Makluman untuk pengunjung blog
Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.
~Harap Maklum~
~Harap Maklum~
Tuesday, March 17, 2009
Epilog:Kesan sains moden dalam kehidupan umat islam
Di kesempatan yang ada ini,saya terpanggil untuk mencoret satu bingkisan tentang perkara yang menjadi topik perbincangan di kalangan ahli akademik dan juga saintis dalam hal yang berkaitan dengan penilaian sains moden menerusi perspektif etika dan agama.Seperti yang kita sedia maklum,golongan saintis barat telah lama meminggirkan persoalan nilai dan agama dalam dunia penyelidikan sains mereka.Mereka merasakan bahawa bidang sains tidak boleh dipertingkatkan melalui penerapan nilai etika dan agama kerana dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan mereka dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini..rentetan daripada itu, pelbagai strategi dan rancangan yang dilakukan oleh mereka dengan campur tangan kuasa politik barat untuk meluaskan pengaruh pemikiran dan idea mereka yang berkaitan dengan falsafah positivisme dan mekanisme.Melalui tangan-tangan politik ini,dasar imperialisme telah dilaksanakan di kebanyakan buah negara di dunia termasuklah di Malaysia yang pernah dijajah oleh British.Penerapan nilai-nilai fahaman songsang dan bercanggah dengan agama islam telah menyebabkan tinggalnya kesan yang buruk terhadap pemikiran umat islam pada hari ini yang melibatkan pelbagai aspek terutamanya pendidikan.Ini boleh dilihat melalui penerapan fahaman sesat darwinisme dalam aspek sains yang diajar di sekolah-sekolah sehinggalah di peringkat unversiti.Sebagai contoh,teori Charles Darwin yang polular ialah teori evolusi dan teori pemilihan semula jadi.Dalam teori ini,jelas bercanggah dengan agama kita kerana Darwin telah menafikan kuasa Allah dalam penciptaan organisma dan alam ini.Yang menyedihkan saya adalah subjek sains biologi yang diajar masih lagi menggunakan konsep teori songsang ini dan akhirnya sedikit sebanyak akan menyebabkan kita telah terlibat dalam jerat sekularisme yang menjadi agenda barat dalam memusnahkan akidah umat islam..Teori darwin ini bukan sahaja mempengaruhi dalam aspek ilmu sains, malahan turut menjadi bencana dalam aspek politik,ekonomi,sosial dan sebagainya yang menyebabkan kecelaruan dalam kehidupan masyarakat kita di neagara ini dan amnya di seluruh dunia.Dasar kapitalisma,komunisme,dan isme2 yang sesat oleh Barat telah mencemari warna-warna kehidupan manusia di dunia.Yang menjadi fokus di sini ialah perkara ini melibatkan umat islam menjadi goyah dan kelam-kabut dalam mencari penyelesaian hidup mereka kerana telah berjaya dipengaruhi oleh pihak Barat dan Yahudi untuk jauh daripada pegangan agama Islam yang benar dan suci ini..Hal ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan keadaan yang songsang agar kita dapat menyelamatkan umat islam daripada terjerat dengan fahaman yang boleh menyebabkan kita goyah akidah dan pegangan...Na'uzubillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ads
My Blog List
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |



















































No comments:
Post a Comment