"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Saturday, March 14, 2009

ETIKA SAINS BARAT

Etika berasal daripada perkataan ‘ethos’ dalam bahasa Yunani.Andainya falsafah ialah pokok,maka etika adalah buahnya.Etika ialah satu aspek metafizik.Etika berkait rapat dengan tingkah laku ilmuwan yang mengaku betapa kerdilnya diri mereka berbanding fengan alam,apatah lagi Pencipta alam.Perasaan ini menyebabkan diri mereka sentiasa tunduk dan khusyuk kerana diri mereka hanyalah satu titik kecil daripada alam yang mega.Kajian secara ikhlas yang dilakukan oleh ahli falsafah menghasilkan kemurnian jiwa yang menjunjung tinggi kemurniaan ilmu yang tidak boleh dibandingkan dengan semua faedah keduniaan.Kajian ahli falsafah sangat murni.Kajian dilakukan dengan ikhlas walaupun bertentangan dengan sifat bangga diri dan mengagungkan kaum sendiri. Ahli falsafah sentiasa mengambil iktibar daripada semua peristiwa dan menkajinya dengan penuh hemah agar peribadi yang murni akhirnya terserlah.Etika yang murnia akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan bebas daripada penindasan,penipuan atau kezaliman.Krisis sains dan etika menjadi persoalan penting dalam era globalisasi semasa.Dunia mengalami krisis etika dalam pencemaran alam sekitar disebabkan oleh hambatan ekonomi.Dunia mengalami krisis penemuan sains,hambatan peperangan dan senjata pemusnah yang tidak diimbangi dengan etika keinsanan.Perkembangan teknologi maklumat tidak diimbangi dengan krisis akhlak.Krisis dunia moden merupakan gejala daripada penolaakn sistem nilai dalam sains dan teknologi kerana dunia mengukur pembangunan dan kemajuan hanya bergantung kepada indeks kuantitatif fizikal semata-mata.Aspek etika dan kualitatif yang menjadi teras keharmonian dunia tidak diambil kira.
Apabila menyentuh aspek rtika sains dalam tamadun Barat,ia seakan dipinggirkan oleh ahli falsafah dan golongan ilmuwan Barat yang telah terpengaruh dengan pemahaman falsafah yang mementingkan logik dan akal dalam menyelesaikan masalah manusia tanpa berpandukan agama dan nilai etika yang normal.Hal ini disebabkan oleh kebangkitan sarjana-sarjana barat pada era zaman pertengahan yang ingin membentuk suatu fahaman yang disebut sebagai Humanisme.Falsafah ini hanya mengagungkan keupayaan akal dan berpendapat hanya akal manusia yang mampu menyelesaikan masalah manusia tanpa berpandukan kepada kitab Bible dan pandangan yang lebih berautoriti daripada golongan paderi dan agamawan Gereja di Eropah.Hai ini menyebabkan kekuatan nilai etika dan pengaruh agama pada masa itu menjadi semakin lemah dan pengaruh falsafah Humanisme menjadi perhatian masyarakat Eropah apabila sarjana-sarjana Barat ini berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat Eropah pada masa itu unutk meninggalkan agama Kristian dan beralih kepada fahaman baru yang dicipta oleh mereka untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam aspek ilmu dan pembangunan fizikal terutamanya dalam sains dan teknologi.Oleh yang demikian,penguasaan sains di Barat seolah-olah sudah mula meminggirkan persoalan agama dan nilai etika dalam memartabatkan kemajuan sains dan teknologi di samping pengaruh falsafah logik dan akal.Kesannya,insitusi kepaderian di Eropah pada masa itu menjadi semakin lemah dan mula menerima kesan pemisahan soal agama daripada kehidupan golongan paderi dan apatah lagi golongan rakyat biasa di Eropah.Falasafah Humanisme yang terbit daripada penolakan sarjana-sarjana Barat dalam soal agama dan etika telah muncul beberapa fahaman baru pada masa itu seperti utilitranisme,individualisme,dan sebagainya yang menjurus kepada pemahaman sekularisme yang menjadi tunjang kepada pemisahan aspek nilai spiritual dan moral daripada aspek kehidupan manusia di Eropah dalam meneruskan agenda pembangunan fizikal dan bidang ilmu seperti sains yang didorong oleh kemajuan falsafah logik dan penguasaan akal yang sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah manusia.Dalam falsafah logik dan akal ini,telah lahir suatu falsafah yang baru yang dipanggil sebagai materialism pada masa itu.Materialisme adalah suatu falsafah yang menekankan tentang kewujudan kehidupan di dunia ini hanya dipengaruhi oleh aspek material semata-mata tanpa melibatkan aspek nilai etika dan spiritual.Hal ini yang menyebabkan berlakunya pengukuhan sains dalam mempertingkatkan kemajuan dalam disiplin ilmu sains dengan memisahkannya daripada aspek nilai spiritual dan moral.Oleh itu,banyak perkara negatif yang timbul akibat daripada kesan peninggalan aspek etika dan moral dalam penekanan bidang sains dan logik di Barat.Terdapat banyak perkara yang bercanggah dengan nilai etika manusia yang normal apabila pembangunan sains ini dipisahkan daripada agama dan nilai etika.Di Barat,berlakunya percanggahan yang nyata antara pandangan sarjana-sarjana Barat dan penerangan dalam kitab Bible di samping pandangan golongan paderi gereja.Mengikut fahaman yang dibawa dalam Humanisme ini,nilai etika baik atau buruk itu ditentukan sendiri oleh manusia itu di samping perkara yang melibatkan keseronokan semata-mata menjadi fokus dalam tunjang nilai etika yang baik bagi perspektif mereka yang terlalu mengagungkan akal dalam seluruh aspek kehidupan mereka.

No comments:


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics