Saya memang menjangka Lee Chong Wei layak ke akhir olimpik. Begitu juga dengan habuan yang bakal diterimanya. Termasuk gelaran 'Datuk' yang dipertikaikan banyak pihak. Namun, bagi saya sesiapa sahaja yang berusaha keras dan berjuang melonjakkan nama negara berhak mendapat pengiktirafan seperti itu walaupun di usia muda belia.
Cuma yang saya kesalkan ialah fokus kita terlalu berat sebelah. Berat kepada unsur keduniaan berbanding keakhiratan. Segalanya terbukti apabila ahli sukan atau penyanyi meraih kejayaan..mereka dicurahkan dengan pelbagai ganjaran dan gelaran. Namun apabila alim-ulamak atau agamawan berjuang habis-habisan...kelihatan agak sukar bagi pihak istana @ Yang DiPertua Negeri untuk menganugerahkan gelaran Datuk. Akhirnya, jasa mereka tidak dikenang. Pengorbanan mereka dilupakan.
Maka tak hairanlah sekarang..orang lebih suka berlumba-lumba jadi penyanyi @ ahli sukan berbanding agamawan. Sebab ia adalah salah satu fokus dalam pentadbiran kerajaan kita dan menjadi 'pemakanan' masyarakat. Akhirnya, orang lebih kenal artis dari ulamak. Biar anak2 hebat bersukan..tak mengaji agama pun tak pa. Nilai artistik nilai utama. Manakala nilai agama dipandang sebelah mata. Masya Allah! Inikah environtment yang terhasil dari Islam Hadhari?. Bersama kita fikirkan.
Kesimpulannya, pihak Istana @ Yang Dipertua Negeri sepatutnya lebih menghargai para alim ulamak atau tokoh agamawan berbanding artistik. Walaupun para alim ulamak tidak mengharap..tetapi jasa dan pengorbanan mereka perlu dihargai semasa hayat mereka. Hidup mereka penuh naif. Jika Tuanku @ Yang Dipertua selaku Ketua Agama Islam tidak membantu mereka...maka siapa lagi yang diharapkan untuk tampil membela. Yang pasti..anda dan saya bakal ditanya. Jangan letakkan diri di zon selesa. Dunia yang dipuja memerangkap kita. Akhirat yang dibela memuliakan manusia.
Makluman untuk pengunjung blog
Sila layari blog ini dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox dan Internet Explorer Versi 7 dan ke atas untuk paparan terbaik. Blog ini tidak sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan ke bawah.
~Harap Maklum~
~Harap Maklum~
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ads
My Blog List
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |



















































No comments:
Post a Comment