Pada kali ini,saya akan membicarakan soal daya graviti bumi. Sebelum itu, saya ingin memulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mursalat, ayat 25 yang bermaksud:
"Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)?"(Al-Mursalat:25)
Apabila kita melihat pada ayat 25 dalam surah al-Mursalat ini, terdapat perkataan arab yang menarik perhatian saya iaitu "kifatan" yang bermaksud benda-benda hidup atau objek yang tidak bergerak dikumpulkan bersama atau boleh juga dicirikan sebagai tempat yang menampung dan menghimpun benda-benda. Jika kita membuat satu anologi, bumi yang terbentang luas ini diibaratkan sebagai sebuah bekas, dan dalam bekas ini mempunyai fungsi untuk menampung dan mengisi benda-benda yang dapat memenuhi bekas tersebut. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pemahaman saya yang cetek ini, saya menganggap bahawa bumi adalah suatu bekas yang besar yang dapat mengisi dan menampung benda-benda hidup dan bukan hidup. Sesuailah dengan jolokan bumi yang dikenali sebagai planet hidupan."Kifatan" adalah berasal daripada perkataan "kafata" yang bermaksud mengumpul, menghimpun menjadi satu dan memeluk dengan rapat dan erat.
Dengan daya graviti yang ada pada bumi, bumi menarik seluruh hidupan ke atas permukaannya, sama ada yang hidup atau bukan hidup terhadap pusat graviti bumi. Anggapan ini dibuat kerana penggunaan perkataan "kifatan" yang bermaksud menarik atau menghimpun kepada satu mempunyai persamaan yang rapat dengan daya graviti bumi. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.
Kita perlu rasa bersyukur kepada Allah dengan kewujudan daya graviti bumi yang mana membolehkan semua hidupan termasuk kita sebagai manusia untuk mampu berjalan di atas permukaan bumi, dapat tinggal di bumi tanpa merasai diri kita terbang atau melayang di udara dan bumi mengorbit pada paksinya dan tidak bergerak ke dalam ruang yang lain dalam alam semesta. Selain itu, hujan dapat turun ke bumi dengan kehadiran daya graviti bumi.

Gambar di atas menunjukkan tentang formula daya graviti
Sir Isaac Newton dikenali sebagai seorang saintis yang menyiasat ciri bumi ini dan telah membuat satu penemuan saintifik yang terbesar sepanjang zaman dan masa dengan memberitahu tentang kewujudan daya graviti bumi dalam buku hasil karyanya yang bertajuk Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (Falsafah Semula jadi kepada prinsip matematik) yang pertama kali diterbitkan pada 1687. Perkataan latin "attraere" digunakan oleh Newton dalam membincangkan soal graviti yang bermaksud menarik dan membawa sesuatu bersama.

~Sir Isaac Newton~
Daya graviti bumi ini telah dihuraikan oleh Sir Isaac Newton pada abad ke-17 tetapi Al-Quran telah mendahului sebagai rujukan terhadap penemuan saintifik iaitu penemuan daya graviti bumi. Sesungguhnya, ini adalah salah satu daripada bukti yang menjelaskan kepada saya dan semua manusia bahawa Al-Quran adalah kalamullah dan bukannya ciptaan manusia. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui tentang setiap kejadian makhluk yang diciptakan-Nya.
Wallahu a'lam.
~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~



















































1 comment:
terima kasih akhi.. teruskan menulis sebegini... sampai kami paham.. tak bapa paham ni....
Post a Comment