"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Wednesday, February 24, 2010

Sorotan nilai tasawwuf dalam filem ketika cinta bertasbih

Bismillah..

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah s.a.w, para sahabat baginda,dan golongan yang sentiasa teguh pada islam sehingga ke hari kiamat.

Hal yang perlu dikagumi dalam filem ini adalah nilai-nilai agama yang termuat di dalamnya, sebab tidak banyak filem agama yang menyentuh soal orang muda islam di indonesia, filem-filem Indonesia kebanyakkannya hanya berputar pada masalah cinta, perebutan harta,dongeng dan sebagainya. Diharapkan filem seperti ini dapat menjadi tumpuan di kalangan pengarah filem yang lain untuk mempunyai niat dan usaha gigih dalam mempamerkan mesej-mesej yang berbentuk islam agar menjadi pengajaran kepada penonton muslim dan bukan muslim.

Dalam filem tersebut,watak-watak utama filem itu adalah graduan daripada universiti al-azhar.Jika kita melihat kepada Universiti al-Azhar yang tertua ini, ia adalah tempat terbitnya tokoh-tokoh besar sufi beberapa abad lamanya, tidak dapat ditolak bahawa al-Azhar adalah sebuah institusi yang berperanan besar menyebarkan tasawwuf di dunia bermula daripada Solahuddin al-Ayyubi sehingga kepada Syeikh Muhammad Sayyid Tantowy. Imam Syarqawy merupakan tokoh tasawwuf ternama, Imam Bajuri yang merupakan Syeikh al-Azhar yang berpegang teguh dengan tasawuf, Syeikh Abdul Halim Mahmud,syeikh al-Azhar yang memiliki corak kehidupan Sufi dan sebagainya.

Selain itu, sebuah kitab yang dibaca oleh mas Azam adalah merupakan satu isyarat yang penting bahwa al-Azhar adalah Universiti Sufi yang mengajarkan tasawwuf yang hakiki, kitab yang bernama al-Hikam ini adalah sebuah karya besar seorang ulama besar al-Azhar yang pernah menjadi imam di masjid al-Azhar asy-Syarif pada abad ketujuh Hijriyyah, dari saat itulah kitab al-Hikam dibaca oleh ulama - ulama al-Azhar di masjid al-Azhar sehingga sampai abad kelima belas sekarang ini telah dibaca dan dibahas oleh Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum`ah.

Memandangkan betapa besarnya manfaat al-Hikam di kalangan umat islam yang sudah tergoda dengan kehidupan dunia yang singkat dan fana ini, banyak daripada kalangan ulama yang membuat kitab syarahan al-Hikam Ibnu `Atho`ilah as-Sakandari Rahimahullah, salah satu Syarah yang terbesar adalah hasil karang seorang ulama terkemuka abad ke lima belas ini iaitu Allamah Syeikh Dr.Muhammad Sa`id Ramadhan Al-Buti Hafizahullah.



Antara untaian hikmah yang dibacakan oleh mas Azam adalah hakikat tawadhu` di sisi Allah SWT, dalam erti kata seorang yang tawadhu` adalah jika telah merasa tidak memiliki perasaan mulia dan berharga di hadapan Allah dan semua orang, kerana jika seseorang menganggap telah berhasil memiliki sifat tawadhu`, maka orang tersebut telah merasakan mulia dan berharga di sisi Allah, kerana Tawadhu` itu adalah satu kedudukan yang tinggi, dengan makna lain orang tersebut telah merasakan bahwa dirinya tinggi dihadapan Allah, inilah membuat siapa saja yang telah menetapkan dirinya telah bersifat tawadhu` ( rendah hati ) maka dia benar-benar seorang hamba Allah yang sombong, ini adalah permainan Syeitan yang sangat halus bagi hamba Allah yang hendak menuju kepada keredhaan-Nya, jika seseorang telah merasa dirinya yang paling alim, paling bersih, paling takwa, paling dekat dengan Allah, paling banyak beribadah maka hal ini sudah nyata-nyata sikap takabbur yang bahaya, sebab itulah para sufi yang benar-benar mengikuti konsep tasawwuf tidak merasa suci di hadapan orang yang membuat kesalahan dan maksiat, kerana mungkin saja orang yang membuat maksiat tersebut lebih mulia dan tinggi darinya. Terdapat perasaan lebih dibandingkan manusia yang lain adalah merupakan penyakit hati yang boleh merosakkan ibadah dan amal, penyakit ini perlu diubati dengan belajar tasawwuf dari seorang yang benar-benar telah menerapkan ilmu tasawuf kepada dirinya.

Dalam filem ini,bahagian yang menarik juga adalah apabila mas Azam mencium tangan seorang kiai pondok pesantren. Hal ini merupakan pengamalan tawadhu` yang perlu dilihat bersama. Hal ini perlu bagi kita untuk mencium tangan para ulama yang lebih tua dari diri kita, dan janganlah menganggap bahawa mencium tangan ulama merupakan hal bid`ah yang tidak diajarkan oleh Rasulullah. Jika hal seperti tidak mencium tangan ulama' berlaku, hal ini menunjukkan betapa sombongnya hati orang tersebut. Masalah mencium tangan ulama' merupakan satu hal yang dituntut dan disunnahkan, dalil-dalilnya tersebar di dalam kitab-kitab hadith. Oleh yang demikian, mas Azam mencium tangan kiai merupakan satu bukti tawadhu' yang perlu diberikan perhatian oleh kita sebagai penuntut ilmu.

Wallahu 'alam.

No comments:


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics