Adakah anda pernah mendengar tentang anugerah nobel ini?biasanya kita terdengar di dalam tv atau terbaca di di dalam surat khabar tentang hal ini saban tahun..berdasarkan kepada sejarahnya,ia diasaskan oleh Alfred Nobel pada tahun 1901.Pada 27 November 1895,beliau telah menandatangani wasiat terakhirnya di Paris. Apabila wasiat itu dibuka dan dibaca selepas daripada kematiannya,wasiat itu menyebabkan timbulnya banyak kontroversi sama ada di Sweden dan di peringkat internasional,kerana Nobel telah meninggalkan sejumlah besar kekayaannya untuk penubuhan sebuah anugerah hadiah Nobel.Keluarganya menentang pengadaan Hadiah Nobel tersebut,dan penganugerah hadiah yang telah dia namakan enggan untuk membuat apa yang telah diminta olehnya dalam wasiat tersebut.Pada mulanya,anugerah hadiah nobel ini berlaku dalam tempoh 5 tahun sebelum Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada tahun 1901.Berdasarkan kepada sejarahnya,ada dua orang saintis yang beragama Islam telah mendapat hadiah nobel tersebut antaranya ialah Prof Abdus Salam yang berasal dari Pakistan dan Ahmed H. Zewail yang berasal dari Mesir tetapi telah bermaustatin di Amerika.Abdus Salam mendapat hadiah nobel dalam bidang fizik manakala Ahmed Zewail dalam bidang kimia.Berbalik kepada tajuk yang saya kemukakan di atas,saya mengatakan bahawa anugerah nobel ini juga adalah salah suatu daripada jerat sekular terhadap saintis islam...Hal ini kerana untuk seseorang saintis itu diiktiraf mendapat anugerah nobel dalam bidang penyelidikan mereka,perkara penting yang perlu dinilai adalah bidang kajian tersebut mestilah tidak terikat dengan aspek nilai,etika dan agama dalam penyelidikan mereka.Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan suatu cabang daripada fahaman sekularisme yang didokong oleh prinsip mekanisme,positivisme dan emferisme.Faktor kualitatif tidak boleh menjadi penyebab terakhir dalam peringkat akhir penyelidikan mereka..Prof Abdus Salam yang memenangi hadiah nobel dalam bidang fizik mengatakan bahawa sains adalah bersifat neutral dan sejagat..ini bermakna dia telah menyokong prinsip yang dibawa oleh golongan falsafah Barat yang memisahkan nilai etika dan agama daripada bidang ilmu sains dan juga kehidupan.Sains tidak boleh bersifat neutral kerana ia adalah satu cabang ilmu yang terikat dengan nilai agama..Jika kita menyingkap kembali sejarah tamadun sains Islam terdahulu,saintis Islam masa lalu menjadikan bidang sains sebagai satu ibadah dan menganggap bahawa sains perlu dibatasi oleh agama..Keadaan seperti inilah yang telah hilang daripada dunia sains Islam hari ini begitu juga dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan umat islam..Jika kita melihat dari sudut saintis barat seperti tokoh tentang teori alam semesta seperti Prof Stephen Hwaking..walaupun pada mulanya dia adlah pengikut kepada fahaman ateisme yang dipelopori oleh Betrand Russell,tetapi selepas dia melakukan kajian demi kajian berkaitan dengan alam semesta ini,beliau telah membuat satu kesimpulan yang menjadi satu kontroversi dalam dunia sains Barat kerana telah membuka satu paradigma baru dalam sempadan antara sains dan agama yang berkaitan dengan bidang kosmologi.Di dalam tulisan penyelidikan dan ucapan dia,dia mengatakan bahawa semua yang berlaku dalam alam semesta ini adalah dikawal atur oleh Tuhan.Hal inilah yang menyebabkan dia tidak mendapat hadiah Nobel walaupun namanya telah dicalonkan beberapa kali di atas sumbangannya yang besar dalam bidang sains fundamental berkaitan bidang kosmolgi..Oleh itu,saintis islam yang ada pada hari ini janganlah menjadikan anugerah nobel sebagai sasaran utama dalam bidang mereka.Hal ini kerana kita sebenarnya akan menjadi alat bagi mereka kerana terikat dengan rentak ilmu yang dibawa oleh Barat bersama-sama dengan falsafah yang meminggirkan tuhan dalam bidang ilmu mereka..Jadilah saintis dengan niat untuk membangunkan agama dan umat islam serta jadikan sains sebagai ilmu untuk medium dakwah alternatif kepada manusia untuk membawa diri kita dan masyrakat supaya lebih kenal akan kekuasaan Allah dan hanya menjadi matlamat pengabdian diri kepada Allah sebagai matlamat utama hidup di atas dunia yang fana ini..Wallahu'alam...
Makluman untuk pengunjung blog
Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.
~Harap Maklum~
~Harap Maklum~
Tuesday, March 17, 2009
Anugerah Nobel:Suatu Jerat Sekular Kepada Saintis Islam?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ads
My Blog List
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |

No comments:
Post a Comment