Pada kali ini, saya akan membicarakan tentang fenomena biasa yang dihadapi oleh kaum hawa iaitu haid. Sebelum itu, saya ingin memulakan kalam penulisan ini dengan firman Allah dalam surah Ar-R'ad pada ayat 8 yang bermaksud:
"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu."(Ar-R'ad:8)
Tempoh haid berlaku apabila telur yang tidak disenyawakan akan dibawa keluar dari badan. Oleh Sebab persenyawaan tidak berlaku, dinding yang pada mulanya bersedia untuk pengecutan rahim atau uterus dan telur yang tidak disenyawa akan dibawa keluar dengan pemecahan salur darah yang kecil pada dinding uterus perempuan. Kemudiannya, badan akan memulakan persediaan untuk mengulangi seluruh proses kitar haid berikutnya.

Gambar di atas menunjukkan fasa-fasa penting dalam kitar haid
Semua peringkat dalam kitar haid akan diulang dalam badan wanita sehingga pada tempoh tertentu yang spesifik. Setiap bulan, sel-sel ovum atau telur yang baru akan terbentuk, hormon yang sama akan dirembeskan semula pada masa yang sama. Pada peringkat akhir kitar haid, kehadiran atau ketiadaan sel sperma akan memberi kesan dan perubahan pada persediaan badan wanita terhadap proses persenyawaan. Perubahan dalam ruang kosong dalam uterus atau rahim hanya boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan secara anatomi atau ginaekologi.

Gambar di atas menunjukkan perubahan fungsi hormon dalam setiap fasa kitar haid
Pada peringkat awal kitar haid, mukus pada dinding rahim atau uterus atau lebih dikenali sebagai lapisan endometrium mempunyai ketebalan sebanyak 0.5 mm. Kesan hormon yang dirembeskan oleh sel telur atau ovum akan menyebabkan lapisan endometrium menebal dan mencapai kepada ketebalan yang berukuran antara 5-6 mm. Lapisan ini kemudiannya dibuang dan disingkirkan apabila proses persenyawaan dengan sel sperma tidak berlaku. Berdasarkan kepada ayat 8 dalam Surah Ar'R'ad ini, keadaan lapisan endometrium pada dinding uterus yang mengalami peningkatan dan pengurangan dari segi ketebalan lapisan secara bulanan telah dinyatakan dalam ayat 8, Surah Ar'R'ad ini. Berikut adalah ayat yang menerangkan tentang keadaan lapisan endometrium mengalami pertambahan dan pengurangan dari segi saiz ketebalan dinding uterus pada akhir kitar haid:
"dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih"
Selain itu, setiap kejadian dalam kitar haid ini dari peringkat awal dan akhir telah ditetapkan tempohnya oleh Allah S.W.T iaitu seawal 28 hari. Berikut adalah ayat yang menerangkan tentang tempoh haid ini:
"sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu."
Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui akan makna yang tersirat di sebalik ayat 8 dalam Surah Ar'R'ad ini. Andaian ini dibuat apabila ayat ini mempunyai perkaitan dengan penemuan terkini oleh para saintis dan ahli perubatan yang pakar dalam bidang ginaekologi.
Wallahu a'lam.
~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~



















































2 comments:
slm dr. aiman... salam ziarah... blog yg menarik n sarat dgn ilmu yg bermanfaat... teruskan menulis utk manfaat umat ISLAM sejagat... salam perjuangan juga... :)
Jangan cakap dengan saya tentang sains apabila anda menyebut tentang agama sebelum itu...i hate that
Post a Comment