




"Be quick in the race for forgiveness from your Lord, and for a Garden whose width is that (of the whole) of the heavens and of the earth, prepared for the righteous"(Al-i-'Imran:133)
Bantulah saudara kita di Gaza dengan pelbagai cara. Kami menyediakan stiker khas untuk dilekatkan pada kereta sahaja. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Aman Palestin Berhad beribu pejabat di Bangi: Tel: 03-89267019, Fax: 03-89259963..jpg)
Sumbangan anda adalah bukti sokongan kita kepada rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang sedang tertekan dan dihimpit oleh musuh-musuh Allah.
Menyedari kebangkitan semula semangat penjajahan baru yang mewarisi semangat perang salib dalam kurun-kurun yang lepas yang ingin menobatkan hegemoni kuasa-kuasa besar dan negara-negara penjajah tradisional, di samping konspirasi zionis dan Israel dalam mengubah senario politik antarabangsa yang menggunakan kempen menentang terorisme sebagai usaha memburukkan imej Islam dan umatnya, di samping membenarkan penggunaan mekanisme undang-undang untuk membunuh dan menangkap secara pre-emptive.Baca lagi>>>
Hamas mengalu-alukan keputusan kerajaan Bolivia yang diterajui Presiden Evo Morales (gambar) memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah pencerobohan yang kini telah masuk minggu ke tiga di Semenanjung Gaza. Satu sumber dari Hamas menyatakan pada hari Rabu , Bolivia dan Venezuela telah mengambil tindakan yang tepat.
Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.Baca lagi>>>
Gerakan Hamas menekankan yang mereka sekali-kali tidak akan berhenti dari menuntut agar Israel mengakhiri pencerobohan, menghentikan pengepungan dan membuka lintasan, dan menambah bahawa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah satu percubaan terdesak untuk menghapuskan penduduk Palestin.Baca lagi>>>
Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius umtuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin.>>>Baca lagi..
Pada hari isnin baru2 ini,saya menghadiri kelas pengekspresan gen di bilik kuliah..nama pensyarah tu Prof Madya Dr. Roohaida Othman..sebelum beliau memulakan kuliahnya,dia kempen la pada pelajar2nya tentang sokongan terhadap Palestin..ada la lebih kurang 10 minit, dia cakap pasal peri-pentingnya kita mengetahui tentang perkembangan di Gaza,Palestin..beliau menyarankan pelajar2nya memberikan sokongan terhadap bantuan kepada Palestin..di sini,saya muatkan tentang laman web yang beliau sarankan untuk kita nyatakan sokongan kepada Palestin dan mengutuk serangan Israel terhadap umat islam di Palestin..Undilah untuk palestin sebagai simbol menyatakan sokongan kepada Palestin dan bantahan terhadap kekejaman Israel..Sila klik di sini..walaupun usaha yang kita buat ini nampak kecil,tapi sekurang2nya kita mempunyai niat untuk membantu saudara2 kita di palestin..jangan lupa untuk mendoakan keselamatan umat islam di palestin dan kemenangan kepada para mujahidin Islam dalam menegakkan Islam,maruah umat islam di palestin dan mempertahankan kedaulatan bumi palestin yang terletaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat islam yang wajib kita yang mengaku sebagai Islam untuk mempertahankannya daripada dirosakkan oleh tangan2 kotor Israel dan sekutu2 mereka..Wallahua'lam..

For more information,you can e-mail to Dr. Zaid Kasim Ghazzawi


| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |