"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Saturday, January 23, 2010

Respon penulis terhadap pilihan raya kampus UKM sesi 09/10

Bismillah..

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’in, dan golongan yang mempertahankan, mendaulatkan dan mneruskan perjuangan agama Islam yang suci sehingga ke hari kiamat. Moga-moga setiap keringat perjuangan yang keluar dari badan-badan pejuang Islam yang berkhidmat dalam setiap medan dan ruang lingkup perjuangan bermatlmatkan Islam akan mendapat keredhaan-Nya yang merupakan impian mereka yang bersungguh-sungguh mengukuhkan pasak perjuangan Islam dalam landasan yang penuh fatamorgana ini.

Pada ketika ini, aku menulis bukanlah sekadar untuk melepaskan kata-kata yang tiada manfaat dan faedah, dan bukanlah juga untuk menunjukkan diri ini yang mempunyai secebis kelebihan yang mungkin tidak dapat aku hendak samakan dengan orang-orang yang lebih bermujahadah dalam perjuangannya dalam posisi medan perjuangan yang sebenar. Tiadalah dapat aku bandingkan cabaran yang aku lalui dalam meneruskan perjalanan ilmu ke arah perjuangan Islam sama dengan cabaran yang lebih besar dilalui oleh kenalan-kenalanku yang sanggup mengorbankan masa, kerehatan, harta dan tenaga. Aku di sini masih lagi tidak mampu untuk menjadi seperti insan-insan yang bergelar mujahid. Sungguh mulia akan niat mereka yang tetap dalam mewujudkan kehidupan diri yang istiqamah, menetapkan keyakinan yang jitu dalam erti kehidupan yang sebenar hanyalah untuk melihat Islam bertapak subur dan kukuh di bumi, tempat mereka berdiri dan menabur bakti pada ummah dan agama.

Jika aku memahami pandangan yang dinyatakan oleh salah seorang ulama’ besar India satu ketika dahulu, Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi Rahimahullah, betapa dhaifnya diriku ini jika hendak dibandingkan dengan susuk peribadi ulama’ mulia ini. Pada saat beliau menerima pertanyaan daripada salah seorang muridnya berkenaan dengan siasah islam, beliau menjawab persoalan tersebut dengan penuh adab dan berhikmah sekali. Di sini, aku ingin kemukakan hanya satu soalan daripada 7 soalan yang diberikan oleh anak muridnya kepada beliau. Soalannya berbunyi begini, “Siapakah pula pandanganmu berada di atas jalan yang benar di antara maulana thanwi yang berjuang dalam bidang dakwah dan maulana madani yang berjuang di atas jalan siasah untuk melawan pihak kuffar inggeris di India, dan siapakah yang syeikh fikir bersesuian dengan syeikh?”

Berikut ialah pendahuluan jawapan syeikh yang perlu kita sama-sama hayati dan memahaminya dengan benar:

“Pada pandanganku, bagi soalan yang anda ajukan ini sesuatu yang tiada apa-apa makna dan tidak perlu dijawab. Betapa bagi hamba yang hina-dina ini dapat meletakkan diriku setaraf dengan orang-orang ini yang tinggi ilmu dan kelebihannya, keperibadiannya yang tinggi, takut akan Allah s.w.t, yang rapat hubungannya dengan Allah, sibuk dalam usaha agama, tegas dalam hal-hal agama. Di manakah ada kebolehan, kekuatan daya upayaku untuk mengadili mereka sama ada betul atau tidak?
Sekarang, pertama-tamanya hendaklah anda ingat dan masukkan ke dalam fikiran anda bahawa dalam apa hal keadaan pun daku tidak boleh bercakap, berbual sama taraf dan tahap dengan mana-mana salah seorang ulama’ besar ini iaitu Maulana Thanwi dan Maulana Madani…".


Cubalah kita lihat akan peribadi mulia ulama’-ulama’ ini dalam pemahaman mereka tentang erti perjuangan Islam. Moga-moga aku dan anda semua dapatlah kiranya terpalit walaupun sedikit akan sifat-sifat mulia mereka ini yang menjadi sifat warisan orang-orang yang soleh. Buat kepada kenalan-kelananku yang melibatkan diri dalam perjuangan siasah, teruskan usaha gigihmu dalam meningkatkan pemahaman diri dan memperbaharui niat yang tulus dan ikhlas agar segala pengorbanan untuk melihat cita-cita Islam akan tercapai. Insya Allah…Moga Allah sentiasa membantu perjuanganmu..

Sempena dengan musim pilihan raya kampus yang bakal diadakan pada hari khamis, 28/01/10 nanti, sesungguhnya aku mengharapkan agar salah faham terhadap gerak kerja siasah yang ingin mirip kepada acuan islam selama ini dapat diperbetulkan. Aku bukanlah penggerak utamanya tetapi aku tetap mengikut akan penggerak-penggerak yang lebih memahami siasah Islam yang sebenar. Buat masa ini, aku masih ingin berada dalam “silent state”. Tiadalah layak bagiku untuk aku mengkritik mereka tanpa asas dan bukti yang kukuh, melainkan ialah memberikan sokongan terhadap niat mereka untuk memulihkan sistem pilihan raya kampus dan menjaga kebajikan siswa-siswi ukm. Jika aku melihat kepada semangat pemimpin pelajar itu, dapatlah aku ketahui bahawa sesungguhnya mereka bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang mungkin tidak dapat aku galas walau sesaat pun.

Dalam erti kata politik kampus yang kian terasa bahangnya, aku juga telah bersedia untuk memberikan undi kepada calon-calon yang mempunyai matlamat yang jelas dalam agenda untuk mengislamisasikan budaya siasah dan keilmuan di perbukitan ilmu Bangi ini. Setiap orang mempunyai pilihan masing-masing dalam mengundi calon-calon yang mereka rasakan dapat mewakili suara mereka di peringkat kepimpinan mahasiswa universiti dan pihak pentadbiran universiti. Bagiku, suasana politik kampus ini perlulah dicorakkan dengan acuan keadilan yang berteraskan islam. Walaupun pada hakikatnya reformasi ke arah itu adalah sukar untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat, tapi, keyakinan terhadap menjalankan gerak kerja siasah yang mengikut hukum Allah perlulah sentiasa teguh agar Allah akan memberikan pertolongan kepada mereka atas mengutamakan nilai istiqamah dan teguh dalam mempasakkan perjuangan Islam di bumi UKM.

Jika kita melihat kepada kerangka pilihan raya yang sudah menjadi amalan di dalam Negara ini yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen, tidaklah dapat aku nafikan bahawa ia adalah warisan dan peninggalan penjajah British. Hakikatnya, pilihan raya acuan Barat ini adalah penuh dengan cirri-ciri demokrasi yang bersifat kotor serta bertentangan dengan matlamat yang dicanang untuk menarik kepercayaan rakyat apabila mereka mendapatkan kuasa pemerintahan. Demokrasi perlulah dibebaskan daripada terus mengekalkan doktrin sekular yang memisahkan agama dengan urusan politik. Unsur sekularisme perlulah dihapuskan daripada terus-menerus menjadi belenggu bukan sahaja kepada cabang politik, malah kepada cabang ekonomi, sosial dan bidang keilmuan. Seandainya unsur sekularisme terus menjadi teras kepada penafsiran ilmu, nescaya akan menyebabkan masyarakat Islam terus menerima pakai racun penjajah dan tidak melihat kepada justifikasi manhaj ilmu itu diambil dan dibina.

Demokrasi adalah kebijaksanaan akal manusia yang tidak dipandu oleh wahyu dan nilai-nilai agama yang suci, dan ia boleh diterima pakai kerana sudah ada beberapa persamaan atau perkara baru yang ada sandaran dalil yang boleh diterima pakai. Amalan pilihan raya di peringkat Negara dan juga universiti tidak boleh menimbulkan unsur penipuan pilihan raya, rasuah dan melobi serta perkara-perkara negatif yang wajib dibuang kerana itu semua adalah penyakit demokrasi Barat. Konsep Islam berlandaskan aspek spiritual. Konsep itu adalah lebih berkesan daripada demokrasi Barat yang hanya berpandukan undang-undang dan peraturan-peraturan lahiriah yang tidak terpelihara. Konsep Barat lebih menonjolkan secara lobi menipu yang hanya berpura-pura di hadapan manusia. Konsep Barat tidak mengambil kira mengenai faktor ketuhanan. Begitulah juga sikap manusia yang tidak peduli terhadap kepercayaan kepada hari Akhirat yang ada padanya perhitungan dosa dan pahala. Aspek ini tiada dalam demokrasi Barat yang berteraskan kepada sekular yang memisahkan Tuhan dan agama daripada urusan politik.

Pada akhir kalam bicaraku ini, aku ingin menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi islam agar sentiasa menjaga hubungan yng baik dan tidak menaruh buruk sangka yang berpanjangan terhadap sesama islam. Leraikanlah salah faham dan permusuhan peribadi yang tidak akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Kepada rakan-rakanku yang terlibat dalam Jema’ah Tabligh, aku tahu agar sukar untuk kebanyakan daripada anda menerima akan percaturan politik kampus yang didakwa mengandungi pelbagai muslihat,penipuan, keraguan dan tipu daya. Justeru itu, aku amat berbangga kerana anda adalah golongan yang sentiasa ingin memelihara diri daripada perkara-perkara yang mematikan hati dan menjejaskan usaha atas iman dan amal. Aku mengharapkan agar sepanjang usaha dakwahmu itu, moga-moga panjatkanlah doa kepada Allah agar suasana politik kampus ini dapat berubah wajah ke arah acuan yang dikehendaki oleh Islam. Amatlah besar harapanku jika suasana persekitaran yang islamik dapat diwujudkan dan diusahakan, akan bertambahlah kemudahan dalam usaha dakwahmu untuk mengajak rakan-rakan seislam di setiap kolej-kolej kediaman supaya sentiasa mendekatkan diri dengan amal ibadah secara berjemaah seperti solat fardhu berjemaah, membudayakan ucapan salam dan dapat merapatkan hubungan silaturrahim. Insya Allah..



Sebelum aku mengakhiri kalam bicaraku ini, aku menyokong akan usaha-usaha ke arah reformasi politik kampus yang lebih islamik dan akan memberikan undi kepada calon-calon yang layak dalam pilihan raya kali ini. Semoga pilihan raya kali ini tidaklah lagi menjadi medan permusuhan di antara kedua belah pihak yang berlainan aliran politik mahasiswa dan moga-moga keputusan yang diperoleh nanti akan lebih mendamaikan kedua belah pihak dan seterusnya dapat memberikan khidmat yang baik kepada usaha reformasi siasah dan keilmuan yang lebih islamik di UKM ini. Tiadalah harapnya campur tangan “hidden hand” dalam percaturan pilihan raya kampus kali ini. Tiada lagi provokasi yang tidak bermoral sepanjang kempen pilihan raya nanti. Tunjukkanlah sikap yang matang antara kedua-dua belah pihak dalam berpolitik. Doakan hidayah khususnya kepada bakal-bakal pemimpin pelajar yang akan dipilih selepas pilihan raya kampus agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah dan tidak lari daripada landasan agama.

Wallahu musta’an.

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SISWA/I UKM

"BERSATU BERUBAH"

Ibn Barudin
Siber Perpustakaan Tun Seri Lanang
UKM Bangi

Friday, January 22, 2010

CAWANGAN BIOTEKNOLOGI DI MALAYSIA

Bismillah..

Kepada kawan-kawan yang terlibat dalam bidang bioteknologi, di sini saya nyatakan institut pengajian tinggi dan agensi-agensi yang terlibat sebagai makluman kerjaya apabila tamat pengajian di universiti nanti.



Saya dapatkan maklumat ini daripada perbadanan bioteknologi malaysia.

Institut Pengajian Tinggi Awam

1)UKM
2)UM
3)UPM
4)UTM
5)USM
6)UITM
7)UMS
8)UNIMAS
9)UPSI
10)UDIM
11)UMP
12)UMT
13)UniMAP
14)USIM
15)IIUM

Institut Penyelidikan

1)FRIM
2)IMR
3)MARDI
4)MCB
5)MPIB
6)MPOB
7)NUKLEAR
8)LGM
9)SBC
10)VRI
11)STRIDE
12)FRI
13)ARC

Institut Pengajian Tinggi Swasta

1)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
2)International Medical University Malaysia (IMU)
3)Universiti Industri Selangor (UNISEL)
4)Asian Institute of Medicine, Science & Technology (AIMST)
5)Management and Science University (MSU)
6)Technology Park Malaysia College Sdn Bhd
7)Cyberjaya University College Of Medical Sciences (Cybermed)
8)The University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC)
9)Malaysia University of Science & Technology (MUST)
10)Curtin University of Technology Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak)
11)Monash University
12)Universiti Teknologi Petronas (UTP)
13)University College Sedaya International (UCSI)
14)Tun Abdul Razak College (TARC)
15)Taylor's University College
16)Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
17)Nilai International University College (Nilai UC)
18)INTI International University College (INTI UC)

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

1)Sime Darby Berhad
2)Kedah Bioresources Corporation (KBiocorp) Sdn Bhd
3)TPM Biotech Sdn Bhd
4)PETRONAS Research & Scientific Services Sdn Bhd
5)Felda Agriculture Services Sdn Bhd.( FASSB)
6)Felda Herbal Corporation Sdn Bhd(FHCSB)
7)Blue Archipelago Berhad
8)CRAUN Research Sdn. Bhd.
9)Melaka Biotechnology Corporation
10)MIMOS Berhad
11)Malaysian Herbal Corporation
12)Halal Development Corporation
13)Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation

Saturday, January 16, 2010

Hukum Transplan Organ dan Mati Otak

Bismillah..

Saya ingin berkongsi kepada pembaca blog semua tentang hukum transplan organ dan mati otak. Saya perolehi sumber ini dari Fatwa Negeri Johor Darul Takzim.


Organ-organ yang dibenarkan untuk proses transplan


Mati otak

Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk : Hukum transplan organ dan mati otak

Isu : Pemindahan organ atau derma organ dan hukum mereka yang telah mati otaknya menurut doktor perubatan.

Keputusan :

Keputusan Lujnah Fatwa:

1)Pemindahan/pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

2)Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

Walaubagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan/pendermaan atau melakukan keatas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:

i)Transplan organ ada 2 keadaan

a)Keadaan penderma masih hidup

- Menjalankan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan

- Dengan redha penderma tanpa paksaan

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

- Organ yang diperlukan lebih dari satu

b)Keadaan penderma yang telah mati

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan redha penderma melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam ertiakta lain pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan taqwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tenh dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

ii) mati otak

- menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.

- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya 3 orang doktor professional (doktor islam diutamakan)

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat maka suasana ini gugur.

Friday, January 15, 2010

Allamah Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi Hafizahullah : Tembok Pemisah Mesir "HARAM"

Bismillah..

Sumber dipetik daripada berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Pengerusi Persatuan Ulamak Islam Sedunia(الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين), Dr.Yusof Al-Qardhawi dalam kenyataannya meminta Mesir menghentikan pembinaan tembok keluli yang memisahkan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Pembinaan tembok tersebut dibina di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Dr.Yusof Qardhawi Hafizahullah menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'




Sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber, beliau menjelaskan pengharaman bina tembok keluli yang memisahkan antara Mesir dengan Semenanjung kerana bermaksud menutup pintu laluan(hubungan) ke atas Gaza. Malah menambahkan lagi cengkaman sekatan ke atas Gaza yang membuatkan penduduk Gaza lebih sengsara akibat kekurangan makanan dan merupakan tekanan ke atas mereka sehingga melutut kepada kehendak yang diinginkan oleh Israel.

Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)".

Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Dr.Yusof Qardhawi menyatakan tembok yang dibina Mesir "sama sahaja seperti tembok pemisah Israel".

"Israel membina tembok pemisah untuk menjerut penduduk Palestin, apabila Mesir juga bertindak sedemikian rupa yang mendapat keuntungan adalah Israel", ujar beliau.

Sekali lagi, Dr. Yusof Qardhawi menyeru Mesir membuka sempadan Rafah kepada penduduk Gaza. Beliau berkata, "Jangan turut ikut serta menjerut dan membunuh penduduk Gaza". Berikutan itu, sempadan Rafah wajib dibuka mengikut undang-undang syarak kerana untuk memberi ruang nafas kepada mereka.

Demikian itu, penduduk Palestin di Gaza menggunakan terowong bawah tanah sebagai ganti sempadan yang tertutup sepanjang masa sehinggakan kepada rombongan bantuan kemanusiaan juga ditutup. Sekiranya penduduk Gaza turut dihalang daripada laluan bawah tanah, maknanya Mesir telah berkata kepada penduduk Gaza, "matilah kamu semua", namun kepada Israel pula seolah membantu untuk mereka hidup.

Al-Qardhawi mendesak kepada semua Negara yang bersahabat dengan Mesir supaya memberi tekanan ke atas Mesir supaya berundur dari bersekongkol melakukan jenayah yang tidak sepatutnya. Dalam masa yang sama, beliau meminta Liga Arab dan OIC(Pertubuhan Persidangan Islam) agar campur tangan bagi menghentikan bencana ini.

Tuesday, January 12, 2010

Jerat Hiburan di kalangan umat islam di Malaysia

Bismillah..

Segala puji bagi Allah,yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan kelemahan. Tiadalah Allah itu berbilang-bilang seperti mana yang difahami oleh penganut kristian yang ber'aqidah songsang lagi kufur.Allah tidak ada sekutu bagi-Nya dan tiada sesuatu pun yang menyamai dan menyerupai-Nya. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk yang merupakan utusan Allah dalam membawa risalah-Nya kepada seluruh umat manusia.Manhaj agama yang dibawa oleh baginda rasul yang mulia adalah sesuai untuk setiap masa dan tempat yang menjanjikan kejayaan hakiki di akhirat bagi sesiapa yang redha bahawa islam adalah agamanya yang perlu dipertahankan, lebih -lebih lagi perkara yang melibatkan 'aqidah, perkara pokok yang berperanan sebagai pasak dan tunjang dalam agama islam yang diredhai oleh-Nya. Selawat dan salam juga ke atas ahli keluarga keluarga baginda,para sahabat baginda,tabi'in, tabi' tabi'in serta golongan yang mempertahankan islam sehingga ke hari kiamat.Moga-moga Allah meredhai akan hamba-hamba-Nya yang mempertahankan islam walaupun niat yang terjana adalah sebesar-besar zarah.

Sebelum saya memfokuskan kepada bicara saya pada kali ini,saya ingin menyorot perhatian pembaca blog yang dihormati tentang isu kalimah Allah yang menjadi isu yang kritikal dan perlu diperjelaskan dengan benar kepada umat islam agar tidak timbul kekeliruan yang berpanjangan.Berhubung isu kebenaran yang diberikan oleh mahkamah kepada pihak gereja katolik bagi penggunaan nama Allah untuk penerbitan Kristian di Malaysia yang semakin panas dalam perkembangan semasa pada hari ini, kita doakan semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat islam. Keputusan mahkamah itu dikatakan dipengaruhi oleh hujah pihak gereja katolik mengenai sikap umat islam di negara ini yang lebih suka menggunakan perkataan 'Tuhan' daripada menggunakan nama 'Allah' dan juga hujah bahawa Allah dirujuk sebagai tuhan sekalian alam iaitu juga tuhan dalam kristian. Mulai hari ini, kita sebutlah Allah, jangan rujuk dengan perkataan Tuhan, kerana kita sedia maklum bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa. Kita doakan semoga keputusan rayuan melalui proses mahkamah nanti akan memihak kepada umat islam. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Esa, bukan tiga dan tidak pernah menjadi tiga. Tiga itu bukan satu, doktrin bahawa tiga itu hanya terkandung dalam agama pagan.

Isu kalimah Allah ini adalah isu 'Aqidah dan kedaulatan Islam. Ia lebih besar daripada isu politik. Perbezaan ideologi politik tidak harus membutakan hati nurani kita daripada mengenali kebenaran. Isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam ini melambangkan betapa seriusnya fenomena kehilangan adab di kalangan umat Islam. Setelah umat Islam bingung, keliru dan hilang pedoman maka dengan mudah faham-faham asing seperti sekularisme, liberalisme, pragmatisme, sinkretisme, pluralisme agama, neo-sofisme, saintisme,dan lain-lain memasuki relung fikiran dan jiwa umat Islam. Faham-faham ini apabila telah merasuk diri sebahagian umat Islam akan menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap kebenaran Islam, skeptis terhadap Islam, merendahkan dan curiga terhadap para ulama’, bahkan tidak jarang juga yang memilih untuk menjadi ateis, agnotis atau murtad. Di sinilah tragedi bermula dan semuanya berpunca daripada kegagalan kita bersikap adil dan beradab terhadap Allah, agama-Nya dan diri kita sendiri.Fikir-fikirkanlah....

Renung-renungkanlah kata-kata ulama kita yang mulia, Dr Haron Din Hafizahullah, moga kita sama-sama dapat menyumbang kepada usaha untuk mempertahankan isu 'aqidah yang merupakan perkara pokok dalam islam.Bersatulah wahai umat islam dalam kesatuan 'aqidah yang benar lagi suci.Janganlah gadaikan maruah agama dengan membenarkan pihak kristian menggunakan kalimah Allah dengan sewenang-wenangnya.Isu ini juga telah dijelaskan melalui keputusan muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan 2008.



Tidak perlu saya terangkan secara terperinci mengenai isu hiburan ini,saya merasakan bahawa pembaca blog semua sudah sedia maklum akan budaya masyarakat moden kita yang terlalu bersungguh ingin menjadi artis untuk mengejar populariti di dunia hiburan. Ia adalah program realiti yang menjauhkan kita daripada realiti. Ia adalah mind repositioning method.

Saya tidak mahu menyampaikan kepada anda mengenai kisah artis popular atau berapa ramai yang mahu menyertai Akademi Fantasia, One In a million, atau idol-idol yang lain. Dalam topik yang ingin saya nyatakan ini, saya mahu kita faham mengenai realiti kerosakan iman secara besar-besaran yang berlaku di sebalik projek hiburan realiti ini. Tenaga yang terhasil daripada kelakuan manusia akibat terlalu lalai disebabkan hiburan realiti ini dikhuatiri akan membawa kepada satu malapetaka besar di kalangan umat islam sendiri. Adalah lebih baik jika kita menjauhi perkara yang ditegah dan sentiasa berwaspada daripada terjebak ke dalam jerat Dajjal dan pengikut-pengikutnya.

Hiburan realiti adalah sebahagian daripada program mind control yang beroperasi dengan jayanya di sekitar budaya masyarakat seluruh dunia, masyarakat Malaysia dan Melayu Islam juga turut sama terperangkap dalam program janakuasa seperti wind mill kelolaan CEO (chief executive officer) serta COO (chief operational officer) yang dilantik Dajjal ini. Ia adalah salah satu daripada ratusan projek-projek masterpiece yang sedang, akan dan terus beroperasi secara teratur di serata dunia. Hiburan realiti ini menyebabkan manusia (termasuk umat Islam) menjadi leka sehingga satu persatu maruah orang Islam di negara maju dan negara membangun direnggut serta dirampas malah dipijak dengan mudah, mudahnya seperti merampas botol susu daripada seorang bayi kehausan yang hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa mampu menuntut haknya kembali.

Kalau kita jadi hamba Allah Yang Maha Esa yang terhormat dan terpuji, itu satu penghormatan dan satu kemuliaan,tetapi kalau jadi hamba terhormat dalam golongan hamba-hamba Dajjal dan hamba Yahudi, kemuliaan jenis apakah yang kita dapat? Mulia di sisi Dajjal?Saya berlindung daripada kemurkaan-Nya..

Jangan pandang ke arah Eropah dan Amerika, pandanglah situasi di negara kita sendiri.
Perhatikan, sejak negara kita diledak dengan budaya hiburan realiti, apa perkembangan budaya yang berlaku kepada masyarakat kita? Boleh dikatakan 8 daripada 10 orang remaja lebih gemar budaya glamour, termasuk mahu memakai fesyen glamour, rambut juga glamour, gaya juga glamour, hilang identiti sebagai seorang Muslim kerana lebih gemar dengan identiti hamba Yahudi yang tampak glamour.

Malah, setiap kali ada persembahan hiburan di tempat terbuka, jumlah orang yang hadir termasuk makcik-makcik, anak-anak, cucu-cucu, malah yang masih bayi juga dibawa bersama, menjadikan jumlah yang hadir ke acara hiburan adalah jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah jemaah di Masjid Negara. Kesannya, wujud satu situasi tidak seimbang yang memberi kemenangan kepada Dajjal untuk menguasai manusia sebagai angkatan tenteranya.

Bahkan, ada juga daripada kita yang memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyertai program realiti hiburan. Sanggup berhabis wang kerana mahu anak jadi glamour. Tindakan itu hanya merosakkan anak sendiri, meletakkan hiburan jauh lebih tinggi daripada keperluan menyediakan ilmu yang berguna kepada anak-anak. Apa sudah jadi?

Juga perhatikan, berapa ramai daripada kita akan terpacul di hadapan TV setiap kali ada program hiburan realiti seperti Akademi Fantasia (fantasi glamour ciptaan Dajjal), Sehati Berdansa (berselindung di sebalik slogan membantu badan kebajikan) dan lain-lain seumpamanya yang ditayang di TV, kita membayar wang untuk menonton rancangan hiburan, mengundi SMS dan pada masa yang sama mengabaikan tuntutan ibadat, wang kita habis, apa yang kita dapat? Undi SMS melibatkan wang dan merugikan, kita pula tak dapat apa-apa pun. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa ‘undi’ syafaat daripada Nabi Muhammad untuk menyelamatkan kita daripada dijilat api neraka pada hari pembalasan itu jauh lebih penting?

Kitalah yang menggerakkan sistem hiburan realiti ini, kita menggerakkannya melalui sokongan kita, melalui bil TV yang kita bayar, melalui undi SMS yang kita hantar dan kita hanya mendapat kerugian. Dalam tidak sedar, semua perbuatan itu memberi kejayaan kepada Dajjal. Menjadi hamba Dajjal yang menggerakkan segala perancangannya. Kita bekerja dalam program masterpiece ini sebagai hamba untuk Dajjal.

Modul hiburan ini kemudian menjangkiti banyak negara sehingga menjadikan masyarakat lalai, lupa kepada tujuan asal mereka diciptakan.
Inilah mind control yang berjalan lancar, paling berjaya dalam lapangan hiburan. Masalah seks bebas makin bercambah, kesan daripada budaya glamour yang diserapkan secara teratur dalam budaya masyarakat. Jika anda kerap memantau jumlah tangkapan khalwat dan maksiat yang dilakukan jabatan-jabatan agama Islam di seluruh negara, anda akan dapati jumlah tangkapan pasangan yang melakukan maksiat selepas selesai acara hiburan adalah jauh lebih tinggi daripada hari-hari biasa. Cuba anda tanya kepada pegawai-pegawai di jabatan-jabatan agama Islam, berapa ramai pasangan yang mereka tangkap setiap kali selesai acara Jom Heboh, konsert Akademi Fantasia dan sebagainya. Program hiburan seperti itu hanya menjadikan masyarakat kita lebih rosak. Malah dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang, tidak mustahil umat Islam terutama remaja yang cintakan hiburan akan terus lupa kepada identiti mereka. Untuk melemahkan sesuatu bangsa, identiti bangsa itu harus dimusnahkan. Masyarakat kita sedang melalui situasi ini. Inilah realiti di sebalik kesan bawaan hiburan realiti.

Wahai wanita, Nabi Muhammad dalam wasiat baginda meletakkan anda sebagai aspek paling penting untuk dijaga. Jangan terlalu cintakan hiburan dan menganut identiti Yahudi sehingga berpakaian menjolok mata, jagalah maruah anda.

Wahai lelaki, jagalah wanita, jangan rosakkan mereka dan jagalah maruah mereka kerana Nabi Muhammad juga mewasiatkan kepada kita supaya menjaga wanita. Semua wasiat Rasulullah akan mampu kita taat sekiranya kita tidak menjadikan hiburan itu jauh lebih atas daripada agama.

Ini kerana, kegagalan kita dalam menjaga aspek ini disebabkan termakan godaan musuh islam melalui medium hiburan akan mendatangkan situasi yang tidak seimbang, dan seterusnya memberi kemenangan kepada musuh islam untuk menjadikan kita sebagai angkatan tenteranya. Musuh islam tidak pernah berehat daripada menjayakan usahanya ini, jika musuh islam tidak pernah berehat, kita juga tidak patut berehat kerana musuh kita tidak pernah mengenal letih.

Wallahu musta'an.

Ibn Barudin
Siber Perpustakaan Tun Seri Lanang
UKM Bangi

Friday, January 8, 2010

Leraikan percanggahan kaedah dakwah di kalangan jema'ah islam di Malaysia

Bismillah..

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda,para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan golongan yang sentiasa memperjuangkan islam sehingga ke hari kiamat.

Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.

Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.

BACA SAMPAI HABIS SEBELUM MEMBERIKAN KOMENTAR DAN ULASAN

Kita kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam Jemaah Tabligh menganggap saudara dalam Pas berada dalam jalan tidak betul kerana bergelumang dengan politik.Saudara-saudara yang keliru itu kena sedar,dari sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia?Dakwah itu penting,namun politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.

Dan kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah' lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah orang tadi bersetuju atau tidak?

Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam.Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan risau yang lain.

Bahagian usaha dakwah mereka pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama Islam.Saudara dalam Pas,Umno dan PKR kena faham masalah ini jika masih teringin untuk menghidu bau syurga Allah.

Ingat,Allah Azza wa Jalla tidak rugi apa-apa jika hukum-Nya tidak ditegakkan.Yang rugi adalah kita.Kita mungkin selamat di dunia,tetapi di akhirat...

Model negara Islam Madinah terdiri dari bahagian Politik dan bahagian Usaha Dakwah.Politik digunakan untuk melindungi maruah orang Islam,perundangan Islam dan syiar-syiarnya.Manakala Usaha Dakwah adalah untuk mentarbiah dan menyebarkan ajaran Islam disamping mengekalkan penghayatan Islam dalam diri semua orang Islam.Pejuang Islam yang meninggalkan salah satu dari dua konsep ini,akan menghadapi kesusahan yang dasyat.Kepayahan yang berat dan silap haribulan,akan sesat dalam perjuangan dan terkeliru.

Ingat,Rasulullah s.a.w mampu menghantar keluar dua jemaah;satu jemaah keluar di jalan Allah untuk berdakwah.Dan satu lagi jemaah keluar di jalan Allah untuk berperang mempertahankan maruah agama.

Sistem Islam sesuai untuk setiap masa dan keadaan.Hanya sesetengah orang Islam sendiri yang tidak yakin.

Kita lihat senario umat Islam di Malaysia.Secara jujur,politik Islam khasnya Melayu dipegang oleh UMNO.Umno umumnya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam.Ketika peralihan kuasa antara kerajaan British dan pemimpin Umno,British segera mengadakan usaha untuk menetapkan perundangan Malaysia berdasarkan perundangan sekular.Pemimpin Umno dan majoriti orang Melayu menerima kerana kita kena faham bahawa yang penting dalam kepala mereka adalah MERDEKA.Soal perundangan perkara kedua,padahal inilah racun yang mahu disimpan oleh British.Kita juga kena maklum setelah sekian lama khilafah Islam tumbang, fiqh kenegaraan Islam telah dilupakan oleh ramai umat Islam.Begitu juga orang-orang Melayu yang sekian lama dijajah sudah tentu tiada pengetahuan atau pengalaman dalam menjalankan undang-undang Islam.Apatah lagi para pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat.Sudah tentu mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam.Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam.

Maka lahirlah PAS.

Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.

Jadi kita kena faham senario ini.Umno terdiri dari orang-orang Islam yang tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam.Pas terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.Jadi antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah PAS KENA BAGI FAHAM KEPADA UMNO TENTANG KONSEP KENEGARAAN ISLAM.Bukan menjauhi mereka atau memakihamun mereka.Kesian Umno,sudahlah buta dan pekak,kemudian dimarahi dan dimakihamun pula.Makin jauhlah mereka dari kefahaman Islam.

Umno
umumnya menganut politik sekular.Sekular ialah satu faham yang memisahkan agama dari politik.Maksudnya tiada undang-undang Islam.

Jadi Pas kena pujuk saudara dalam Umno untuk masukkan agama dalam politik.Biar politik yang kotor itu dicuci dengan kemuliaan agama.Kena sabar memimpin saudara dalam Umno yang dibutakan penjajah.Umno ibarat orang buta.Pas kena pimpin.Bukan memakihamun Umno yang teraba-raba tadi.

Dalam hal ini,siasah Pas kena bijak.Kemahiran komunikasi atau 'public relation' Pas kena berhikmah.Kena yakinkan bahawa dengan amalkan Islam tidak akan memiskinkan pemimpin Umno.Islam tidak tarik banglo dan Mercedes mereka.Malah Allah s.w.t akan tambah keberkatan pada harta mereka kerana mereka melaksanakan Islam dalam politik.

Di dalam Islam yang diamalkan oleh orang-orang Islam Malaysia khasnya umat Melayu juga cuba dipecahbelahkan oleh anasir-anasir luar.Inilah strategi yang digunakan orientalis untuk mewujudkan firqah-firqah dalam organisasi Islam.Untuk memecahkan umat Islam dalam persoalan akidah amat sukar tetapi dalam perkara cabang memang bukan perkara mustahil.Kebanyakan umat Islam berbalah sesama sendiri bukan pada persoalan besar seperti kerasulan nabi Muhammad tetapi perkara-perkara remeh temeh seperti baca Yassin pada khamis malam jumaat atau sambutan maulidurrasul.Perbalahan ini menjadi besar sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri seperti di luar negara.Ini belum lagi dengan fahaman Syiah.Kita sudah maklum bahawa Syiah ini memang sesat kerana kesalahan mereka mengedit hukum agama mengikut sesuka hati mereka serta menambah-nambah hadis ciptaan sendiri.Yang bagusnya,umat Islam di Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan Syiah,tidak seperti umat Islam di negara-negara lain.

Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.

Dalam seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam jumaat.

Tidak ada salahnya mengadakan majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.

Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ini samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.

Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.

Perkara-perkara kecil seperti itu tidak perlu diperdebatkan malah Islam melarang penganutnya memperdebat hal-hal agama.Kita lihat dahulu bagaimana sambutan Maulidurrasul yang umum.Pada hari kelahiran Nabi itu biasanya surau-surau dan masjid akan mengambil inisiatif mengadakan majlis memperingati sirah nabi.Majlis akan diisi dengan ceramah atau forum agama.Selepas itu diadakan majlis jamuan.Bukankah ini sesuatu yang baik?Mengajak orang mengingati Rasulullah s.a.w?Perarakan Maulidurrasul adalah perkara yang lain.Itu konteks yang lain.Perkara yang ingin difokuskan di sini adakah mengadakan majlis ilmu di hari kebesaran Nabi adakah buruk dan sesat dalam agama?

Jangan keliru.Yang salah ialah mengatakan ada hadis menyuruh Maulidurrasul diadakan.Memang tiada hadis atau dalil yang kuat tentang sambutan Maulidurrasul.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH untuk mengajak umat Nusantara kasih akan Nabi.Salahkah?

Bagi mereka faham bahawa di dalam Islam terdapat empat sumber hukum,bukan semata-mata AlQuran dan Hadis,

1-AlQuran
2-Hadis
3-Qias
4-Ijtihad Ulama

Contohnya untuk menggubal undang-undang Siber,para pengamal undang-undang Islam tidak hanya bergantung pada AlQuran dan Hadis tetapi Qias dan Ijtihad juga kerana komputer tiada di zaman Nabi dan Sahabat.Ini misalan yang mudah.Dalam kes lain ada ulama yang melarang lampu elektrik dipasang di dalam masjid kerana berdasarkan Qias/Ijtihad yang salah (masjid nabi dahulu tiada elektrik,jadi kita tidak boleh ada lampu elektrik kononnya).

Ulama India/Pakistan bila datang Malaysia terkejut bila ada majlis baca Yassin malam jumaat.Ulama Malaysia pula terkejut terdengar istilah gasyh,karkuzari,tasykil dan bayan bila bertemu ulama Urdu di mana di zaman nabi malah hadis-hadis tiada pula terdengar perkataan-perkataan itu.Ulama Arab merasa pelik dengan takbir Hari Raya di sini yang mendayu-dayu padahal ulama Nusantara tahu takbir di Tanah Arab bernada keras atau monotone. JIka kedua-dua mereka mengambil sikap dungu dan kurang matang,mereka akan berdebat hal-hal yang remeh-temeh ini,sehingga bermasam-masam muka dan menuduh sesat antara satu-sama lain.Jika mereka saling faham memahami dan bersikap matang,mereka akan faham betapa di lain tempat,lain KAEDAH DAKWAH yang diusahakan.Lain padang,lain belalang.Semuanya adalah semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t.

Kata kuncinya ialah KAEDAH DAKWAH.

Sebab itu tidak perlu memperdebatkan mengapa jemaah Tabligh keluar berdakwah berdasarkan masa-masa tertentu seperti 1 hari setengah,3 hari,40 hari atau 4 bulan kerana memang tiada dalil khusus untuk itu,ini hanyalah KAEDAH DAKWAH dari ulama Nizamuddin di India untuk memudahkan orang keluar berdakwah berdasarkan keperluan masing-masing.Jika perkara ini kita masih tidak faham maka makin senanglah orientalis mencucuk-cucuk jarumnya melebarkan lagi perpecahan sesama kita.Dan kita tidak semestinya hanya menunggu semua perkara tentang Islam ini datang dari Arab.Jika KAEDAH DAKWAH itu baik dan sesuai di sini maka apa salahnya kita amalkan.Bukankah ziarah-menziarahi sambil menceritakan kebesaran Allah itu adalah sesuatu yang baik dan mulia.

Setiap orang yang mengaku berjuang atas agama perlu faham senario keseluruhan sebelum pergi berperang.Tanpa kefahaman yang jelas,mereka akan keliru dan dikelirukan.Orang yang berjuang di dalam jemaah Tabligh tidak boleh terkongkong dalam jemaahnya sahaja tanpa perlu mengikuti politik Malaysia dan dunia.Orang yang berjuang dalam Pas perlu tahu sepak terajang musuh-musuh Allah supaya tahu siapa kawan siapa lawan.Saudara-saudara dalam Umno kena ambil inisiatif belajar agama disamping memahami siapa yang mahu terus menyesatkan Umno supaya jauh dari agama sendiri.Di dunia mungkin kita lepas tetapi di akhirat...fikirkan.

Orang ramai hatta orang Islam sendiri tidak akan menyokong konsep negara Islam jika mereka tidak dijelaskan dengan baik apakah itu hukum Islam.

Orang bukan Islam tidak menjadi masalah.Mereka masih minoriti.Jika orang Islam khasnya orang Melayu tidak yakin dengan agama sendiri,bagaimana orang bukan Islam mahu yakin dengan undang-undang Islam?Jadi masalah di sini adalah orang Melayu khasnya para pengundi Umno/BN.

Ingat,walaupun demokrasi penuh tipu muslihat,namun kita boleh memanipulasinya sekadar yang mampu.Katakan kita boleh pakai prinsipnya yang paling mudah,iaitu suara ramai.

Bagaimana jika dalam 10 orang,seorang sahaja yang faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan yang lain tidak?Jika 'bermain' demokrasi,adakah yang seorang itu akan menang?TIDAK SAMA SEKALI.Sebab itu jika 9 orang tadi adalah orang-orang yang bodoh,maka negara akan diperintah oleh orang-orang yang bodoh dan undang-undang yang bodoh.Itulah demokrasi.

Maka tugas sebenar Pas ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam khususnya para pengundi Umno yang masih khayal dengan racun penjajah.MANA DIA USRAH-USRAH PAS??

Kemana perginya?Inilah balasan Tuhan kerana meninggalkan kerja dakwah.Ingat,dakwah dan politik perlu bergerak seiring,baru menepati kaedah nabi yang mendirikan negara Islam Madinah.Kerana terlalu berpolitiklah orang-orang agama terperangkap dalam permainan musuh-musuh Allah.

Pas tidak perlu dibubar dan menjadi Jemaah Tabligh.Pas tetap berperanan sebagai 'political axis' dalam agenda Islam,namun perlu ada hubungan dengan orang yang menjalankan kerja-kerja dakwah seperti Jemaah Tabligh jika masih terkial-kial dengan program usrah yang segan hidup mati tak mahu.Dua entiti ini kena bergerak serentak.Orang dalam Tabligh tidak boleh perlecehkan Pas.Pas tidak boleh perlecehkan Tabligh.

Jika seluruh pengundi Umno/BN iaitu yang majoritinya orang Melayu/Islam dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yang menjadi hak mereka yang hilang akibat racun penjajah,ke dalam hati mereka,nescaya tanpa perlu ceramah Pas yang berapi-api,mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah.

Pas perlu kuat dalam siasah mereka.Para pemimpin mereka perlu belajar ilmu siasah politik.Atau SAINS POLITIK.Ulama yang memegang amanah politik lain cabarannya dengan ustaz yang mengajar kitab-kitab di surau-surau.Pas perlu mengkaji senario politik global.Belajar apa itu Freemason dan Illuminati.DAN PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.Pas kena keluar dari politik Malaysia yang sempit kepada lebih berwaspada dengan politik global.Inilah cabaran yang sebenar.Jika ini dapat dicapai,Pas akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.

Hak saudara seagama dalam Umno perlu ditunaikan.Jangan marah dan memakihamun mereka.Dekati mereka dan nasihatilah dengan hikmah.Mungkin hanya Jemaah Tabligh yang mampu menjadi orang tengah.Mampu mendekati saudara seagama dalam Umno,melembutkan hati mereka dan sedar bahawa ABANG YANG MEMARAHI ADIK TADI TIDAK SANGGUP MEMBIARKAN ADIKNYA SENDIRI TERBAKAR DALAM JAHANNAM.

Umno ibarat saudara yang buta matanya (oleh penjajah) dan hampir-hampir memegang api dihadapannya.Pas nampak,tetapi caranya kasar,ia menepis sehingga menyakiti Umno.walaupun niat Pas baik,namun Umno semakin benci dengan Pas kerana mengasarinya namun Umno tidak sedar,jika dia tidak ditepis oleh Pas,pasti tangannya terbakar.Dalam hal ini Pas mesti berubah cara atau pendekatan dakwahnya atau dia perlukan pertolongan adik beradik yang lain,yang paling baik setakat ini adalah Jemaah Tabligh bagi melembutkan hati Umno.

Percayalah,si adik perlukan abang yang penyayang dan memberikan nasihat dengan senyuman.Dan jika ini terjadi,walaupun kita disuapkan dengan racun,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.Diharapkan mesej yang sebenar dapat disampaikan kepada anda semua. Maafkan saya atas kekhilafan kata-kata dan kegelinciran penulisan saya.Semoga Allah berikan kepada kita taufik dan hidayah agar kita sentiasa berada dalam jalan-Nya.Bersatulah wahai umat islam!!!Allahu akbar!!

~KEMBALI KEPADA MANHAJ 'AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA"AH DAN KUKUHKANLAH KESATUAN UMMAH DI ATAS JALANNYA~

Wallahu musta'an..

Wednesday, January 6, 2010

Karya penulisan Syeikh Ahmad Al-Fathani Rahimahullah yang bercorak pemikiran sains dan teknologi

Bismillah..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah s.a.w,ahli keluarga baginda, para sahabat,tabi'in, tabi' tabi'in dan golongan yang sentiasa menegakkan agama Allah sehingga ke hari kiamat.


Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan 'Abdullah Rahimahullah

Pada kali ini,saya ingin memuatkan ruangan blog saya dengan hasil kajian ilmiah oleh Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan ‘Abdullah Rahimahullah tentang ulasan seorang tokoh ulama' nusantara, Syeikh Ahmad Al-Fathani Rahimahullah berkenaan dengan pemikiran sains dan teknologi dalam hasil karya penulisan syeikh yang mulia.

Pemikiran sains dan teknologi

Pemikiran-pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani dalam sains dan teknologi dapat dilihat dalam beberapa karya-karya beliau.Berikut adalah petikan daripada beberapa buah kitab mengenai hal demikian, iaitu:

Petikan daripada kitab Hadiqah Al-Azhar

“Maka demikian amat-amati ahli negeri orang dengan syaan (urusan) ilmu pada negeri mereka itu, hingga masyhur bangsa mereka itu atas sekalian bangsa dengan: kepandaian, dan bijaksana, dan kepetahan dan banyak ilmu. Maka dengan demikian itulah dapat mereka itu meringkah (mencipta) buatkan beberapa alat yang manfaat pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri, di dalam masa yang sedikit."

“Dan datang kepada mereka itu sekalian khabar-khabar dari sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzhah (sekelip mata, waktu yang singkat)."

“Dan me[ng]indah-indah mereka itu akan sekelian perkerjaan serta dengan lekas dan banyak. Dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa."

“Dan dengan sebab baik percaraan dan muafakat antara mereka itu: serta besar hemah, dan halus tipu daya, dan jauhilah, dan dalam tilik mereka itu, yang jadi sekelian itu daripada banyak pelajaran mereka itu."

“Maka boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru. Dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan negeri orang. Dan meliputi mereka itu dengan ahwal dunia, laut, dan darat.”

Menurut keterangan Yusoff Zaki Yaakob, kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani yang berbunyi, “serta besar hemah, halus tipu daya, jauhilah dan tajam tilik mereka itu”, adalah menjadi konsep politik Nik Mahmud Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan. Kata-kata tersebut sangat banyak diucapkannya. Nik Mahmud adalah murid dan kader Sheikh Ahmad al-Fathani.

Petikan daripada manuskrip Mir-atul A’ajib

Berkata hamba, “Bagi menghampirkan segala akal. Adakah tiada engkau ketahui atau lihat bahawasanya dikurniakan kepada kuffar sekarang ini beberapa banyak ringkahan (ciptaan) yang ‘ajib-‘ajib (pelik-pelik). Hingga mereka itu sampai kepada alat yang boleh musafir di dalamnya di atas hawa (udara) yang telah maklum pada mereka itu dengan belon, atau thaiyarah, atau minthad. Kapal api yang menyelam di dalam laut serta berjalan di bawah air seperti ikan. Telegraf yang tiada berdawai (radio). Alat yang dilihatkan dengannya segala bintang amat halus yang di langit.

Alat yang memegangkan suara, bahkan Amerika sekarang ini telah sampai mereka itu dengan ikhtira’ (pencipta) mereka itu kepada menghadirkan roh orang yang tidur.

Maka ia mengkhabarkan dengan barang yang ghaib daripada ahwal orang yang telah mati. Bahkan mereka itu sampai kepada menghadirkan roh orang yang mati hingga boleh dilihatkan dia dengan mata kepala, dan bertutur (bercakap-cakap) dengan dia. Padahal ia atas rupa orang mati.

Berkata hamba, “Bahawasa yang demikian itu syaitan, ia berupa dengan rupa orang mati itu kepada mereka itu. Tetapi hasil dengan demikian itu rujuk setengah daripada Falasifah Amerika kepada membenarkan barang yang sabit di dalam agama Islam, bahawasa ada bagi roh itu hakikat. Ada bangkit di akhirat, dan lainnya daripada barang yang mengingkarkan oleh kebanyakan mereka itu agama Islam.

“Maka apabila mungkin serta telah diberi kepada kuffar umpama yang tersebut itu, adakah tiada patut dikurniakan kepada setengah-setengah ahlillah barang yang tersebut ...”

Petikan daripada manuskrip Hadiqatul Azhar

“Ketahuilah olehmu, bahawasanya ahli negeri yang besar-besar, yang lain daripada ahli pihak kita, sangat mengamat-amati mereka itu dengan syaan tawarikh. Dan bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan kanak-kanak mereka itu hingga yang perempuan mereka itu sekali pun. Dan berusaha mereka itu sehabis-habis usaha pada memudahkan menuntuti ilmu bagi segala orang yang gemar padanya dengan sekalian jalan dan tipu. Hingga bersungguh-sungguh mereka itu pada mengecapkan (mencetak) segala kitab yang boleh keluar beberapa banyak ribu naskhah di dalam masa yang sedikit. Sekira-kira jikalau ditulis dengan tangan di dalam masa itu niscaya belum lagi sudah satu naskhah jua.”

Petikan tersebut mempunyai kaitan dengan percetakan. Haruslah diingat bahawa zaman Sheikh Ahmad al-Fathani belum ada percetakan seperti sekarang ini.Tambahan pula sebelum aktivitinya di bidang ini, kitab-kitab Melayu/Jawi hanya berbentuk tulisan tangan. Selain itu, ia juga dalam jumlah yang sangat sedikit dan ada juga dicetak dengan litografi.

Penutup

Pada zaman Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, alat-alat komunikasi moden seperti sekarang belum banyak dikenali, malahan di antaranya banyak yang tidak wujud lagi. Antaranya alat seumpama televisyen belum ada pada zaman itu. Alat-alat seperti radio, telepon, dan telegram sekiranya ada, hanya untuk kepentingan antara kerajaan dengan kerajaan saja. Kalau kita berbicara perkara-perkara tersebut zaman sekarang, ianya bukanlah perkara aneh lagi, tetapi pada zaman Sheikh Ahmad al-Fathani adalah perkara-perkara tersebut masih dianggap mustahil dan kurang diyakini orang.

Berdasarkan petikan-petikan tersebut, jelas tergambar demikian jauh permikiran Sheikh Ahmad al-Fathani. Padahal zamannya belum begitu banyak alat-alat moden seperti sekarang. Selain alat-alat yang disebutkan, mengenai pengangkutan juga beliau sebutkan walaupun tidak menyebut nama alat tersebut, antaranya seperti kapal terbang. Sekiranya wujud sekalipun ia dalam jumlah yang sangat terbatas dan belum banyak dikenali orang. Bahkan mungkin kapal terbang, alat-alat canggih sekarang seperti roket dan lain-lain sebagainya memang belum ada pada zaman itu.

Barangkali tulisan beliau pada zamannya yang menyebut perkara ini banyak diketawakan orang kerana tidak masuk akal dan mustahil. Maka, berdasarkan tersebut dapat dilihat dengan nyata bahawa Sheikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama yang berfikiran jauh, yang memandang kepada masa hadapan.

Monday, January 4, 2010

Seminar: Membangunkan "molecular tools" untuk pengesanan dan rawatan kanser

Bismillah..



Pada pagi tadi, saya menghadiri satu seminar berkaitan dengan penyelidikan klinikal kanser. Seminar itu diadakan di bilik kuliah dalam bangunan sains biologi, FST.Penceramah jemputan adalah dari CARIF(CANCER RESEARCH INITIATIVES FOUNDATION) iaitu Dr Cheong Sok Ching.Jawatan beliau adalah Ketua Kumpulan Penyelidikan Kanser Oral di CARIF. Beliau menerangkan kepada saya dan kawan-kawan tentang cara-cara terkini untuk menangani penyakit kanser dari segi rawatan dan pengesanan penyakit kanser pada peringkat awal terhadap pesakit. Langkah-langkah ini meliputi dari peringkat diagnosis dan prognosis. Diagnosis ialah mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh pesakit melalui ujian pengesanan sel kanser.Prognosis pula melibatkan cara dan kaedah meramal kebolehlangsungan hidup pesakit terhadap pesakit dengan memberikan rawatan yang sesuai terhadap keadaan dan tahap penyakit kanser yang dialami oleh pesakit kanser. Pada peringkat prognosis ini, ia dapat membantu pesakit dari segi mengenal pasti jenis rawatan yang sesuai terhadap pesakit dan sejauh mana keberkesanan rawatan kanser yang diberikan kepada pesakit. Ia juga bergantung kepada ciri-ciri pengenalpastian kanser yang dilakukan secara patologi dan klinikal. Kepakaran beliau adalah melibatkan kanser oral dan nasofarangeal.

Beliau juga menerangkan bahawa kebiasaan rawatan dan terapi yang dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan ke atas pesakit kanser adalah berisiko mengikut tahap keadaan imun pesakit terhadap kesan rawatan dan terapi seperti terapi dadah(drug therapy) dan kemoterapi(chemotherapy). Melalui terapi konvensional ini, sel-sel normal akan menerima kesan seperti dimusnahkan oleh dos sinaran radioaktif dalam terapi kanser. Hal ini akan menyebabkan tahap kesihatan pesakit akan menurun disebabkan sistem imun menjadi lemah dan mengalami kesan sampingan seperti rambut gugur kerana sel-sel epitelium di permukaaan kulit kepala menjadi mati.

Sel kanser boleh mengalami beberapa peringkat. Biasanya sel kanser bermula dengan pertumbuhan sel yang membahagi secara tidak teratur dan menyebabkan pergandaan sel yang tidak normal dalam titisan sel germa dan sel-sel yang membentuk tisu dan seterusnya organ dalam tubuh manusia. Untuk menangani kanser, kita perlu memahami genetik bagi setiap peringkat perkembangan sel yang mengaruh kepada keadaan kanser yang bermula daripada epitelium biasa, hiperproliferasi epitelium, adenoma, carcinoma dan metatastik carcinoma.


Peringkat kanser payudara dan servik

Dalam terapi kanser mengikut pendekatan molekular ini, ia akan mencetuskan penggunaan vaksin peptida dan antibodi monoklon sebagai teknik terapi molekular kanser. Kanser oral ini adalah antara masalah kesihatan yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk di dunia. Bagi kes yang melibatkan kanser nasoparangeal, ia merupakan masalah kesihatan yang dialami di benua Asia. Di Malaysia, ia merupakan kanser kedua paling biasa dihidapi oleh masyarakat Malaysia di kalangan lelaki.


Kanser oral


Kanser Nasofarangeal

Penemuan gen yang dikod sebagai BRCA1 dan BRCA2 yang menyebabkan risiko warisan yang tinggi terhadap penyakit kanser ovari dan payudara ini sedikit sebanyak dapat mengubah cara pengurusan yang lebih baik kepada keluarga yang mempunyai profil dan sejarah penyakit yang tinggi melalui pembangunan terapi yang lebih spesifik terhadap tumor yang mempunyai gen warisan penyebab kanser ovari dan payudara.Terapi sasaran yang dikenali sebagai Herceptin digunakan khusus untuk terapi kanser payudara manakala terapi Gleavec untuk penyakit leukimia mempunyai potensi untuk merawat dan memulihkan penyakit kanser di samping dapat mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser. Universiti-universti tempatan seperti UKM,UM dan UPM berkerjasama dalam bidang penyelidikan sel kanser yang melibatkan kanser payudara,oral dan nasoparangeal serta pembangunan dadah anti-kanser.

Sekian sahaja perkongsian maklumat dari saya kepada pembaca blog semua. Harap maklum.

Wallahu 'alam.

Sunday, January 3, 2010

MAJLIS BERSAMA ULAMA' BESAR DARI HADRAMAUT, YAMAN KE MALAYSIA


Al-Allamah Al-Hafidz Al-musnid Al-mufassir Al-Habib Umar ben Hafiz Al-Hadrami Hafizahullah

AHAD , 10 JAN 2010
(24 MUHARRAM 1431)
6PTG – 10 MLM ,
.
DI :
MASJID AL-FALAH , USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR

SELASA, 12 JAN 2010
(26 MUHARRAM 1431H)
6.30PM-10PM

DI :
PONDOK BAITUL QURRO’
SUNGAI UDANG, MELAKA

Kepada sesiapa yang lihat paparan blog saya ini, diharapkan agar memaklumkan hal ini kepada orang lain dalam blog anda masing-masing.Jazakumullahu khairan kathiran

Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics