"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Sunday, March 14, 2010

Pembawa Virus AIDS & Penyakit HIV Dalam Harakah Islamiyyah

Bismillah..

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk,rasulullah s.a.w,ahli keluarga baginda, para sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'in serta golongan yang sentiasa meneguhkan perjuangan islam sehingga ke nafas terakhir sebelum mengadap Allah s.w.t dalam keadaan hati yang sejahtera dan diredhai oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!"(Al-Fajr:27)
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu"(Al-Fajr:28)
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia"(Al-Fajr:29)
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"(Al-Fajr:30)

Virus HIV ialah sebuah retrovirus yang menginfeksi sel sistem pertahanan tubuh manusia terutamanya Sel T CD4+ dan makrofaj, komponen yang penting daripada sistem sistem kekebalan tubuh perumah dan menghancurkan atau merosakkan fungsi mereka. Infeksi dari HIV menyebabkan pengurangan yang drastik daripada sistem pertahanan tubuh, yang menyebabkan kekurangan imun. HIV merupakan penyebab dasar AIDS.Apa yang saya sebutkan ini adalah maksud kepada virus HIV dan pengenalannya secara lahiriah dan saintifik. Tetapi, jika kita kaitkan hal ini dengan cabang-cabang masalah yang timbul daripada harakah islamiyyah seperti yang disebutkan oleh Al-Marhum Ustaz Dr Fathi Yakan, pelbagai persoalan yang boleh timbul dari segi bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Posting saya pada kali ini adalah untuk kita mengingati kembali akan perjuangan Al-Marhum yang telah pun pergi mengadap Yang Maha Kekal pada tanggal 13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir mutiara di dasar lautan. Moga Allah s.w.t menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syurga Firdaus.



Saya ingin mengajak pembaca blog semua untuk memahami akan kata-kata Al-Marhum yang ditujukan khas kepada kita sebagai muda-mudi Islam seperti berikut:

Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah agen perubahan kepada Daulah Islamiyah.

Hal yang berkaitan dengan harakah islamiyyah yang dikaitkan dengan bahana virus HIV dan kesan pembawaan penyakit AIDS dalam harakah islamiyyah, Al-Marhum telah memberikan 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi:

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.

Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan merealisasikan tujuan-tujuannya.

Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.


3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.

Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, kepandaian dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.

Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.

Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Al-Marhum Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah yang mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.



Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Syeikhul Azhar, Allamah Syeikh Dr Muhammad Sayyid Tantawi Rahimahullah atas pemergiannya mengadap Allah s.w.t pada tanggal pagi 10 Mac 2010 di Makkah al-Mukarramah. Moga Allah s.w.t merahmatinya dan menempatkan bersama dengan para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, bahawa Allah tidak akan sesekali menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi mematikan para alim ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Wallahu 'alam.

Ibn Barudin
PTSL UKM Bangi

No comments:


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics