"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Monday, November 16, 2009

Anjakan paradigma sains ke arah mardhotillah

Bismillah..

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.Wahai Tuhanku, hidupkanku dengan iman, matikan aku dalam iman, serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.Ampunilah segala dosa kesalahanku dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapaku, serta kesihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua mengasihani aku semasa masih kecil dan jadikanlah mereka golongan yang dijanjikan syurga-Mu.

Alam yang terbentang luas ini telah menzahirkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaan-Mu. Setiap kejadian yang berlaku dan wujud di alam ini adalah bersebab. Dan itulah menunjukkan bahawa segala-segalanya selain-Mu adalah makhluk. Sesungguhnya kewujudan-Mu adalah tidak bersebab. Sebab-sebab yang berlaku pada makhluk ciptaan-Mu termasuklah alam ini bukanlah boleh membawa kepada akibat. Hal ini adalah hakikatnya hanya Allah S.W.T yang mendatangkan akibat daripada sebab-sebab kejadian makhluk ciptaan-Nya. Sebab-sebab yang berlaku pada setiap kejadian makhluk-Nya yang membawa akibat adalah kerana Allah S.W.T yang mengkehendaki demikian. Jadi, setiap sebab itu tidak boleh membawa akibat dengan sendirinya tetapi yang boleh membawa akibat ialah Allah S.W.T. Setiap akibat yang lahir daripada sebab-sebab kejadian makhluk adalah kehendak Allah S.W.T. Hal inilah yang dikatakan sebagai sunnatullah atau peraturan Allah S.W.T.

Kita sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah mesti sentiasa memerhatikan sunnatullah yang berlaku di alam ini. Salah satu caranya yang perlu kita contohi adalah seperti yang dilakukan oleh saintis islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam. Saintis Islam melakukan kajian sebagai satu kegiatan ibadah untuk menunjukkan bahawa alam semesta ini mematuhi satu peraturan yang jitu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sains islam berkembang berpaksikan tauhid yang benar. Matlamat sains islam adalah untuk melahirkan saintis yang bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T. Sains dan teknologi islam berpaksikan konsep pengabdian hamba kepada Allah. Tema ketuhanan tidak pernah dipisahkan dalam kajian saintis islam. Dengan berpaksikan tauhid, tamadun sains Islam telah terbina sejak kurun ke-7 sehingga kurun ke-13 dengan jayanya.

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini ialah adalah sebaliknya. Hal inilah yang perlu difikirkan bersama oleh ilmuan dan saintis islam pada hari ini. Soal yang paling penting adalah umat islam perlu kembali kepada ajaran Islam sebelum kita melakukan reformasi dan proses pengislaman terhadap pelbagai aspek termasuklah pembangunan ilmu sains yang hendaklah berpaksikan kepada ajaran Islam. Sejarah perkembangan sains telah merakamkan dengan jelas bahawa sains dipengaruhi oleh paradigma. Sains yang berkembang dalam tamadun Islam berlandaskan paradigma tauhid. Matlamatnya adalah untuk melahirkan saintis yang bertaqwa kepada Allah. Sains Islam berbeza daripada sains Yunani sebab Yunani membina sains berlandaskan falsafah metafizik mereka.

Ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W telah menjadi pendorong kajian sains tamadun Islam. Kajian dilakukan dengan didahului nama Allah S.W.T. Aktiviti sains adalah ibadah kerana dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah. Hal inilah yang ingin saya fokuskan dalam penulisan blog saya pada kali ini. Sains yang dipelajari oleh kita pada hari ini perlu mengalami anjakan dan perubahan paradigma ke arah mendapatkan keredhaan Allah(mardhotillah). Penemuan ilmu optik ada hubungannya dengan ayat Al-Quran tentang cahaya. Aljabar yang telah diasaskan berkaitan dengan ayat tentang kaedah pembahagian harta pusaka kepada pewarisnya yang berhak bagi seseorang yang meninggal dunia. Trigonometri lahir kerana hubungannya dengan ibadah haji, puasa dan solat. Geologi dan arkeologi dikaji kerana ada hubungan dengan kajian tentang sejarah Firaun, Zul-Qarnain dan Ashabul kahfi. Kartografi atlas di atas glob digunakan dalam pelayaran dan pengiraan arah kiblat. Kesemua ilmu tersebut terasas dalam tamadun Islam yang berkait rapat dengan al-Quran.

Fahaman sains seperti mekanisme, positivisme, realisme dan yang setara dengannya, mempunyai implikasi pentafsiran ketuhanan yang bercanggah sama sekali dengan Tauhid Islam. Malahan, ada antara fahaman tersebut secara terang-terang menafikan kewujudan Tuhan sama sekali. Hal ini amatlah bertentangan dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Allah S.W.T adalah wujud tanpa bersebab dan wujudnya Allah S.W.T adalah tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Allah kekal selama-lamanya.

Saya mengajak diri saya dan anda semua agar tidak terpengaruh dan terikut dengan fahaman falsafah Barat yang boleh menyesatkan akidah kita. Kesalahan kita pada hari ini adalah kerana terlalu fanatik dengan perkembangan ilmu sains Barat kerana kita dapat melihat kesannya seperti terciptanya teknologi yang canggih. Janganlah kita tertipu kerana hal ini akan menyebabkan kita juga menjadi mangsa fahaman yang menyeleweng yang mana ianya tersirat di sebalik penciptaan teknologi. Tidaklah saya ingin menafikan kemajuan yang dicapai oleh Barat, tetapi kita perlulah membangunkan ilmu yang ada untuk memberikan sumbangan yang seimbang antara kejayaan dunia dan akhirat.

Elaklah fahaman seperti fahaman mekanisme yang menyeru kepada kekuasaan penuh manusia terhadap alam dan usahanya sendiri, tanpa ada sebarang ikatan dengan iradah Allah S.W.T. Fahaman ini menekankan kejayaan secara mutlak ditentukan oleh diri sendiri dan tiada faktor ketuhanan terlibat. Fahaman ini menganggap bahawa manusia mampu melakukan semua perkara yang dihajatinya. Jika kita lihat kepada maksud fahaman ini, ia adalah bersamaan dengan fahaman Qadariah. Takrif Qadariah ialah beriktiqad bahawa segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia itu semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri tanpa sedikit pun berpaut dengan kuasa Allah S.W.T.

Akhir kalam, saya berharap agar kita sama-sama mengubah persepsi kita supaya ilmu sains yang dipelajari hendaklah selaras dengan Islam.Sebagai seorang muslim, wajiblah kita memelihara aqidah kita agar tidak terpengaruh dengan fahaman dan isme-isme yang menyeleweng seperti yang diciptakan oleh golongan ahli falsafah Barat untuk memisahkan kehidupan daripada agama. Apa-apa ilmu ternasuklah ilmu sains hendaklah dipelajari berasaskan kepada kefahaman yang selari dengan Islam agar kita tidak tersasar jauh daripada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Wallahu a'lam.

~Ana al-faqir wad-dho'if ilallah~

2 comments:

zakir932 said...

bagi sayer ilmu sains adalah kulit yang menghiasi dunia manakala ilmu tauhid adalah esensi yang menyuburkan dunia.

Nurhidayah Jaafar said...

menarik pengisian blog anda. izinkan saya membuat link


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics