Makluman untuk pengunjung blog
Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.
~Harap Maklum~
~Harap Maklum~
Tuesday, March 17, 2009
Satu peringatan buat saintis islam moden..
Dalam hambatan dunia yang sentiasa mengejar kebendaan dan kemewahan dunia,kita sering terlupa dengan tanggungjawab besar yang perlu diutamakan oleh umat islam termasuklah diri saya sendiri tentang kepentingan hidup beragama..dalam kehidupan seharian kita,pelbagai perkara yang kita lakukan kadang2 tidak disedari bahawa kita telah tersasar daripada nilai-nilai jatidiri sebagai seorang islam..saya ingin membawa satu contoh yang berkaitan dengan segelintir umat islam yang terlibat dengan bidang sains. Mereka boleh lah dikatakan sebagai golongan saintis..Kebanyakan daripada mereka adalah lulusan daripada luar negara.sedikit sebanyak mereka tekah terpengaruh dengan sistem pembelajaran Barat kerana pengajaran sains yang diajar di unversiti Barat seperti Universiti Cambridge,Oxford dan Harvard dan yang seumpama dengannya,telah diresapi dengan fahaman dan ideologi sesat yang memisahkan sains dengan kehidupan beragama seperti falsafah evolusisme,positivisme,mekanisme,darwinsime,sekularisme dan sebagainya.Secara tidak langsung,mereka telah percaya dengan idea karut-marut itu seperti dalam teori evolusisme yang tidak berlandaskan kepada kajian dan ujikaji saintifik.Hal ini lebih teruk lagi apabila ia mengajak manusia untuk melupakan agama dan tidak percaya kepada kekuasaan dan kewujudan Allah Yang Maha Berkuasa.Walaupun bukan semua bakal-bakal saintis yang beragama islam yang terpengaruh dengan ideologi tidak rasional ini,namun terdapat juga yang terpengaruh akibat daripada asas pendidikan agama yang longgar dan tidak trlalu berpegang kepada agama..Inilah yang menyebabkan krisis ilmu yang timbul di kalangan golongan saintis terpelajar apabila mereka pulang ke negara kita,secara langsung menyebarkan lagi fahaman tersebut..Di dalam aspek penyelidikan,terdapat daripada mereka yang tidak menjadikan objektif utama kajian mereka untuk mencari kebenaran dan menambhkn keyakinan terhadap kekuasaan Allah..ini dapat dilihat dalam laporan penyelidikan mereka yang tidak meletakkan elemen agama sebagai kesimpulan kepada kajian mereka.Ini secara tidak langsung telah berlaku konsep pemisahan antara bidang ilmu sains dengan agama yang didorong kuat oleh unsur sekularisme seperti falsafah mekanisme yang mengabaikan peranan Allah sebagai penyebab kepada setiap kejadian yang berlaku di alam semesta ini...Pada hemat saya, saya tidak setuju apabila ilmu sains digunakan untuk tujuan kepentingan diri seperti memperdagangkan ilmu sains untuk keuntungan yang besar tetapi dalam masa yang sama telah meninggalkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang perlu diutamakan.Inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam dunia moden hari ini apabila ilmu sains digunakan untuk megejar materialisme.Saya amat berharap agar kerajaaan yang ada sekarang supaya meletakkan kayu pengukur kemajuan itu hendaklah mempunyai keseimbangan dari sudut agama dan fizikal agar kita dapat membina sebuah negara yang bebas daripad teori pembangunan Barat yang menekankan aspek fizikal dan keuntungan semata2.Diharapkan agar bakal-bakal saintis masa akan akan datang terutamanya daripada umat islam agar menjadikan agama sebagai keutamaan dalam bidang ilmu mereka.Janganlah menjadi mangsa kepada fahamn sesat Barat yang mana akan merugikan kita sendiri akhirnya kerana kita telah memilih jalan yang selain daripada jalan-Nya.Janganlah terlalu memikirkan habuan dunia seperti mendapat anugerah kerana hal itu akan menyebabkan kita akan menjadi gelap mata dan tertutup untuk mencari kebenaran yang hakiki.Wahai saintis islam di negara ini,kita perlu sedar bahawa kita menjadi harapan kepada negara dan umat islam untuk memperbetulkan kembali sistem ilmu sains yang telah sedia rosak agar dapat diubah wajah baru untuk menjadikan sains sebagai salah satu medium dakwah untuk mengenal kewujudan Allah dan sentiasa meyakini bahawa agama Islam adalah agama yang benar untuk semua umat manusia di dunia ini..Sesungguhnya diri kita perlu sedar bahawa ilmu yang kita pelajari ini adlah milik Allah dan kita sebagai hamba-Nya perlulah bersyukur dan jangan angkuh dengan ilmu yang ada..Carilah ilmu untuk mencari kebenaran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ads
My Blog List
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |



















































1 comment:
sepatutnya segala ilmu tak kira ilmu sains atau pun ilmu agama, seharusnya mendekatkan kita kepada Khaliq dan bukannya menjauhkannya. Ramai para saintis memeluk islam ...hanyalah terfana dengan kehebatan Al quran dalam menghuraikan bukti2 saintifk..... dan yg terbaru kajian berkaitan sains dan solat yg diterbitkan oleh para pensyarah UM.
Post a Comment