"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"(Surah Fussilat:53)

Followers

Makluman untuk pengunjung blog

Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.

~Harap Maklum~

Pautan Ulama' Habaib

Laman Rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar

Tribute To Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

ISIUKM: Ikatan Studi Islam UKM

PKAP UKM: Persatuan Kebajikan Anak Pahang

Semakan Halal JAKIM: Barkod Produk

Tuesday, February 2, 2010

RAHSIA DI SEBALIK ISTILAH "DNA"

Bismillah..

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam.Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dan Maha Pencipta kepada seluruh ciptaan-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in,dan seluruh pejuang agama Allah sehingga ke hari kiamat yang pasti berlaku.

Sudah lama rasanya saya tidak menceritakan tentang perihal hubungan ilmu sains yang dapat dikaitkan dengan Al-Quran yang suci.Hakikatnya, ilmu sains ini adalah ilmu Allah. Jadi, sudah semestinya ilmu ini perlu juga digunakan sebagai alternatif dakwah kepada orang bukan islam khususnya untuk mengenal hakikat pencipta yang sebenar iaitu Allah,Yang Menguasai segala-galanya selain daripada mengukuhkan keyakinan orang islam yang sudah terkena racun sekular agar kembali kepada mempelajari segala bidang ilmu mengikut acuan islam. Justeru, saya berpandangan bahawa ilmu sains yang dipelajari ini perlu dijelaskan maksud pembelajarannya yang sebenar iaitu untuk mengenal akan kekuasaan Allah melalui pemerhatian dan penelitian terhadap segala ciptaan makhluk yang dijadikan-Nya dan mengambil iktibar dan hikmah di sebalik setiap penciptaan makhluk tersebut.

Saya ingin menarik perhatian pembaca tentang fokus utama penulisan saya pada kali ini.Saya sebagai penuntut ilmu dalam bidang biokimia perlu mengambil inisiatif supaya pembelajaran ilmu sains biokimia ini tidak terhad kepada penakrifan yang diterjemahkan melalui konsep korelasi dan empirikal semata-mata tanpa menyentuh aspek kualitatif. Unsur sekularisme perlu dibuang dalam erti kata memahami ilmu secara benar agar tidak tersasar daripada garis panduan yang ditetapkan oleh agama Islam. Jika dilihat kepada ruang lingkup pengajian saya dalam bidang biokimia, sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak diketahui dalam setiap organisma hidup yang terdiri daripada sel sehingga kepada perkara yang lebih kompleks. Jika kajian yang dibuat dalam bidang sel sahaja, sudah cukup untuk menunjukkan akan kelemahan dan keterbatasan ilmu manusia yang amat terhad. Jika saya menyentuh soal unsur penting yang menjadi bahan genetik asas dalam setiap organisma hidup iaitu DNA,maka kita akan berasa takjub akan ketertiban yang berlaku dalam setiap proses yang bermula daripada DNA. Hal ini menunjukkan bahawa pencipta kepada DNA adalah mempunyai ilmu yang tiada had dan batas. Itulah Allah S.W.T.



Gregor Johann Mendel

Apakah sebenarnya rahsia yang ingin saya katakan di sebalik istilah DNA ini?Marilah sama-sama kita lihat dan teliti bersama.Istilah DNA adalah singkatan daripada bahan genetik pada makhluk hidup. Permulaan ilmu genetik yang disusun oleh saintis, Mendel adalah pada tahun 1865. Dalam hal ini,saya ingin anda sama-sama lihat pada kedudukan nombor tahun tersebut (1865) dalam al-Quran iaitu pada kedudukan nombor 18:65. Jika kita lihat dalam al-Quran, susunan surah yang ke-18 adalah surah Al-Kahfi dan nombor 65 ialah menunjukkan ayat yang ke-65 dalam surah al-kahfi.

Cuba anda lihat kepada ayat ini dalam bahasa arab tanpa merujuk kepada terjemahannya.
فَوَجَدَا عَبۡدً۬ا مِّنۡ عِبَادِنَآ ءَاتَيۡنَـٰهُ رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِنَا وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا

Istilah DNA (Dal-Nun-Alif dalam Bahasa Arab) didapati muncul sebagai tiga kali dalam ayat ini. Adakah hal ini merupakan satu kebetulan?Jawapannya adalah tidak.Semoga anda semua dapat ilmu yang berguna dalam perkongsian ilmu saya pada kali ini.Maaf atas kekurangan. :)

Wallahu a'lam.

1 comment:

Unknown said...

salam,,saya rasa turut terpanggil untuk meluahkan pendapat saya,,,bagi saya ianye stu fitnah yang sangat besar kepada tuduhan pendokong usaha dkwah & tabligh kerana tidak mengambil bahagian dalam politik,sebenarnye tidak ada mana2 ulama dalam usaha dakwah & tabligh ini yg melarang mereka2 yg trlibat dgn usaha ini tidak mengambil bahagian dlm politik,,faham,cuma politik ini tidak disebut sebagai ijtimai(umum) dalam majlis2 anjuran usaha dakwah & tabligh..mana2 individu nak jd calon ke ape ke...go o0n...cuma jgn berkempen di dalam usaha dakwah sudah kerana maksud drp usaha ini untuk menyatukan umat...like parti A + B = umat wahidan.....


Ads

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Gratisan Musik

My Blog List

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com

reliable stats
Expedia Promotional Code


WWW YOUR.DOMAIN.COM
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

WWW YOUR.DOMAIN.COM
Finetuning.com
your3dsource
Best Muslim Sites Blog Directory for USA Blog Directory for USA
Which malaysian newspapers you prefer to read?
Utusan Malaysia
Berita Harian
News Strait Times
Harakah
  
Free polls from Pollhost.com
BlogElites.com Best Islamic Sites - Ranking Muslim Sites Healthcare 100 - eDrugSearch.com Best Malaysian Sites

BlogMalaysia.com


Increase Your Backlinks Clicky Web Analytics