Pada 18 Januari 2009,saya mendapat e-mel daripada seorang sahabat saya..Apabila saya membaca artikel yang disampaikan..saya berpendapat sesuai untuk saya kongsikan kepada sahabat2 semua tentang kepentingan sains islam dalam peranannya untuk memperkaya budaya intelektual di kalangan masyarakat..Ini adalah sedikit daripada perenggan awal artikel ini..Bagi mereka yang pernah membaca Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia dan Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, mereka tentu tahu bahawa pengarangnya bukanlah calang-calang, terutamanya jika mahu dibandingkan dengan para cendikiawan lain di Malaysia. Sebenarnya, di Malaysia tidak ramai cendikiawan yang mampu menulis dengan baik, apatah lagi secara prolifik dapat menghasilkan karya-karya yang agak baik.
Sebagai individu yang bertanggungjawab mengasaskan Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Sains di Universiti Malaya—dan kini bertugas sebagai Timbalan Presiden di Asia e University—Prof. Dr. Hairuddin Harun merupakan antara cendikiawan yang dihormati dalam bidang Sains Islam. Perspektif yang dikemukakan beliau lazimnya menarik, terutama sewaktunya membandingkan pemikiran antara Seyyed Hossein Nasr dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Hal ini dapat dicermati menerusi wawancara di bawah, di mana beliau cuba menanggapi beberapa persoalan yang dikemukakan dengan cukup baik. Elok kita sorotinya pemikirannya tentang Sains Islam ini:baca lagi>>>



















































No comments:
Post a Comment