minyak zaitun sebagai bahan utama memasak makanan seperti menggoreng dan kaedah memasak yang lain.
Wallahu a'lam.
~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~



















































No comments:
Post a Comment