"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Wednesday, November 11, 2009

Pandangan terhadap sistem pengajaran ilmu sains dalam universiti

Bismillah..

Saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana sejak sekian lama ingin saya nyatakan pendirian saya tentang sistem pengajaran ilmu sains tetapi tidak dapat diluahkan secara keseluruhannya. Pada hari ini, setelah hampir dua tahun setengah saya menimba ilmu di lembah Bangi, UKM ini, saya merasakan terpanggil untuk meluahkan pandangan dho’if saya tentang sistem pengajaran ilmu sains di universiti. Adakah sistem pengajaran ilmu sains di universiti bersifat sekular dan dualisme? Hal ini menjadi persoalan saya sejak saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam bidang biokimia di UKM. Tetapi pada masa itu, saya masih kabur dengan andaian-andaian seperti ini kerana tidak dikukuhkan dengan pemahaman secara ilmiah. Sekadar mendengar cakap-cakap orang sahaja. Sejak dari itu, saya telah mengambil inisiatif untuk meninjau secara lebih dekat adakah benar wujud permasalahan sekular dalam sistem pendidikan ilmu sains di universiti.

Oleh yang demikian, saya telah meneliti setiap aspek pengajaran dalam ilmu sains di dalam bilik kuliah dan makmal. Saya ingin mencari sumber wahyu yang menjadi dasar kepada asas pengajaran dalam disiplin ilmu sains melibatkan sains biologi, biokimia, biologi molekul, genetik, biodiversiti dan sebagainya. Tetapi, sebaliknya ialah apa saya temui sumber yang menjadi asas kepada sistem pengajaran ilmu sains di bilik kuliah dan makmal adalah daripada buku rujukan yang dikarang oleh ilmuan Barat. Bukanlah saya ingin menyangkal dan menolak keilmuan yang dimiliki oleh mereka, tetapi apa yang penting adalah mesej yang bersifat nilai-nilai agama dan unsur ketuhanan tidak wujud dalam setiap kesimpulan yang dibuat pada akhir bab-bab yang terkandung dalam buku teks dan buku rujukan ilmu sains. Andaian yang paling tepat pada saya ialah sudah tentunya mereka yang bergelar saintis ini tidak mendekatkan diri mereka dengan aspek agama dalam kehidupan. Penyelidikan mereka lebih terarah kepada memenuhi kehendak akal mereka sahaja dalam meningkatkan kefahaman mereka terhadap ilmu sains dan mengabaikan prinsip ketuhanan dan nilai-nilai agama dalam kehidupan sains mereka.

Semasa saya berada pada tahun kedua pengajian di universiti, saya berasa teruja untuk meningkatkan kefahaman saya tentang asal-usul dan falsafah dalam bidang sains. Bagi saya, hal ini adalah penting kerana untuk mengenali sesuatu ilmu itu, kita mesti mengetahui dasar dan asas kepada pemahaman ilmu yang kita pelajari. Oleh sebab itu, saya telah mengambil keputusan untuk mengambil kursus Falsafah Sains. Dalam kursus ini, saya didedahkan dengan banyak perkara yang berkaitan dengan hubung kait antara sains dengan islam. Alangkah beruntungnya jika terdapat kawan-kawan yang belajar sains agar dapat mengikuti pembelajaran dalam kursus ini. Setidak-tidaknya dapatlah kita membuka ruang lingkup pemikiran kita agar tidak memandang bahawa ilmu sains adalah warisan orang Barat tetapi ia adalah ilmu yang pada masa ini telah dapat diterangkan melalui kitab suci Al-Quran. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan kelemahan diri saya kerana tidak mengajak kawan-kawan saya untuk mempelajari sains dalam perspektif islam. Moga-moga Allah ampuni kelemahan dan kekurangan saya ini. Semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T kepada kesungguhan pensyarah saya, Prof. Madya Dr. Mohd Arif bin Kasmo dalam meneruskan usahanya menegakkan kebenaran agama Islam melalui penghayatan sains dalam Al-Quran.

Prof. Madya Dr. Mohd Arif bin Kasmo

Saya yang serba kekurangan ini berasa teruja untuk menulis tentang pendapat saya mengenai sistem pengajaran ilmu sains di universiti. Pada hemat saya, hal ini adalah penting supaya penjelasan berkenaan dengan hal ini dapat difahami dan mudah disampaikan agar faedahnya tersebar luas. Insya Allah. Maka, saya persembahkan pandangan saya yang dho’if ini yang mana pandangan ini hanyalah beberapa titisan daripada lautan ilmu pensyarah saya itu. Harapan saya agar saya dan anda semua dapat menjadikan ilmu sains yang dipelajari sebagai cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan menagih hidayah dari-Nya. Sesungguhnya, pandangan saya ini telah dihimpunkan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sekiranya anda semua menemui kesilapan atau pun kecuaian, maka ini adalah natijah daripada kesilapan penulisan dan kekurangan ilmu saya. Sekiranya anda semua dapat membaikinya dengan perasaan kasih sayang dan murah hati, maka terlebih dahulu wajiblah ke atas saya untuk berterima kasih dan berasa terhutang budi.

Semoga Allah S.W.T dengan kurnia dan kemurahan-Nya menutup amalan-amalan buruk dan dosa-dosa saya serta mengurniakan kepada saya dan anda semua, amal-amal yang soleh dan akhlak yang mulia melalui keberkatan Rasulullah S.A.W dan para solafussoleh. Di samping itu, dicurah-Nya kepada kita keredaan dan kasih sayang-Nya dan menjadikan kita semua untuk menyebarkan agama yang disayangi-Nya serta mengurniakan kita dengan ketaatan dan kepatuhan kepada rasul-Nya yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Amin…

Hasil daripada pembelajaran saya dalam kursus falsafah sains telah memberikan saya beberapa pandangan yang memerlukan kajian ilmiah yang lebih mendalam berdasarkan pemahaman yang selari dengan agama Islam. Berikut adalah pandangan peribadi saya berkenaan dengan sistem pengajaran sains di universiti yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya untuk melahirkan mahasiswa/I islam yang mempunyai fikrah islam berlandaskan wahyu dalam pelbagai bidang ilmu yang diceburi oleh mereka sewaktu di universiti. Penekanan saya di sini ialah tentang ilmu sains yang dianggap oleh saintis Barat sebagai sains tulen dan ilmu yang tidak boleh dicerap dan dikaji melalui makmal dan eksperimen adalah dikategorikan sebagai ilmu bukan sains. Hal inilah yang perlu diperbetulkan kembali agar segala ilmu yang baik dan berguna itu dapat menjadi sandaran kepada kebenaran agama Islam.

Berikut adalah pandangan saya berkaitan ilmu sains yang perlu diberikan penekanan oleh pihak universiti dan kementerian agar penghayatan islam dapat ditanamkan dalam aspek pengajaran disiplin ilmu sains di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi:-

1)Kosmologi menghimpunkan model falsafah yang merangkumi aspek kualitatif dan kuantitatif berlandaskan ajaran Islam

2)Ketaqwaan dan keimanan kepada Allah menjadi matlamat akhir pembelajaran disiplin ilmu sains

3)Matlamat akhir ilmu dalam pembelajaran sains adalah untuk mengenali kebenaran Islam dan kekuasaan Allah S.W.T

4)Penekanan unsur mantik dalam pembelajaran sains menjadi kekuatan yang mempengaruhi daya analisis pelajar

5)Perlu memberikan perhatian terhadap pendekatan mempelajari ilmu kerana peperiksaan semata-mata atau kerana kecintaan terhadapnya. Hal ini kerana kedua-dua pendekatan ini berbeza sama sekali.

6)Kandungan kurikulum sains dalam pendidikan Negara dilihat terasing sama sekali daripada konsep “kepercayaan kepada Tuhan” seperti yang diungkapkan dalam Rukun Negara perlu diambil perhatian.

7)Kursus di Fakulti Sains,khususnya di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, UKM secara umumnya dijalankan secara sekularisme perlu diatasi dengan segera.

8)Kemerosotan akhlak pelajar ada kaitannya dengan pemisahan agama dalam kurikulum sains perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

9)Kurikulum sains biologi meminggirkan kekuasaan Allah S.W.T dalam pemerihalan struktur DNA atau struktur kehidupan lain perlu diatasi secara serius.

10)Elakkan pembelajaran sains di universiti yang terpisah daripada paduan akhlak dan iman.

11)Teori evolusi Darwin yang ternyata tidak bersifat saintifik menjadi paradigma kajian sains biologi keseluruhannya perlu dihapuskan daripada kandungan pembelajaran ilmu sains biologi.

12)Kursus biodiversiti menjadi contoh yang baik betapa fahaman Darwinisme menjadi asas biologi dalam kurikulum Negara perlu dirangka semula dengan penekanan ilmu yang sahih.

13)Kajian sains tanpa etika dan pertimbangan agama lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

14)Banyak peristiwa kosmologi tidak dapat diterangkan hanya berpandukan hokum fizik semata-mata dan perlukan kepada penjelasan metafizik yang bersumberkan sumber al-Quran dan Al-Sunnah.

15)Kajian moden kini berada pada sempadan sains dan agama.

16)Penerapan agama dalam bidang ilmu sains penting agar dapat mengubah pemikiran pelajar daripada bersifat ateisme kepada mempercayai kewujudan Tuhan secara yakin.

17)Kecemerlangan etika dalam disiplin ilmu sains adalah memberikan ilmu kepada orang lain secara ikhlas tanpa ada niat lain di sebaliknya.

18)Darwinisme mengajar betapa makhluk yang kuat akan mengalahkan yang lemah, maka kekacauan dunia hari ini sebahagian besarnya berpunca daripada fahaman ini.

19)Fahaman dualisme yang terdapat dalam kurikulum sains menyumbang ke arah kelahiran pelajar yang mempunyai pemikiran sekularisme yang memisahkan sains daripada ketuhanan lalu memisahkan persoalan etika dan agama dalam urusan sains dan teknologi.

20)Fahaman mekanisme menghasilkan pelajar robot yang hanya mengambil kira matlamat keuntungan dan mengenepikan persoalan akhlak, takdir dan ketuhanan.

21)Fahaman mekanisme membawa manusia melihat alam seluruhnya sebagai proses mekanik dan kuantitatif semata-mata, tiada persoalan etika dan sistem nilai terlibat dalam sains lalu fahaman ini menyebutkan bahawa manusia boleh melakukan segala-galanya jika dia mempunyai kemahuan dan keazaman tanpa sebarang kaitan dengan faktor ketuhanan.

22)Pemisahan aliran sastera, sains dan agama di peringkat sekolah menggambarkan hakikat pemisahan ilmu dalam pendidikan, lalu lahirlah saintis yang buta agama.

23)Sejarah sains perlu dinilai dan ditulis kembali berasaskan keadilan ilmiah.

24)Terdapat beberapa universiti tempatan yang menyingkirkan aspek keimanan dalam susunan ungkapan misi dan visinya kerana dipengaruhi oleh pemisahan ilmu daripada sistem agama. Pada hemat saya, di UKM, jika kita melihat kepada falsafah UKM secara aspek literalnya, maka maknanya adalah baik kerana menyatakan bahawa:

Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.”

Tetapi secara praktikal dan pelaksanaannya kelihatan agak kabur. Justeru, saya selaku penuntut ilmu di UKM amatlah berharap agar pihak pentadbiran universiti, dekan fakulti-fakulti dan pengarah institusi penyelidikan UKM dapat memainkan peranan yang sewajarnya agar pembelajaran ilmu berlandaskan kepada paduan iman dan amal kepada Allah dapat direalisasikan sepenuhnya untuk manfaat penuntut ilmu dan warga universiti khususnya dan masyarakat setempat umumnya.

Sebelum saya mengakhiri kalam saya ini, saya ingin memohon maaf sekiranya pandangan saya ini tidak disenangi oleh anda semua. Teguran secara ilmiah amatlah dialu-alukan agar kita sama-sama dapat mencari kebenaran yang hakiki. Sesungguhnya, ilmu yang hakiki hanyalah pada sisi Allah S.W.T semata-mata.

Wallahu a’lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

1 comment:

Rausyanfikir said...

Salaam,

Setuju. Baca juga karya Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas "Islam and Secularism".


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics