Makluman untuk pengunjung blog
Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.
~Harap Maklum~

Berdasarkan keputusan 8 buah kampus utama yang menyaksikan kewujudan kem Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi, jumlah kesemua kerusi yang diperolehi oleh Pro-Mahasiswa hampir 90 kerusi (tidak termasuk 2 kerusi dari Fakulti Sains Bersekutu UIAM yang akan diumumkan pada 29 Januari nanti). Angka 90 adalah suatu peningkatan memberangsangkan berbanding kira-kira 51 kerusi (18 %) sahaja dalam PRK tahun lepas (2007/2008) dan 80 kerusi (28%) pada tahun sebelumnya (2006/2007). Jika diperumpamakan kedudukan Pro-Mahasiswa dalam Parlimen Malaysia, Pro-Mahasiswa menguasai 31 % daripada 286 kerusi yang dipertandingkan di 8 buah IPTA.
Untuk makluman, data di atas hanya mengambil kira kemenangan kerusi calon-calon yang telah mengambil risiko bertanding atas tiket Pro-Mahasiswa atau PMI sahaja.
Sumber:
GAMIS
No comments:
Post a Comment