Segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmat dan inayah-Nya kepada sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, pembawa obor, penerang dan penyelamat ummah sepanjang zaman. Aku berlindung pada Allah dari menyegutukan Engkau dengan sesuatu yang aku ketahui, dan aku memohon ampun dari menyegutukan-Mu dengan sesuatu yang tidak aku ketahui. Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, yang akan ku laksanakan dengan segala kemampuanku, dan aku berlindung pada-Mu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan, aku mengakui dengan sebenar-benarnya nikmat-Mu kepadaku. Dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, Yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Syukur pada Allah kerana mengizinkan saya untuk menulis sesuatu dalam blog ini.Sesungguhnya,ilmu yang dimiliki oleh makhluk-Nya adalah terbatas dan hakikatnya pada Allah jualah yang memiliki kesempurnaan dan Maha Suci daripada segala kelemahan dan kekurangan. Sesungguhnya Allah adalah tidak sama dan bersalahan dengan sifat makhluk. Ilmu Allah adalah tidak terbatas dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, kerana Dialah Yang Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu. Sudah pasti Allah S.W.T mengetahui segala-galanya. Maklumat yang ingin saya sampaikan pada kali ini pun telah Allah ketahui kerana Dialah yang menciptakan semuanya.
Pada semester yang lalu, saya telah mengambil kursus yang bertajuk "Asas sains nuklear". Kursus ini sebenarnya tidaklah berkaitan dengan program yang saya ambil di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi. Tetapi, disebabkan saya perlu mengambil kursus luar pusat, jadi saya pun telah bercadang untuk mengambil kursus ini. Berdasarkan kepada posting saya sebelum ini, saya banyak menceritakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan aspek biologi. Pada kali ini,saya rasa saya perlu menyatakan sesuatu yang menarik tentang kursus yang saya telah pelajari itu. Sesungguhnya ilmu sains ini tidaklah hanya melibatkan ilmu biologi, tetapi ilmu fizik nuklear juga turut menjadi domain penting dalam ilmu sains. Hakikatnya, segala ilmu ini adalah milik Allah kerana Dia-lah Yang Maha Bijaksana.
Sepanjang saya mengikuti kursus tersebut, saya telah didedahkan oleh pensyarah saya itu tentang partikel sub-atom yang masih lagi dalam kajian oleh para saintis di dunia. Nama beliau ialah Prof Dr. sukiman bin Sarmani.Hal yang menarik dalam partikel sub-atom ini ialah telah diterangkan dalam Al-Quran. Mengikuti pembangunan teori atom ahli falsafah Yunani Democritus, rakyat biasa mempercayai perkara yang mengandungi minit, zarah-zarah tidak dapat dibahagikan dan tidak dapat dimusnahkan dikenali sebagai atom. Bagaimanapun, kemajuan dalam kajian atom telah membuktikan pengertian ini. Di masa sekarang, sains moden telah mendedahkan bahawa atom, dahulunya dianggap sebagai zarah paling kecil, sebenarnya boleh menjadi berpecah.

Prof Dr. Sukiman bin Sarmani
Sebelum itu, saya ingin menyatakan ayat al-Quran yang berkaitan dengan hal ini iaitu dalam Surah Saba',ayat 3 dan dalam Surah Yunus,ayat 61.
"Dan orang-orang yang kafir berkata:" Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu". Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata."(Saba':3)
"Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata."(Yunus:61)
Ayat yang saya hitamkan itu menunjukkan tetang perihal atom dan partikel-partikel yang mempunyai saiz secara relatif. Berikut adalah fakta yang berkaitan dengan partikel sub-atom:
1. Perkara lazim mengandungi atom terikat bersama oleh daya elektromagnet untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini bertaup untuk membentuk pepejal-pepejal, cecair dan gas-gas.
2. Atom terdiri daripada satu nukleus tebal dikelilingi satu awan elektron-elektron. Daya elektromagnet memegang nukleus dan elektron-elektron bersama.
3. Nukleus itu mengandungi proton dan neutron disatukan oleh satu daya nuklear berkuasa.
4.Proton dan neutron terdiri daripada tiga kuark setiap satu dan disatukan oleh daya nuklear berkuasa.
Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Wallahu a'lam.
~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

Siber Perpustakaan Tun Sri Lanang
UKM,Bangi



















































No comments:
Post a Comment